
Ta’aruf Programme: There’s No Ending, Just A New Beginning
Akhirnya Ta’aruf Programme sudah pun berakhir sebentar tadi (Thursday. 11.30pm. 28 May 2009)
*Pada masa Saffa sedang menaip entri ini, kami (Management Committee) sedang mengadakan LAST MEETING.*
Sesi berkenalan semula dan luah perasaan.. Sob Sob Sob… + Hahahaha…
(ngok ngek la Syafiq ni! banyak giler cakap.. sakit pipi senyum..)
Jadi, dari mana Saffa patut mula eyk? (Blurr ni…. Tak dapat berfikir..)
Ta’aruf Programme memberi banyak pengalaman baru kepada Saffa. Sesuatu yang sangat berbeza.. Aduh.. Sedihnya bila memikirkan programme ini sudah pun berakhir, sedangkan kami baru sahaja mula mengenali..
Baru jer nak mula rapat dan menjadi satu kepala.. Saffa rasa baru dua tiga hari lepas Saffa berpeluang untuk kenali mereka dengan lebih dekat. Sebelum ni masing-masing agak sibuk dengan kerja dan sentiasa di operation room biro masing-masing. Meninggalkan Saffa dengan Amal (Asst.PM), Anas (Asst.PM) , Mahfuz (PM) dan Azam (Secretary 1).

Seriusli, semua committee dalam Management ini sangat best! Mereka lah yang TERBAIK! *TWO Thumb Up* Aduh.. Rasa tak nak berpisah jer… nak terus kekal dalam Management Committe.. T__T
Macam-macam ‘drama’ yang berlaku. Tak payah cakap lah berapa banyak drama air mata yang telah Saffa saksikan dan juga ketegangan antara committees.. Beberapa hari lepas, Saffa juga hampir membuat drama sendiri apabila Saffa telah TERPAKSA mengabaikan kawan Saffa kerana tanggungjawab Saffa..
Sangat berbelah-bahagi pada masa tu.. sama ada melayan pertanyaan committee tersebut ataupun mengambil gambar bersama kawan-kawan Saffa..

Akhirnya.. mereka telah pun berlalu pergi apabila Saffa kembali untuk mendapatkan mereka. Entah kenapa tiba-tiba Saffa terasa mereka semakin jauh. Sangat hancur hati Saffa.. Saat itu tiba-tiba Saffa rasa macam..
” Betul ker apa yang Saffa buat selama ni? Tiap-tiap malam dulu selalu jer lesap pergi perjumpaan kelab and such.. Selalu tak bersama kawan-kawan Saffa.. Betul ker pilihan Saffa untuk mengaktifkan diri dalam benda sebegini?”
Jujur Saffa katakan, masa tu terasa macam agak lemah semangat. Tapi Alhamdulillah, semangat Saffa kembali pulih apabila kawan-kawan Saffa masih mahu bergelak ketawa dengan Saffa selepas itu di dalam bilik. Mereka memahami rupanya..
Pada malam terakhir kami bersama-sama sebagai Management Committee, kami semua telah bersepakat untuk berkongsi cerita.. bermula daripada semasa kami mengisi borang untuk menjadi Ta’aruf Committee, interview dan sepanjang masa ketika kami di dalam Ta’aruf Programme ni..

Syafiq Zaid (Head of Opening & Closing Ceremony) memang terlebih-lebih.. =__= Rasanya cerita dia lah yang paling panjang, ada selingan cerita semasa dia Ta’aruf dulu. Isk isk isk.
Rizuan (Head Security & Transportation) pula dikenakan oleh kawan dia yang tersangatlah rajin untuk isi kan borang permohonan sebagai Committee. LOL.. Macam-macam.

Sangat sedih la. Daripada 13 orang committee, hanya 10 yang dapat hadir dalam farewell makan-makan chicken chop tadi. Sedihnya mengenangkan kami semua akan berpisah..
Betul kata Syafik (Head Publicity & Protocol),” saat berpisah barulah terasa manisnya, terasa sedih untuk berpisah, terasa sedih untuk menerima kritikan, tapi itulah pengalaman.. tak semuanya manis.. ia lebih menyedarkan dan mendewasakan kita dalam menghadapi hari yang lebih mencabar.”

Sebagai seorang secretary yang sudah terlatih sedikit, Saffa menaip notes. Kemudian tanda tangan.. Ceewaahh! Pemalas betul nak menulis.. tapi! Ada ker patut di katanya tulisan Saffa tak lawa sebab tak tulis dengan tangan.. Isk Isk Isk.. Hahaha..

The wall notes… Untuk semua Management Committees, thanks a lot for your ‘LOVE & Err..ANNOYING’ notes tu.. =__=” InsyaAllah Saffa akan cuba perbaiki diri dan muhasabah balik diri Saffa. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..
Teguran dan nasihat tu bak kata Juliahana (Asst. Head Comm Opening & Closing), “Tada hal punyalah”..

Just now, we are packing all the stuff.. filing the reports and such. Sangat bersepahkan?
Rindunya CL.. Operation Room bagi Management Committee.. Tak ada dah meeting lewat malam.. tak ada dah minit mesyuarat.. Semuanya sudah berakhir, menandakan ada satu permulaan baru yang menanti Saffa. Programme ini pastinya meninggalkan banyak memori di dalam ingatan Saffa ni..
Suasana yang tidak dapat terungkai dengan kata-kata! 
P/s: Sangat susah nak teka siapakah orang yang menulis notes tu sebab ramai berahsia! Mana aci! T__T
Related Posts
Tags: activities, CFS IIUM, Minggu Orientasi, Pusat Asasi UIA, STAD, Ta'aruf Programme, UIA
13 Responses to “Ta’aruf Programme: There’s No Ending, Just A New Beginning”



saffa,your blog rocks la
cool gle,rajin gle update
keep it up
im gonna follow it :):)
Reply
Haha.. Thanks A Lot for your compliment… ;)
Reply
A ah.. terasa sedihnya..
Tapi rasanya korang jugak yang akan pegang FSCC nanti kan.. haha.. jumpa balik..
Reply
FSCC.. Err.. Rasanya tak kowt.. Cukup-cukup lah… Saffa perlu tumpukan perhatian pada kelab Saffa. :)
Reply
ARC rocks…hahaha
Reply
waaa.. ramainye pompuan cantek kat majlis farewell tue.. hihi, lenkali ko nak jadik manager aper2 program, ajak rr aku skali.. hihi..
Reply
Haha… kat sana tak ramai ker perempuan yang cun-cun?
Reply
glad still to see my punyerr banner kat sinih.. ihihi
Reply
wahahahhahahaha… yang buat wave tu mmg trademark taaruf la. korang masuk gombak pun kena buat benda tu lagi… :) eheh
Reply
saffa,,rindu la..hehe..asal takde name liesa pun dalam blog saffa neyh??takde la..tak kesa pun..u did a good job gurl..dont worry..hehe
p/s: ade ip blanje liesa kfc~~haha..sape suro saffa balik awal, kalu tak ley share same2.. ^_kiss
Reply
act syafiq 2 ckp byk coz selingan tu korang jugak nk dgr kn..haa?huhu..watever it is korang terhibur time story mory tu kn..huhu…
Reply
saffa..ur blog very impressive..kewl habis..i ada bca beberapa blog, n u r different…kbykn blog semuanya membosankn dgn perkataan2 y berjela2..tmbhn pula i ni bkn la blogger..urghh =.=” read ur blog makes me hepi =) ^_lol
Reply
Huhu.. Thanks. =)
Reply