06
Apr

Mountain To Mountain Challenge 2009 (Gunung Nuang)

Alhamdulillah..

Saffa selamat pergi, naik, turun dan balik ke rumah! Yeay!

Dalam masa yang sama juga..

Saffa balik rumah dalam keadaan kaki yang teramatlah sakit dengan bersusah payahnya  dari Nilai ke Shah Alam dengan KTM! Not Yeay!

Jalan macam robot. Gila lawak!

Seluruh badan sakit-sakit. Nasib baik tak banyak pacat. Satu jer yang berjaya menghisap darah Saffa. Aiyoo! Betambah satu lagi parut! Bertambah juga satu lagi pengalaman dalam hidup Saffa!

Ini satu-satunya aktiviti luar yang pernah Saffa sertai (berkaitan dengan mendaki gunung). Memang tak terjangka langsung apa benda yang Saffa masuk ni. Main redah jer. Dengar jer ada aktiviti, terus bagi nama. Huhu..

“Cuak tak cuak, Takut tak takut, Gentar tak gentar” ^_regular

The Girls From Nilai Campus =)

Belakang: Qila, Nab dan Fiza Depan: Ika dan Yea! Saya! Hehe.. Sejam tunggu bas tak sampai-sampai. janji pukul 3pm, pukul 4pm baru muncul.. Ehem2.. kenapa eyk? ^_tongue

"Jalan sepuluh langkah jer. Amik gambar"

Ayat kontroversi: “Jalan sepuluh langkah jer.. amik gambar” Ada kisah menarik tertarik dan BOOM dengan ayat tu. Memang sejarah paling tak manis! Sedap-sedap jer kena ‘serang’ ngan sorang senior.

Sekali dia salah orang daa! Ceyh! Sumpah dia tak minta maaf lagi kat Saffa depan-depan OK! *Sorry. EMO jap*

Abang Nas berbaju Hijau

Ini advisor terpaling sporting pernah Saffa jumpa tapi Tegas!

BBQ

Muka Saffa macam hantu! Hahaha..

Macam-macam.. Haiyo..

Budak-budak lelaki memang pelik-pelik. Entah apa-apa jer… ‘Runtuh’kan khemah. Haha.. Kalau rosak.. Konfem kena ‘ngap’ dengan Abang Nas.

Farah, Saffa dan Bulan

Hari Ahad, sebelum pertandingan bermula.. Disebabkan tak ada orang akan jaga kawasan tapak perkhemahan kami. Semua barang berharga terpaksa diletakkan di dalam kereta Abang Nas. Termasuklah HP dan Kamera. Ramai yang bising kenapa Saffa tak bawa Kamera naik Gunung.. =.=” Nak sindir Saffa la tuh!

Pagi tu breakfast susu dengan Coco Crunch jer. Emak-emak semua.. Coco Crunch menipu! Separuh mati tahan lapar masa nak naik gunung tu! Nasib baik peserta perempuan 9KM jer naik turun sampai Kem Pacat. Dah la menyebabkan kesakitan perut lepas berlari tak sampai 30 minit..

Peserta perempuan sikit giler. Dalam 20+ jer. Selamat! Muahaha.. Gunung Nuang memang mencabar. Fuh! Lega giler dah habis. Naik turun naik turun jalan balak tu. Dah lar curam giler.. Lepas tu bila masuk trekking dalam hutan. Terus.. Mak aih! tak payah cakap lah… curam giler nak mampus. Selamat tak hujan..

“Courage is to keep on going going no matter how scare you are”

Yeah! Disebabkan ini adalah pertandingan.. semuanya Bye Bye. Saffa trekking seorang diri. Takut giler. tapi tetap teruskan. Nak tunggu orang kat belakang, rasa cam jauh lagi. Bila dah tunggu, nanti kena tinggal gak kalau Saffa lambat. Dalam hutan, seorang diri. Apa yang korang fikir?

Alhamdulillah lepas dah lama trekking ikut tanda yang diberikan, jumpa gak manusia!

Kemudian Saffa terjumpa budak-budak lelaki, tengah teman Ikmal yang totally dah give up sebab tak breakfast. Nasib baik Amir dengan Taufik teman Saffa naik sampai ke Kem Pacat. Diaorang memang dah totally give up untuk sampai kat check point diaorang kat Puncak Pengasih. Masa pun dah nak tamat.

Tak apa.. next time okeyh? ^_wink

Saffa orang ke 12! Yeay! tapi bila turun ke bawah jadi orang ke 14. Kena potong sebab dah tak terlarat nak turun jalan yang curam tu. Rasa macam nak tercabut kuku kaki ni. Huhu.. Tak apa. Hadiah sama jer untuk tempat ker 11-15. ^_jumpy  

On the way untuk sampai ke garisan penamat, Saffa terjumpa Emy @ Emy datang jumpa Saffa! Berbual-bual kejap sambil Saffa jalan pergi ke kaunter urus setia untuk lapor diri. Dia bagi 100Plus jer. Makanan tak ada ker? Haha..

Emy dan Saffa

Ini Emy. Kawan MySpace Saffa! Kenal sejak pertengahan tahun Form 4 eyk kan? Tapi tak pernah berpeluang untuk jumpa walaupun dah beberapa kali rancang nak jumpa. Tak sangka ada rezeki untuk berjumpa dekat Hulu Langat ni.. Haha.. Lain gila dari gambar kat MySpace.. lagi kurus kowt.

* Sila take note. Saffa berdiri atas tangga batu. Emy sangat lah tinggi! =.=”

* Saffa sekarang dah malas berMySpace sebab banyak sangat “Hye. Boleh berkenalan” type of person.

Owh.. =(

Kemas tapak perkhemahan.. Huhu..

Kemas Khemah!

Yen, Ikhmal dan Andy.

Ini Pakar nih.. :P

Salman (Ketua bagi group kali ni.. Yes Sir!) dan Ijat.

Dah dah Jom balik!

Arip, Salman, Sam (International Student from er er… ada TAN-TAN kat belakang dia.. =.=”), Ijat dan Hafiz.

Hafiz, Saffa dan Ijat

Saffa dan Ika

Tak boleh makan, gigit jer pun jadi lah.. :P

Mula & Tamat

Setiap permulaan ada pengakhirannya.. Tetapi, setiap pengakhiran itu adalah penanda bagi satu permulaan yang baru. Its the end of one chapter in my life. Cant wait for another chapter!

Balik! Yeay!

Woohoo.. Selamat tinggal Hulu Langat, Selangor. Bye bye Nuang..

CAMWHORES pictures. Dua jer.. LOL

Merenung atau mengenang?

Urgh.. tak berapa lawa lah gambar nih.. contrast sangat kan?

Imitating Kak Syasya Fav Pose

Macam budak retarded je.. =.=”

P/s: Tengah berkira-kira nak pergi Pulau Kapas ker tak hujung minggu ni? RM80.. Hurm..

P/s2: Sorry sebab banyak sangat gambar! (Dah kecikkan saiz! Click at the pic untuk enlarge dalam lighbox 480 width ;p)

P/s3: Untuk download gambar2 from camera Saffa.  HERE. For slower internet connection Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5.

Related Posts

Tags: , , , ,

27 Responses to “Mountain To Mountain Challenge 2009 (Gunung Nuang)”

  1. Khai April 7th, 2009 at 12:05 am

    Fuh! Alhamdulillah selamat pergi dan balik.. kalau tak hilang lagi sorang “bakal” awek ku.. hhohoho!!!!

    neway nape gunung nuang ni sebijik pemandangan dia macam kat kebun nenek khai yer? Hurm!!! pelik2.. x nampak macam gunung pon.. ^_yes

    Reply

  2. saffa April 7th, 2009 at 12:43 am

    Haha.. memang la.. ni kat kawasan camp site, ada chalet.. surau.. Entah la…. Tak terambil plak gambar Gunung tuh.. :P

    Kamera awal2 lagi dah simpan dalam kereta advisor masa hari larian. lagi pun takkan nak amik gambar masa orang semua tengah sibuk berlari nak sampai check point? =.=”

    Reply

  3. Sarah April 7th, 2009 at 12:31 am

    Salam Saffa. Bestnya. Dah lama sangat dah KS tak join mountain climbing. Teringinnya na pergi. KS tiba2 teringat. Ada sorang kawan KS pun akan pergi sini jugak. Ada challenge katanya next week.

    Uiks. Jadi orang ke-14 tu hebatlah tu. Agaknya kalau KS, erkk… pancit dah kot ^_laugh

    p/s: Tan tan tan. Kitorang kat sini pun selalu je sebut macam tu jugak. Banyak sangat nama2 negara Tan Tan Tan ni. Huhu.

    Reply

  4. saffa April 7th, 2009 at 12:47 am

    Salam KS.
    Jom.. join Saffa. Jadi doktor peribadi merawat luka pacat, terseliuh etc.. hehe..
    KS. Peserta 20+ jer.. memang lar dapat no 14. Kalau berpuluh2 sampai beratus-ratus.. Haiya..
    Hehe..
    Saffa memang awal-awal dah pancit sebab tak cukup energy makan Coco Crunch dengan Susu jer.. tapi terus kan jugak untuk sampai check point.
    Alhamdulillah, Saffa tak cepat give up.. :)

    Reply

  5. |1f34|-|1r3 April 7th, 2009 at 3:12 am

    fuh..kije turun naik gunung jer..agak2 kalau dh kawin..ada nak dok kt atas gunung tak? ^_lol

    Reply

  6. saffa April 7th, 2009 at 11:38 am

    Duk kat atas gunung bley gak.. Asalkan lengkap semua kemudahan cam rumah banglo 3 tingkat ker, kereta, ada jalan bertar, TV, INTENET (wajib nih!) dll..yang membolehkan Saffa goyang kaki.. Haha..

    Reply

  7. azril April 7th, 2009 at 3:14 am

    saffa letak sume gambar2 kat lam camera saffa lam folder tu ker???
    ala wireless kat cni lembab giler laa..
    xley nk download…
    tension tul le…huh ^_lol ^_lol

    Reply

  8. saffa April 7th, 2009 at 12:00 pm

    Yup.. jap Saffa buat dalam 5 bahagian.. Kecik skit saiz dia..

    Reply

  9. azril April 7th, 2009 at 1:03 pm

    ha cam tu la..
    baru la snang cket nk download gne wireless uia nie…
    lambat giler…thanx saffa…

    Reply

  10. KNizam April 7th, 2009 at 1:12 pm

    kalau naik gunung camni paling best masa mandi air terjun yang sejuk giler. kadang2 sampai ke tulang sum2 hehe :)

    Reply

  11. saffa April 7th, 2009 at 1:41 pm

    Masa kat G.Nuang ni.. Saffa lalu 3 kawasan sungai.. Air dia memang best giler.. Tapi disebabkan ni pertandingan.. tak boleh la nak mengada-ada lepak kat situ. Setakat amik air, basuh kaki.. kemudian cepat-cepat sambung larian (berjalan jer lebih.. Haha).

    Reply

  12. en_me April 7th, 2009 at 2:37 pm

    perghhh semangat tewww.. syabasss

    Reply

  13. saffa April 8th, 2009 at 1:50 pm

    Terrima Kasih! Hehe..

    Reply

  14. zool April 7th, 2009 at 5:03 pm

    Hm.. mesti bestkan..
    nanti kalau nak naik gunung ledang ajak saya..
    tapi saya tukang tengok je lah.. nak panjat malas..
    huhuhuhuhuhu

    Reply

  15. saffa April 8th, 2009 at 1:52 pm

    Nak panjat gunung memang kena buat banyak preparation. kalau malas memang tak boleh buat apa lah.. huhu..

    Reply

  16. BAGAK April 7th, 2009 at 11:06 pm

    tahniah anda berjaya

    cubalah pulak gunung tahan

    Reply

  17. saffa April 8th, 2009 at 1:53 pm

    Sebenarnya tak sampai puncak pun. Sampai kem pacat jer.. InsyaAllah nak naik semula.. =)

    Reply

  18. blowie April 8th, 2009 at 1:29 am

    wahhh,bestt gle…
    pengalaman yg pasti melekat smpai tua ^_content

    p/s : plugin ape anda pkai utk flash view gambar2 tu?
    yg bile click kat gambar tu dia enlarge dgn flash.

    harap2 paham la ^_biggrin

    Reply

  19. saffa April 8th, 2009 at 1:54 pm

    Owh.. itu namanya ‘lightbox’ kalau tak silap.

    P/s: memang pengalaman yang best dan tak akan lupa sampai bila-bila kecuali ada Alzheimeir.. (betul ker eja ni)

    Reply

  20. Yeop April 9th, 2009 at 5:33 am

    Salam Saffa,

    Bestnyer….. menghirup udara segar di pergunungan…!!

    O2 yang segar!!

    Selamat kembali…

    Reply

  21. saffa April 9th, 2009 at 6:08 pm

    Memang best. If bukan competition, mesti lagi best! Terseksa jer nak kejar masa.. H2O kat Gunung2 pun best gak.. :P

    Reply

  22. wandisini April 9th, 2009 at 5:14 pm

    salamz tuan rumah…senang2 datang la rumah saya pulak

    semalam pun aku terbaca kat dlm blog mamat tu gi aktiviti ni.
    cam best je

    jom mendaki bukit jelutong di shah alam pulak

    Reply

  23. saffa April 9th, 2009 at 6:26 pm

    Salam,
    Blog mamat tu? blog sapa?
    Bukit Jelutong? Nanti Wan ada aktiviti kat sana ker?
    Under apa?

    Reply

  24. Arina April 12th, 2009 at 4:33 pm

    cool! dah lame x join activity mcm ni.
    mesti best kan? :)

    Reply

  25. Arina April 12th, 2009 at 4:34 pm

    nice one! best glerr :D

    Reply

  26. wandisini April 14th, 2009 at 11:33 am

    tak da pa kat bukit jelutong tu..sja je cakap..
    lagi pun mana da kawasan nak berriadah camtu. memancing boleh la.

    saffa duk shah alam eh, area mana eh?
    pangsapuri perdana? TTDI? Bukit jelutong?

    Reply

  27. odieneology April 15th, 2009 at 8:56 am

    salam kunjung dan kenal dari warga gunung dewarimba

    Salam =)

    Reply