19 August 2010

Re: Dinar Emas, Perak Di Kelantan. Releven? Perlu?

Filed in Uncategorized

Entri ini adalah jawapan Saffa kepada entri MrK : Dinar Emas, Perak Di Kelantan : Relevan? Perlu?

  • Ringgit Malaysia, kalau dah duit kertas tu RM50, ianya berninai RM 50. Tetapi, harga emas tak kekal dan berubah setiap hari. So, bagai mana benda ni berfungsi untuk urus niaga?

Nilai wang kertas pun berubah. Nilai RM50 dahulu tak sama dengan RM50 sekarang. RM50 dahulu nilainya boleh beli 3 kampit beras. RM50 sekarang? 1 kampit setengah.

“This is because, money which has been used now is only a piece of paper imprinted with a certain value. In other words, money used is not based on anything that we can ensure its. The basis of currency is merely lies on the value created by the world economic power.”

Kalau diberi pilihan untuk simpan RM1000 dengan 2 keping dinar emas. Mana yang orang akan pilih? Obviously Dinar Emas. Sebab walaupun harga dinar emas naik turun, NILAI dia tetap sama dari dulu. Emas pernah ada krisis jugak (gara-gara intervention daripada US), tapi, tak teruk macam krisis mata wang (inflasi).

Bagaimana Dinar Emas & Dirham Perak ni berfungsi untuk urus niaga?

KALAU LAH Dinar Emas ini akan menggantikan Sistem Mata Wang, OBVIOUSLY satu sistem baru akan dilaksanakan. Akan ada appropriate mechanism.

Mungkin nilai harga pada barang-barang akan ditukar kepada nilai Dinar dan Dirham? Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca: The Implementation of Gold Dinar.

  • Aku agak tak suka bawak duit syiling dalam dompet sebab tak muat. So, kalau dinar dan dirham, adakah kita perlu bawa uncang?

Yup! And Tak! Kalau baca artikel The Implementation of Gold Dinar tu, nanti tau lah kenapa tak payah bawak uncang. =)

TETAPI! Untuk pengetahuan korang, sebenarnya pelancaran Dinar Emas & Dirham Perak oleh Negeri Kelantan ni tak bertujuan nak menggantikan sistem Ringgit Malaysia. Dinar Emas & Dirham Perak ni hanya lah complementary currency dalam Negeri Kelantan sahaja.

Kerajaan Negeri & Pusat tak ada kuasa. And U.S tak akan benarkan (BTW, US yang control mata wang dunia, turun naik mata wang semua dalam tangan dyeorg)

So, boleh lah simpan uncang tu dalam laci balik.

  • Aku terfikir nak beli satu dinar emas yang tak mahal sangat. Then nak buat pelaburan untuk jangka masa panjang. Berbaloi tak?

Sangat BERBALOI. Macam yang Saffa cakap tadi. Nilai Emas adalah sangat kukuh berbanding dengan wang, bond dan semua benda macam saham / yang dekat bank tu. Kalau nak tau lebih lanjut pasal nilai/harga emas ni, baca dekat wikipedia gold (price).

Lecturer Saffa pun cadangkan supaya Dinar Emas ni dibuat sebagai hantaran perkahwinan / mahar. Daripada bagi kertas. Baik bagi emas kan? ;)

  • How about ATM? Akan ada ATM syiling emas?

Tak pasti. Yang pasti, KALAU LAH Dinar Emas ini dilaksanakan, salah satu sistem dia adalah menggunakan Technical tools.

“Electronic payment systems linked to Smart Cards and Debit Cards will facilitate the use of the Shariah currency by automatic calculation of the rates and will facilitate micropayments.”

Bayangkan kita hanya perlu bawak satu card untuk membeli belah. Tak payah nak bawak duit kertas, duit syiling. Hanya satu kad untuk semua transaction. Siapa kata kita mundur ke belakang KALAU kita guna sistem Dinar Emas?

  • Dinar emas ni hanya untuk perniagaan barang mahal je? Kalau nak beli buku yang beharga sekitar RM 7.90, macam mana nak kira?

Macam Saffa cakap. Kalau COMPLETELY guna Dinar Emas ni (which is obviously susah nak dilaksanakan). Akan ada sistem baru. Buku tu mungkin berharga setengah dirham. Kalau nak tau harga semasa Dinar Emas & Dirham Perak, boleh check dekat Dinar-Emas.Com.

  • Tak bahaya ke bawa emas pergi jalan-jalan?

Mana lagi bahaya?

A. Keluar daripada Bank bawak satu suitcase ada RM50 000
B. Keluar daripada bank dengan 50 keping Dinar Emas dalam pocket (PURE Gold sebenarnya ringan)

Nak reiterate, “Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan Ringgit Malaysia dengan Dinar!”

Dinar Emas & Dirham Perak tu hanya complimentary currency. Selain menggunakan Ringgit Malaysia, consumers ada pilihan untuk menggunakan Dinar Emas & Dirham Perak ni. Macam sekarang ni, kita ada pilihan untuk bayar pakai cash atau pun credit card. Macam tu lah Dinar Emas & Dirham Perak ni.

Untuk faham lebih lanjut tentang isu & hal sebenar tentang Dinar Emas dari sudut pandangan Nik Aziz & Dr M, boleh baca dekat SINI.

  • Kenapa tak sandarkan sahaja nilai duit kertas tu dengan nilai emas?

BTW, Saffa baru tau pasal setiap duit kertas yang di keluarkan, adalah based on rizab emas. Untuk soalan ni. Nanti Saffa update. Nak tanya lecturer Economics dulu.

Malaysia tak boleh sandarkan nilai duit dengan nilai emas sebab U.S yang control semua mata wang dunia. Semua mata wang dunia disandarkan pada Dollar.

Komen Saffa:

Tak perlu lah nak pertikaikan pengunaan Dinar Emas. Kita bukan mundur kebelakang KALAU kita hidupkan balik sistem Dinar Emas ni. Sebenarnya, isu Dinar Emas ni panjang. Seeloknya cuba buat research sikit untuk faham kan kenapa Sistem Dinar Emas lagi BERMANFAAT daripada Sistem Mata Wang yang kita guna sekarang.

LAGI SATU. Pelancaran Dinar Emas & Dirham Perak ni bukannya nak ganti kan Ringgit Malaysia. So, tak yah emo “WTH lah keluarkan Dinar Emas etc”.

Emas tak boleh di manipulate macam kertas-kertas bercetak tu, jadi, rugi lah pihak-pihak yang tamak haloba tu. Sebab tu ramai yang tolak idea untuk melaksanakan/menggunakan Dinar Emas ni.

Sebab tu jugak lah U.S memang tak akan bagi nilai mata wang disandarkan pada emas. Nanti itu, Nanti ini, Kalau laksanakan mesti bla bla bla. Itu semua alasan.

“Kalau nak, seribu daya, kalau tak nak, seribu dalih.”

Cuba bayangkan dunia menggunakan Dinar Emas. Bayangkan hanya dengan membawa Dinar Emas & Dirham Perak. Boleh bershopping dekat merata dunia tanpa perlu risau harga barang BERBEZA. Tak payah fikir pertukaran wang, perbezaan rate, etc. Semua SAMA RATA.

Macam JoeJimGrow komen, “kena faham konsep dulu baru nampak“.

Anyways, just nak bagi tau, pinjaman-pinjaman bank untuk beli kereta, rumah etc adalah salah satu sebab berlakunya lambakan wang.

Haish. Macam interesting plak Ekonomi ni. Tak tak. Business Admin. Confirm! Haha.

Konklusi:

Jom lah simpan EMAS! PURE Gold. And beli daripada sumber yang betul.

P/s: Shasha, u know this things better than me. Kalau Saffa ada tersilap. Betul kan lah eyk. =)

Random Posts

    Tags: , , , ,

    29 Responses to “Re: Dinar Emas, Perak Di Kelantan. Releven? Perlu?”

    1. x-po August 19th, 2010 at 2:20 am

      kalau saya, tak kisah..sbb pengguna ada banyak pilihan..lgpun tu kan matawang islam kan..so heran, nape kerajaan pusat anti sgt? maybe sbb tak nak bagi kelantan maju setapak lagi kot

      Reply

    2. saffa August 19th, 2010 at 5:20 am

      Sebenarnya bukan kerajaan pusat tak nak laksanakan. Isu Dinar Emas ni tak ada kena mengena Kerajaan vs Pembangkang. This thing more kepada ekonomi. Apa yang Saffa nampak, Nik Aziz cuba utk meng’famous’kan isu Dinar Emas. Kalau ikut kan, dari dulu lagi kita dah ada benda ni, cuma orang tak berapa amik tau.

      Alhamdulillah orang sekarang dah mula nampak kepentingan Dinar Emas ni. InsyaAllah, kalau dapat sokongan orang ramai, mana lah tau kita boleh laksanakan Dinar Emas ni? Certainly, not now. Terlalu banyak halangan, konflik kepentingan diri.

      TAPI. Kalau ikut kan, Dr M pernah cuba ketengahkan pengunaan Dinar Emas ni masa meeting OIC. Tapi, negara2 Islam sendiri pun tolak. Padahal idea Dr M masa tu hanya nak gunakan Dinar Emas dalam perdagangan antara negara2 OIC. Susah lah kalau negara2 ‘Islam’ sendiri pun tak nak sokong pengunaan Dinar Emas ni.

      Reply

    3. Hanny Ramzy August 19th, 2010 at 2:57 am

      Kalau ana, ana bagi video ini jah http://www.youtube.com/watch?v=nNtIsSWVJBI . Apa yang ana faham, wang kertas ini semacam salah satu cara dalam konspirasi dunia sekarang, mahu buat apa entah tak ingat. (Rujukan dokumentari The Arrival) huhu

      Reply

    4. saffa August 19th, 2010 at 5:27 am

      Internet UIA slow. =.= Tak dapat bukak video tu.

      Tapi. Yup. Mata Wang ni memang banyak konspirasi and manipulasi. Sebab tu mata wang tak pernah kukuh. Turun naik. Inflasi etc.

      Reply

    5. ekyn August 19th, 2010 at 10:44 am

      yeay! go saffa! *ttbe cm x sbr nk buat assgment FIE ;pp

      ekonomi dunia skrg terlalu conventional, sebab tu dorang abaikan penggunaan dinar emas yang di aplikasikan Rasulullah sendiri. akhir zaman kan? hurmm,..

      Reply

    6. saffa August 19th, 2010 at 11:58 am

      Tak sabar lah sangat. Ajak pergi Library cari artikel malas! Hahaha (Padahal Saffa pun malas jugak =P)

      Reply

    7. MuNsYi~SaMa August 19th, 2010 at 4:38 pm

      Bagus. penerangan yg terperinci. tak sangka ade gak yg angin tetibe bile Kelantan lancarkan Dinar emas.

      learn something from this post. :)

      Reply

    8. saffa August 19th, 2010 at 11:57 pm

      Thanks! =)

      Itu lah. Ramai yang salah faham tentang Dinar Emas ni.

      Reply

    9. syedputraiqmal August 19th, 2010 at 11:21 pm

      artikel santai yang jika diberikan kepada pihak berwajib, mungkin mereka lebih faham. almaklum, bahasa akademik tinggi-tinggi.

      btw, tahniah kerana melihat isu ini from non-political-sided perspective. baru rasa tenang nak baca :)

      Reply

    10. saffa August 19th, 2010 at 11:59 pm

      Thanks. Saffa pun memang tak suka kalau pemikiran di pengaruhi dengan politik. =)

      Reply

    11. sapitque August 20th, 2010 at 4:11 am

      salam satu wickey.. hehe..
      den lamo da terpikir nk boli omeh nih..
      alhamdulillah.. semlm punye hari punye siang..
      den boli 10gm 99.9 pure gold bar..
      seb bek rega time tu murah da skit dari seminggu sblom eh.. tp ghadak juge pulus den.. hehe..
      kepada rakan2 seantero malaya, daripade smpan duit dlm bank yg dok harap interest bln2.. baek keluarkan.. bli omeh nih.. hari2 pon naek.. yeah.. kadang2 turun.. tp slalunye naek ajeee :D

      Reply

    12. saffa August 21st, 2010 at 11:29 am

      Dah beli? Alhamdulillah. Moga2 di murah kan rezeki lah eyk! ;)

      Reply

    13. safwanhussin August 20th, 2010 at 7:33 am

      Memang dah ada ‘ATM’ dinar emas ni, cuma tak ingat kat negara mana.

      Reply

    14. saffa August 21st, 2010 at 11:30 am

      Ooo. Okayy. :)

      Reply

    15. Adlan Khalidi August 20th, 2010 at 11:21 am

      best artikel so far! keep it up!

      Reply

    16. saffa August 21st, 2010 at 11:31 am

      Thanks! :)

      Reply

    17. Amirez August 20th, 2010 at 3:31 pm

      penggunaan dinar emas & dirham perak ni bagus sebenarnya. nilai emas skang makin tinggi kalau nak dibandingkan dgn nilai emas tahun2 dulu. sape yg ada emas dulu kalau jual skang ni bleh dpt 400% keuntungan.

      tak terlintas pulak nak jadikan dinar emas sbg hantaran kawen dulu huhu. rugi lak rasanya.

      Reply

    18. saffa August 21st, 2010 at 11:35 am

      Tu lah, tak terfikir kan? Saffa rasa kita patut popularkan hantaran emas ni. Sudah sudah lah dengan hantaran RM99, 999. RM13,131 etc.

      Reply

    19. t-pah August 20th, 2010 at 4:54 pm

      good article….syabas buat saffawati yg buat entry mcm ni…sekurang-kurangnye dpt jugaklah saye tau lebih lanjut tentang dinar….nanti nak belila…dpt simpan lebih lame dari duit yg mmg cepat abis mcm air…btol tak??…hehe..

      Reply

    20. saffa August 21st, 2010 at 11:36 am

      Thanks. :) YUP! Lagi satu, sekurang-kurangnya kalau tak ada duit nanti, boleh gadai kan emas ni. ;)

      Reply

    21. hanif August 21st, 2010 at 4:39 am

      nak dapatkan satu la…kira macam pelaburan jugak ea…

      Reply

    22. saffa August 21st, 2010 at 11:36 am

      Yup. Pelaburan jangka panjang. And tak ada riba! ;)

      Reply

    23. ann ann August 27th, 2010 at 7:01 am

      dah lama sebenarnye Tun Mahathir cadangkan penggunaan dinar emas ni..But..don’t know lah… Laksanakan secara berperingkat..bukan hapuskan terus guna nialai wang… biasa je kan.. macam kita guna bank…mula2 just buku bank..then card.. then bleh transfer…that all process learning sebenarnyer… cuma kadang2 ade manusia yang takutkan perubahan.. apa salahnyer jika perubahan itu untuk kebaikan kan..

      Reply

    24. saffa August 27th, 2010 at 2:42 pm

      Yup, tapi tu lah.. there are a lot of people that are too blinded with their own worldview, making them unable too see things from different perspective.

      FYI, As for now, apa yang orang boleh harapkan adalah Dinar Emas ni akan jadi complimentary currency. Maksudnya, orang ramai ada pilihan untuk guna Sistem Mata Wang / Dinar Emas dalam transaction. (Dinar Emas ganti Mata Wang tak mungkin akan berlaku dalam masa terdekat ni due to economics factors & sekatan drpd US)

      Reply

    25. med90 September 5th, 2010 at 6:33 pm

      dinar emas kelantan akan mmberikan kesan terhadap harga barang murah or mahal memandangkan perbezaan nilai diantara ringgit dan dinar emas kelantan..ianya akan memberikan kelebihan kepada pengguna or penjual shj..xde win win situation…
      jika dinar emas digunakan sbg mata wang negara kemungkinan akan berlakunya revualasi….revualasi ada kesan baik dan buruknya terhadap ekonomi negara…
      spekulasi ttp wujud…ttp kali ini spekulasi terhadap mata wang ringgit itu sendiri…kita bernasib baik kerana m’sia mmpunyai sistem kwgn yg unik di dunia(x mmbenarkan pasaran mnentukan nilai mata wang negara,cmpur tgn kerajaan ttp wujud)
      apa yg sy kesali ialah kewujudan dua nilai mata wang digunakan dalam urus niaga dlm sebuah negara…(diskriminasi mobiliti ke mana?)
      dinar emas lebih baik digunakan dalam penyimpanan rizab(pengajaran ketika thn 1966 klau x slap di mna m’sia menyimpan rizab dgn nilai pound strlng)

      Reply

    26. wynn September 20th, 2010 at 6:08 pm

      kat mane nk beli dinar emas ne?

      Reply

    27. Siti November 10th, 2010 at 12:28 pm

      COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

      Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

      Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

      Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

      Harga belian semula yang hebat.

      Terima kasih.

      Reply

    28. syafiq February 12th, 2011 at 6:22 pm

      menarek posting nih…tetapi…
      dalam menjadikan emas sebagai pelaburan banyak ulamak tak benarkan kalau xsilap saya…

      kalau tahu boleh share ye nt…thx…

      Reply

    29. salehuddin April 13th, 2011 at 4:39 pm

      assalam syafiq, yg tak boleh tu beli emas tapi dapat sijil je contohnya akaun simpanan emas maybank dan public bank. Tapi, beli emas dan dapat emas tu tak salah.Apabila USD collapse , yahudi dah bersedia menggantikannya dengan digital money.Tak boleh nak tunggu kerajaan, sbb rezab emas bank negara pun hanya ada 12 tan shj (singapura pun ada 217 tan!)US pula walaupun punyai rezab emas fizikal terbesar di dunia 8000 tan, jumlah itu tidak cukup pun untuk membayar hutang-hutangnya waima kepada China sahaja pun. Jadi tanggungjawab kita untuk memulakannya dan menyampaikannya merupakan fardu kifayah bg org2 yg mengetahuinya.

      Reply