
Kedai Makan Melayu Memang Sux!?
Tajuk di atas bukan statement, tapi persoalan. Sejak kebelakangan ni macam banyak lah pula timbul isu tentang Kedai Makan Melayu Vs Kedai Mamak.
Okay. Tak ramai yang tau, sebenarnya Famili Saffa ada Kedai Makan. Bukan restaurant.. Tapi sekadar Kedai Makan yang berfungsi seperti Food Court. Saffa tak pasti sama ada Kedai Makan Famili Saffa ni adalah Kedai Makan MELAYU atau tidak memandangkan pekerja-pekerja Kedai Makan Famili Saffa adalah orang Melayu-Thai.
Whatever it is, jika entri ini bersifat MEMPERTAHAN kan Kedai Makan Melayu.. Itu kerana Kedai Makan adalah tempat permainan Saffa sejak Saffa masih bayi sehinggalah Saffa menjejakkan kaki ke Universiti. Tambahan pula kenalan Mak Ayah Saffa semuanya mengusahakan Kedai Makan.
Okay. Sebelum Saffa elaborate lebih lanjut tentang Kedai Makan Melayu dan REALITI nya dari persepsi Saffa, ingin Saffa jelaskan Saffa menggunakan entri Khai & Siggplus sebagai rujukan. Dan juga perbandingan berdasarkan Kedai Makan Famili Saffa.
Kedai Melayu ada 2 jenis; Kedai Makan NASI CAMPUR dan juga Kedai Makan MASAKAN PANAS. Mengikut pemahaman Saffa, yang orang selalu bengang adalah Kedai Makan MASAKAN PANAS.
SILA BACA BETUL-BETUL okayy. Saffa tak suka dihentam dengan membuta tuli. Sebelum bercakap, pastikan memang dah baca betul-betul apa yang Saffa tulis.
1. Servis Lembab/Teruk
Kebiasaannya, Kedai Makan Melayu ada DUA Tukang Masak, SEORANG Tukang Buat Air & TIGA Pelayan. Bagi Kedai Makan Kecil.
#Order Lambat: Terus terang.. Saffa memang MALAS nak pergi amik order cepat-cepat. Biasanya Saffa biarkan pelanggan duduk dulu. Dah nampak macam setel. Baru Saffa pergi amik order. Sebab boleh dikatakan 90% pelanggan.. Tak bersedia pun untuk order, melainkan dia bersendirian. Bayangkan, daripada Saffa tunggu pelanggan tu fikir nak makan apa.. Saffa dah boleh serve meja lain dah.
#Makanan Lambat: Biasanya memang ada DUA Tukang Masak sahaja. Seorang akan bertugas masak yang Goreng-Goreng. Seorang lagi akan buat TomYam/Sup/Kuah-Kuah.
Korang rasa satu masakan macam Nasi Goreng (satu hidangan sahaja) amik masa berapa lama? Sebenarnya tak sampai 5 minit+ pun! Yup. Sebenarnya bagi Tukang Masak yang berpengalaman. Nak masak sekejap je. IF korang nak tau servis dia ok/tak. Pastikan korang sorang je customer masa tu. Order. If tak sampai dalam masa 5 minit. Thumb DOWN.
IF Tukang Masak tu adalah TERBAIK. Masalahnya adalah pelanggan. 1 pelanggan satu jenis makanan; 10 pelanggan 10 jenis makanan; 30 pelanggan MUNGKIN 30 jenis makanan.
Kata lah kan, korang adalah pelanggan ke 20 dan semua pelanggan sebelum korang belum dapat makan dyeorang lagi. Dan dyeorang memang order makanan yang berbeza-beza. 20 pelanggan (yang order berbeza) x 3 minit (at least) = SATU JAM. Logik tak logik sekarang ni bila memang lama nak tunggu?
Menu: Mee Hailam. Pelanggan A nak Ayam dan Sotong. Pelanggan B nak pedas giler. Pelanggan C nak letak telur. Pelanggan D nak lobak dengan sayur bayam sahaja. Korang rasa berapa lama lah nak siapkan hidangan ni?
*Sebenarnya ramai tak sedar punca makanan lambat adalah disebabkan mereka sendiri.
Kerana Kedai Makan Melayu adalah Kedai Masakan Panas, pelanggan boleh dikatakan mempunyai hak untuk mintak begitu begini, dan hanya kerana kegedikkan beberapa orang pelanggan sebenarnya boleh menyebabkan pelanggan lain terpaksa menunggu lama.
Dah tau proses memasak LAMBAT, apsal tak amik jer 3-4 Tukang Masak?
*Breath in, Breath out* Gaji Tukang Masak buat masa sekarang adalah dalam RM40-80 sehari (bergantung kepada tahap Peak Hour dia macam mana dan berapa jam). Bagi Mak Saffa, setakat peak hour dari pukul 9-10am & 1-2pm, amat lah tak berapa patut/berbaloi amik Tukang Masak sampai 3 orang.
Nasihat 1: Seriously, If korang memang jenis nak makan cepat. Apa kata pergi je makan FAST FOOD? =)
Terus terang, Saffa tak berapa suka makan makanan yang order-order nih bila pergi makan dengan kawan (dekat cafe kampus). Lagi rela makan makanan yang dah tersedia macam Nasi Ayam/ Nasi Campur/ Nasi Lemak etc. Melainkan memang tujuan Saffa nak lepak-lepak kat Kedai Makan tu.
#Tak Mesra: Saffa rasa susah nak kekal kan emosi bila kita kena layan berpuluh manusia dengan perangai yang berbeza. Tambahan pula masa waktu peak hour. Sumpah stress. Saffa tak suka sangat tengok orang menunggu makanan. Sebab Saffa faham betapa tak bestnyer MENUNGGU.
Wokayh.. Sambung esok. Study arr weyh! Esok pasal apa eyk? HARGA MAHAL kowt? And errmm.. Tunggu je lah esok! =P
Random Posts
Tags: Kedai Makan Melayu, Kedai Mamak, Lambat, Lembab, Operasi Kedai Makan, Realiti, Sux, Terbaik
10 Responses to “Kedai Makan Melayu Memang Sux!?”



Salam beb~~ study jan tak study~~ Kedai ko kat mana wey~~
Reply
hey thanx linkkan blog aku yeah..
kesimpulan aku mmg tak suka mkn kdai melayu..heh
Reply
Welcome. Haha. Saffa pun tak suka Kedai Makan MELAYU. Saffa suka Kedai Makan MELAYU-THAI.
Reply
“Bang, nak makan apa?”.. “Hmm, itu, ini, hmm,, apa yee..”…
Nak pikir makan apa pun dah ambik dekat 5 minit. Bukannya pelayan tu nak layan dia sorang je..
Reply
yg xtahannya…tukang order pompuan dekat sesetengah kedai melayu… ntah apa-apa…mcm la nk pikat dia…haha..tergedik sana, tergedik sini…
baru ku tahu betapa nikmatnya bila boleh makan nasi putih berlauk kampung…. (biasa orang-orang tua je suka nasik putih…) ke skang aku dh smakin tua…? haha…
Reply
Gedik itu subjektif. Saffa tak tau apa yang kau maksudkan. Tapi, cuba fikir balik. Yang kerja kat Kedai Makan tu kebanyakkannya educated ke tak educated? Saffa rasa setakat high school adalah. Kebanyakkannya asal dari mana? Kampung!?
Kalau dyeorang gedik. itu sebab dyeorang ada sindrom ‘Rusa Masuk Kampung’. Lagi satu, kalau lelaki tak usik.. Perangai gedik tu tak akan ada rasanya
Reply
Sy suka kedai Melayu. Tak berapa suka sangat makan kedai mamak sebab kalau salah makan boleh sakit perut.
Reply
Setiap orang ada selera masing-masing. Melayu dengan Makanan Melayu ni memang dah sebati. Mentaliti kita memang dah set Kedai Mamak tu bukan makanan harian kita, sebab tu ada sesetengah orang macam Dr House tak boleh terima makanan mamak ni.
Yup! Sakit perut tu memang kemestian, makanan yang dah dimasak entah berapa lama.. Macam kenduri kawin. Sedikit sebanyak mesti tercemar. Macam Nasi Campur. Atau selalu sangat makan nasi lemak, tiba-tiba bantai Kari Kambing. Memang lah terkejut perut tu. ;)
Reply
pendapat yang praktikal mengenai kedai makan masakan panas melayu! saya suka catatan ini sebab saya pun sependapat!
biasanya jika bersama rakan-rakan atau keluarga dan ingin makan besar, barulah bawa ke tempat masakan panas.
jika tidak makanan segeralah yang menjadi sasaran.
masa itu emas (ha3)
Reply
Yay! Sependapat! Nak makan besar/saja nak lepak dengan famili/kawan baru makan masakan panas. Tak adalah rasa sangat bila lama menunggu. Setakat nak makan Nasi Goreng, Mee Goreng.. Hurmm.. Jenuh lah nak menunggu. Tambahan pula pelajar/pekerja yang selalu kejar masa ni. Memang tak berapa sesuailah nak makan masakan panas yang ambil masa ni.
Reply