5 September 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Filed in Uncategorized

I hope it still not too late  to wish all of you “Happy fasting”.

This is a quote from DR. Mashitah Ibrahim article entitled

“Puasa Beri Kekuatan Dalaman”

(Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa. Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat.
Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan ”moreh” selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai. Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

p/s: I’m going to a 3 days 2 nights program called Mukayyam. ‘See’ you later then.

Random Posts

    7 Responses to “Salam Ramadhan Al-Mubarak”

    1. aeropama dot com September 5th, 2008 at 6:47 pm

      selamat berpuasa saffa… harap2 tahun ni dapatlah awak puasa cukup 30 hari… ^_dodgy mana boleh saffa puasa cukup 30 hari. sudah bengongkah aku ini? wahahaha ^_tongue

      Reply

    2. saffa September 7th, 2008 at 4:59 pm

      Apakah maksud anda itu! ^_dodgy ^_blush

      Reply

    3. myadlan September 6th, 2008 at 1:03 am

      salam ramadhan saffa.

      bukan spatutnye ejaan mukhayyam ke? camping la kan maksudnye..

      myadlans last blog post..Google Chrome

      Reply

    4. saffa September 7th, 2008 at 5:00 pm

      Aah.. salah eja.. hehehe… ^_lol

      Reply

    5. zool September 6th, 2008 at 3:42 pm

      Lama tak singgah sini..
      ^_gasp
      Selamat Menyambut Ramadhan AL Mubarak..

      Reply

    6. Mira September 6th, 2008 at 8:55 pm

      Hello Saffa!
      Saffa pun busy juga ye..
      Anyway, Selamat Berpuasa to you!
      Better late than never.. ^_content

      Reply

    7. saffa September 8th, 2008 at 11:22 pm

      Huhu.. agak busy lah.. i just need to learn how to manage my time properly and stop wasting it.

      Reply