08
May

Yoyooh’s Blog Squad: Sejarah Saffawati’s Blog

Sila bersikap serius semasa membaca entri ini!

Saffa: Psssttt….. The Blog Squad sedang memerhatikan blog Saffa. Dup dap dup dap… +__+”

Hehehe……. Tak boleh tahan la nak serius serius ni. Haha..

Tak best la nak serius ni. Kita kena happy. Senyum selalu.. baru la semua orang berjangkit penyakit senyum gila a.k.a senyum sengsorang di depan komputer!

Boleh la Saffa cipta penyakit baru cam Influenza Senyum! Ganti Influenza H1N1. Wakakaka…

Ok Dah dah.. Serius okay. Serius! —-> SERIOUS la weyh…

Saffa: Ye la… Tak best betul. T_T

Sebenarnya, Saffa join satu program yang cambest ni! Anjuran Yoyooh. The Blog Squad. Korunk bukak la link tu. Kalau nak harap Saffa cerita.. tambah lagi dengan sejarah Saffawati.Com ni.. memang berjela-jela lar entri ni. Tak pepasal Saffa kena perintah mahkamah! Sekatan memblog secara excessive. Hahaha..

Untuk minggu pertama ni, tugasan Saffa adalah…

Setiap blog ada sejarahnya. Ceritakan di blog masing-masing, sejarah bermulanya anda dalam dunia blogging. Nyatakan kategori blog anda dan mengapa anda memilih kategori tersebut. Gunakan kreativiti anda.

Sebelum ni Saffa pernah tulis pasal Saffawati.com ni. 7 + 1 perkara tentang Saffawati.Com.

Okay. Are you ready? And the story begin…….

Seingat Saffa, Saffa mula mengenali ‘blog’ melalui Myspace. Selepas beberapa kali mengarut di dalam blog Myspace. Saffa mula berjinak-jinak pula dengan Livejournal dan Blogspot dengan menggunakan nickname Narcissuslover dan yang sewaktu dengan Narcissus tu..

Tapi, semua blog Saffa tu tak kekal lama. Sekejap jer. Sebulan dua. Kemudian Saffa delete. Almaklumlah lah.. tak berapa nak ‘cinta’ lagi pada blog. Tak terberapa faham pasal blog ni. Kawan-kawan Saffa lagi lah tak tau langsung! Masa tu masih lagi dengan fikiran kuno yang blog ni adalah diary online. =__=”

Credit: Deviantart, Mr.Goh

Blog saffa yang terakhir adalah menggunakan platform wordpress. Bertahan dalam 3 bulan! Saffa mula create blog yang menggunakan nickname mystorytale ni seminggu sebelum dapat result SPM. Bila teringat balik apa yang Saffa publishkan dulu.. memang kelakar giler okeyh! *tutup muka, malu lah!*

Blog mystorytale ni lar yang menjadi titik tolak kepada kecintaan terhadap blog ni. Melalui blog tu, Saffa terjumpa banyak blog yang best-best dan sangat memberi aspirasi seperti Nonowrites, AisyahRozi, NoktahHitam, MohdIsmail dan Ayumi (Sekadar menyebut beberapa blog jer okeyh…)

Saffawati.Com wujud atas bantuan AR sebenarnya. AR lar yang perkenalkan syarikat webhosting dan juga sedikit tunjuk ajar pada Saffa.

Sebenarnya kan.. masa Saffa purchase domain and hosting ni, Saffa tersangatlah ‘buta’ pasal benda-benda ni. Cpanel, plugin etc. Seriously tak tau apa-apa langsung. LANGSUNG! Main redah jer.. Aduhai!

Nasib baik Saffa ni jenis yang suka main try and error.. Kalau jahanam.. start semula je lah kan kan.. Hehe..

Blog Header

Ini satu-satunya blog header yang masih ada dalam simpanan Saffa.

Masa Saffa mula-mula blogging dengan domain Saffawati.Com ni, Saffa masih lagi blur. Saffa amik masa agak lama sebelum Saffa dapat sort out gaya penulisan blog yang Saffa rasa selesa. Ini lah dia! *wink*

Saffa stary blogging dengan domain Saffawati.Com ni dalam Bahasa Inggeris sebab nak improve writing (Pengaruh blog Nono yang berbahasa Inggeris). Tapi entah kenapa Saffa tukar kepada Bahasa Melayu Bahasa Rojak.. Mula-mula janggal gak dari BI – BM. Tapi okay lah sekarang ni. Saffa rasa interaksi dalam BM lagi senang! =_=”

Bila Saffa belek-belek blog Saffa ni, Saffa rasa kategori blog Saffa ni mungkin (takder mungkin-mungkin, memang konfem) blog peribadi. Walaupun mula-mula Saffa harap sangat Saffa dapat memblog perkara yang Useful / Current Issues untuk pembaca, tapi Saffa rasa cam tak berapa betul. Seolah-olah memaksa diri Saffa menulis sesuatu yang tak ikhlas. Sebab Saffa buakn pakar dalam style writing tu.

Saffa: Eyh! Ikhlas lar.. cuma rasa cam tak berapa kena jer gaya penulisan Saffa tuh! macam tak betul jer. Ikhlas. Ikhlas lar.. T_T

So, inilah Saffa sekarang. Tulis apa jer yang terlintas di fikiran Saffa. Tulis pasal apa yang Saffa buat dan lakukan. Kadang-kadang rasa gak macam Bimbo post jer. Tapi Saffa suka.. Saffa rasa nak berkongsi cerita-cerita yang berlaku di sekeliling Saffa dengan orang ramai. Entah lar. Rasa cambest plak.

Kenapa Saffa pilih kategori blog peribadi?

Li anna (sebab).. Saffa suka interaksi antara blogger-blogger yang Saffa rasakan lebih bermakna daripada interaksi di laman web social networking! Apa syok komen-komen my pic! ni.. Oh puh-lease la!

Saffa: Hek eleh.. macam mengata diri sendiri jer.. (Itu dulu!!!!)

Saffa suka personal blog!! Sebenarnya ada banyak jer pengajaran yang kita boleh dapat dari blog peribadi. Read between the lines lar. Kadang-kadang mood yang tak okay pun jadi okay bila baca cerita-cerita orang ni. Tumpang gembira dan Tumpang sedih atau menyusahkan hati bersama-sama orang lain bila kita baca masalah orang ni.. Huhu..

Blogging ni, yang paling best bila Saffa baca balik apa yang Saffa tulis. Kemudian bantai gelak sengsorang! “Betul ker ini SAFFA tulis dulu…. OMG” *geleng kepala*” Haha..

OMG. Panjang giler! Baik Saffa stop kan kan kan? (Sebenarnya Saffa kat CC, Mak suruh balik.. Hahahaha..)

P/s: Bekas Cikgu Sek Men Saffa terjumpa Blog saffa.. =__=”. Hi Cikgu! *Senyum sambil tayang gigi*

Related Posts

Tags: , , , , , , , , ,

10 Responses to “Yoyooh’s Blog Squad: Sejarah Saffawati’s Blog”

  1. Azah May 8th, 2009 at 11:05 pm

    saffa dah ade identiti sndiri…
    bagus la…

    Reply

  2. saffa May 9th, 2009 at 11:20 pm

    Terima Kasih! :D

    Reply

  3. samanosuke_04 May 9th, 2009 at 12:03 am

    huhu, aku setuju.. ko mmg ader keunikan tersendiri.. hehe..

    Reply

  4. saffa May 9th, 2009 at 11:21 pm

    Setiap orang ada keunikan masing-masing. Cuma dia dapat tonjolkan atau tak.. Huhu.. Thanks anyway! :D

    Reply

  5. Nikuve May 9th, 2009 at 12:26 am

    Salam dan heliosa,

    Um yes mmg blog ni blog peribadi, well not all post i like it.. just many.. donno la why. Nway, knp saffa takde story mengenai perihal semasa atau dgn kata lain mix content. Rasanya tambah menarik (just my 1 cent). Kalau cerita full personal life pun agak bahaya juga sebenarnya, sebab blog ni umpama dunia yang luas boleh dilihat seluruh dunia. Kecualila di set private… Thats all I think…(just 0.01 cent)

    Your blogger Friend/s,
    Nikuve

    Reply

  6. saffa May 9th, 2009 at 11:28 pm

    Huhu.. sebenarnya Saffa tak berapa reti la. So Saffa tulis apa yang Saffa selesa tulis. kadang-kadang tu memang nak tulis. Tapi tau lah.. benda nih datang tiba-tiba. Bila kita bukak new post.. zzzaapp.. terus hilang idea.. huhu.. Thanks! Saffa sangat hargai komen ni! :D

    Reply

  7. topo May 9th, 2009 at 9:51 am

    hohoh ni kalau aku bantai sejarah topotato ni sure berbulan2 baru abis.. macam drama bersiri plak nnt…

    Reply

  8. saffa May 9th, 2009 at 11:30 pm

    Saffa pun nak terpaksa ‘control’ sikit sejarah saffawati.com ni. kalau tak.. boleh jadi novel! Haha..

    Reply

  9. Jem May 9th, 2009 at 2:08 pm

    Bahasa ENGLISH?
    pandai pandai…

    cepat tukar!

    Reply

  10. saffa May 9th, 2009 at 11:46 pm

    Yes Madam Jem! Hehehe

    Reply