
PTPTN. Perlu Atau Tidak?

Salah satu soalan dari Formspring yang Saffa rasa sangat menarik untuk di kongsi. ;)
1.Kak Saffa amik ptpn tak sekarang/nanti?
Tak amik PTPTN. Dan tak akan amik selagi parents mampu support. Lagi pun memang parents tak bagi amik pun.
2.Apa faedah ataw keburukannye?huhu
Err. Secara teknikalnya… Memang tak tahu lah faedah atau keburukan PTPTN ni. Maksud Saffa. Saffa tak tau langsung pasal interest, and discount if dapat 1st Class etc..
Dan ini adalah pandangan peribadi Saffa mengenai PTPTN,
Selagi mampu. Tak payah lah nak ber’PTPTN ni. Memang lah senang bila ada PTPTN. Tak menyusah kan parents. Tapi. benda ni akan menyusahkan bila kita dah habis belajar.
Bersusah payah dahulu. Bersenang lenang kemudian.
Lagi pun (merujuk kepada penanya soalan) kamu ni baru lepasan SPM dan nak masuk program diploma kan? Cuba lah survive tanpa PTPTN. Lagi pun baru diploma kan? Nanti Degree macam mana? Kalau pinjam PTPTN untuk Diploma.. Lepas tu sambung Degree pula. Hurm… Entah berapa tahun berkerja semata-mata untuk bayar PTPTN nih.
PTPTN sepatutnya jalan terakhir. Apply kalau betul-betul terdesak. Saffa tak tau situasi kamu. So. Tak boleh bagi pandangan sangat. Bincang lah dengan parents.
Jangan apply PTPTN sebab nak senang. Jangan lupa consequence PTPTN ni. Interest etc..
Lagi satu, berapa ramai students yang apply PTPTN, kemudian enjoy sakan? Kalau kamu bukan seorang yang bijak menguruskan kewangan. Fikir lah masak-masak.
Kalau ikut kan Saffa, PTPTN ni hanya memberi manfaat pada orang yang bijak menguruskan kewangan dan akademik dia sangat bagus.
3.Camna ek nak dapat full ataw half biasiswa ptpn?
Boleh rujuk di sini:
Pemberian jumlah pembiayaan adalah berbeza mengikut jenis institusi, peringkat pengajian dan jurusan yang diikuti oleh pelajar serta pendapatan bersih ibu bapa/penjaga pelajar. Klik di sini bagi mengetahui jumlah pembiayaan pinjaman pendidikan bagi seorang pelajar.
————————————————————————————–
Kalau ikut kan. Siapa yang nak menyusah kan parents kann.. ? Kalau kita apply PTPTN. Hutang tu kita yang tanggung. Tak menyusahkan parents..
Tapi. Jangan lupa… education kita ni salah satu tanggungjawab Ibu Bapa kita. Jadi. Tak payah lah fikir banyak sangat.
Nak apply PTPTN atau tidak. Bincang lah dengan parents. ;)
Random Posts
Tags: PTPTN
21 Responses to “PTPTN. Perlu Atau Tidak?”



betul tu, selagi parent mampu jangan apply ptptn…most of student salah guna duit ptptn, masa mula2 apply kata untuk guna for study bila dah dapat guna untuk lain =.=”
Reply
Yup.. Duit yang parents bagi pun tak termampu nak uruskan dengan betul. Apatah lagi bila dapat duit sendiri. Bahaya!
Reply
tp kalau kita dh keje, dpt la byr ptptn tu, so rasa2nya tak menyusahkan masa depan kot, dan sememangnya tak akan myusahkan parents.
Reply
Memang lah dapat bayar bila kita kerja nanti. Tapi. Still.. Entah lah. Jangan lupa.. Barang-barang makin mahal. Kita pinjam RM30 000 sekarang, nilai RM30 000 + interest yang bakal kita kena bayar nanti dah tak sama. ;)
Apa-apa pun. Bagi Saffa, PTPTN ni satu bebanan. Sebab PTPTN ni “hutang”. Hutang tak pernah menyenangkan.
Reply
Salam Saffa,
akak sokong 100%.. PTPTN adalh jln penyelesaian terakhir. kalau parent mmpu, boleh tanggung, jgn amik ptptn.. kita belajar ni utk hutang ke? lps tu bila hbs blaja, dh keje, duit hbs byr ptptn je.
so..if mampu, survive laa tnpa ptptn :D
akak ni start dr sijil smpai diploma, parent mmg tak bg amik ptptn.. tak nak anak-anak ssh bila dh kerja nnt.
Reply
Macam mana kita tak nak menyusahkan Ibu Bapa. Parents kita pun tak nak tengok kita susah jugak bila dah kerja nak kena bayar hutang etc.
Sebab tu lah, bincang lah dengan parents.. apa yang terbaik. ;)
Reply
Bila kita dah graduate nanti dan berjaya dapat pekerjaan, sepatutnya kita mampu je nak bayar balik PTPTN. Yang masalah x bayar balik tu, yang x bekerja. Majority nya yang dah x ingat dia pernah guna duit pinjaman dulu.
For me, memang betul selagi mampu x yah apply PTPTN. Tapi apply PTPTN pun ok je, x makan diri. Asal selalu ingat la yang duit kita guna tu adalah duit pinjaman, so that kita x berlebih2 guna nanti. :D
By the way, I’m stuck with the government for 10 years after graduating. Apply PTPTN is better than getting a scholarship I guess? huhu… entahla..
Reply
Woahh. Tak pernah terfikir pasal PTPTN vs Scholarship. PTPTN bayar hutang. Scholarship contract kerja. =.=”
Sebenarnya setiap benda ada kebaikan & keburukan yang tersendiri. Saffa confirm, mesti ada sesetengah graduan with PTPTN yang rasa stuck with goverment for 10 years lagi better dari duit gaji habis untuk bayar hutang PTPTN. ;)
Reply
sokong saffa 100%. kalau parents mampu, x yah la pinjam ptptn. & nak advice pd smua pembaca, menabunglah seawal bayi dilahirkan. tapi bukan dgn sspn.. pilihlah institusi kewangan dgn bijak.. kalau belum berkahwin & ada anak, menabunglah untuk diri sendiri.. bersusah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian.. bukan biar papa, asal bergaya..
Reply
Betul tu. Menabung lah dengan bijak. Walaupun Parents Saffa setakat bukak kedai makan jer, Alhamdulillah dapat sara kami tiga beradik.. Disebabkan pandai uruskan kewangan juga, Mak Ayah Saffa mampu beli kan kereta untuk Kakak Saffa lagi tanpa installment (bayar habis terus). Saffa bersyukur dan kagum sangat-sangat dengan Parents Saffa. :)
Reply
zaman skarang ni perlu kot.. sumenye dah mahal hehe
tapi make sure byr balik..
oh and one more thing.. kalau dpt apply selain ptptn lagi elok kot sbb interest dia tinggi ah..
sape apply MARA mcm lagi untung..
yang pandai2 tu apply JPA trus
Reply
Memang lah kena bayar balik. Apa yang Saffa cuba tegaskan kat sini, tak payah nak apply PTPTN kalau tak terdesak. Jangan fikir nak senang jer. Esok lusa sakit nak kena bayar hutang tu.
Yup. Apply lah Mara & JPA. Berusaha dapat kan scholarship. Itu yang terbaik daripada bergantung pada PTPTN. ;)
Reply
stil ag konpius lorh kak.my dad ckp apply.my mom xkesa.akak lak ckp xperlu kot.act,i ni boros sket orgnyer..gpn xnk sshkn dri byr alek pnjaman 2.keje nk sve duit.ley kasi kt parents kn.xnk la byr2 tuk loan neyh..huhu.no pin da bli.juz tgu wt kptusan jep.any comment??i need ur help!
Reply
If your parent suruh apply. Apply lah. ;)
Keputusan pasal apply atau tak ni.. Sepatutnya bergantung pada parents.. Mereka boleh tanggung atau tak ur education fees + living cost etc..
Reply
mana2 loan yang kita ambil…pentingnya diri kita…mesti pandai manage kewangan…mesti bijak mengatur kewangan…sesal dahulu pendapatan sesal kemuadian tiada gunanya…fikirkan lah!
Reply
PTPTN ni dasar dia selalu berubah. last time dia kata akan bagi discount and then, dia cancel. FYI, eventhough I got 1st class, tapi bila check balik kat website, dia punya syarat tu ubah just in time before I registered. so, no use la dapat 1st class pun. I mean PTPTN not really for good scorers also. good scorers deserve scholarship. not PTPTN!
Reply
emm..actually this knid of loan (PTPN) help students in terms of dorang nye pendidikan..i mention..PENDIDIKAN..but students nowadays dpt je PTPTN trus rembat phone baru la, bli ntah ape2 yg sometimes cost them around thoundasand RM..
im talking from my experience..
PTPTN is a good staf instead of MARA or JPA..
i used to got PTPTN in my diploma then gOt JPA..duet JPA tu smpan cket in order to pay back my PTPTN..n now im save..
huhuhu..
so..PTPTN is depanding on ape keperluan n kegunaan (the usage of that loan) PTPTn itself..
sekian..huhuhu
am i right gurl..
Reply
PTPTN nie macam Along Berlesen @ Berdaftar???…
dah bayar selame 5 thn ikot jadual xpenah miss pun tp tetap kene notis amaran soh byr beribu lg…bengong tul tiap2 notis keluar nak kene call PTPTN…arie nie call2 xpenah dapat,,,hampeh
Elok apply tpt len dulu last br lah ptptn
Reply
haha…i like this post!!! thanks, sis! i layak loan ptptn …i was so excited…tapi dad tak bagi loan sebab at the end of the day, susah gak…sebab abg i dlu loan ptptn. cakap senang la “nanti bayar balik” tapi payah gak laah…nnti2, smpai bawak ke mahkamah..dah 2, kalau kena blacklist…tak bleh nak g oversea..mcam mna nk g mekkah…huhu…susah2 skrang, senang2 kemudian (:
Reply
Yup. Bersusah payah dahulu. InsyaAllah kemudian hari tak akan ‘merana’. :)
Reply
btol3…kerana ptisptisN merana hidup tau..hehe…time dapat memang best,tiap2 sem kita juz blajar je x yah pikir sal yuran sebab ptptn trus masukkan ke kolej…biler dah habis dan mula start kene bayar mula la merana…merana bukan kerana kena bayar hutang tapi merana ngan caj die..sebab hutang wajib di bayor..nama lagi hutang kan…dan sekarang merana dengan pengurusan die lak wlaupun dah bayau abis….fuhh!!!
http://peranakanbudu.blogspot.com/2011/06/ptptn-oo-ptistisn.html
Reply