Posts Tagged ‘Mountain to Mountain challenge 2009’
Apr
Mountain To Mountain Challenge 2009 (Gunung Nuang)
Alhamdulillah..
Saffa selamat pergi, naik, turun dan balik ke rumah! Yeay!
Dalam masa yang sama juga..
Saffa balik rumah dalam keadaan kaki yang teramatlah sakit dengan bersusah payahnya dari Nilai ke Shah Alam dengan KTM! Not Yeay!
Jalan macam robot. Gila lawak!
Seluruh badan sakit-sakit. Nasib baik tak banyak pacat. Satu jer yang berjaya menghisap darah Saffa. Aiyoo! Betambah satu lagi parut! Bertambah juga satu lagi pengalaman dalam hidup Saffa!
Ini satu-satunya aktiviti luar yang pernah Saffa sertai (berkaitan dengan mendaki gunung). Memang tak terjangka langsung apa benda yang Saffa masuk ni. Main redah jer. Dengar jer ada aktiviti, terus bagi nama. Huhu..
“Cuak tak cuak, Takut tak takut, Gentar tak gentar” 


