
I’m Proud To Be A Malaysian
Mempunyai keturunan yang bukan berasal dari satu tempat yang sama kadang-kadang boleh memeningkan kepala.
Yang pasti.. Saffa sering di label sebagai,
“Anak Malaysia” ataupun “Orang Malaysia” dalam kalangan keluarga Saffa.
Sama ada kerana Saffa makan Nasi Campur (Dengan kuah melimpah-ruah), Roti Canai dengan Kuah Dal atau pun (tak ingat! Hahaha..=.=” Saffa memang pelupa SIKIT).
Malaysia atau Thailand. Kedua-keduanya Saffa sayang! (Lebih sayang Malaysia.. Haha) Teringat masa perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia semasa Saffa masih bersekolah rendah. Riuh rumah! Rumah jiran di sekeliling bersorak untuk malaysia. Kami pula sibuk dengan team Thailand. =__=”
3 hari yang lepas, Saudara Saffa datang ke rumah. Ini merupakan kali pertama mereka ke Malaysia. Seperti biasa, memandangkan Saffa sedang bercuti. Saffa lah yang paling excited untuk menjadi Tour Guide tidak rasmi!Hari pertama, kami telah ke Melaka. Agak seronok. Tapi Saffa agak bosan kerana sudah acap kali ke sana. Tambahan pula, kakak Saffa tiada di sisi. Kurang sikit keseronokan untuk camwhores ni. Hahaha..
Amacam? RM10. Tapi tak beli pun… Saffa tak cukup berani nak bergaya sakan macam tu. Lain lar kalau dapat jadi model majalah ker.. Hahaha.. (Dah mula perasan da…..)
The Sedara yang datang! Sangat meriah! Dan Funny LOL.. Reaksi mereka terhadapa Malaysia ni memang tak boleh blah! nanti Saffa cerita kat next entri.. *wink*
Mini Cooper kan ni? Saffa lagi suka Volkswagen Beetle Colour Pink Purple atau Oren . Ada sesape nak buat Beetle ni sebagai hantaran kawin tak untuk Saffa? Cute! Bulat! Comel dan Montel.. Haha (berangan jer kerja.. dah la nak colour yang striking jer.. hahaha)
In the Gondola berlatar belakang kan tanah yang tandus seperti di padang pasir. Owh Oasis.. Sayang sekali tak ada unta dengan pokok kurma tu. Kalau tak.. konfem syok.. Hahaha.. (mengarut jer kerja Saffa nih!)
Eye on ______ apa tu hah! Eye on Melaka ker Malaysia? Ha! Jawab! jangan tak jawab! Haha.. Jangan Eye On Saffa sudah! Hahaha.. (tak abis-abis lagi perah santan.. Hahahaha)
Tak banyak pun berjalan kat Melaka tu. Cuma ke Bandar Hilir (keluar masuk muzium.. naik turun tangga! Sumpah Penat! dan Panas giler..) dan Eye On Malaysia. Tak best langsung EOM kat Melaka! Nasib baik masa pergi tu ada pakej sempena hari ibu. Satu gondola RM40 untuk 5 orang! Sangat jimat!
Jom kita serbu Eye On Malaysia. Mari.. Murah woa!! Siap dapat baucer-baucer lagi dengan pakej tersebut untuk meraikan kaum-kaum hawa yang sudah beranak nih! Huhu.. Oh ya! Bunga ros sekuntum.. Tak boleh blah.. (Saffa bagi kat Mak… *blushing*)
Terima Kasih IBU! Mak! Umi!
I’m proud to be a Malaysian. Tak kisah la pasal udara Malaysia ni panas, kisah politik yang tak abis-abis ataupun pergaduhan bola sepak! Saffa tetap bangga menajadi anak Malaysia!
Dan juga lantak lah kalau artis-artis kat Malaysia ni tak ramai yang cun melecun dan hensem giler nak mampus cam kat Thailand! Peduli apa! Saffa bukak You Tube je lah kalau nak tengok dyeorg! Hahaha..
P/s: Sila lah hargai gambar Saffa ni. Sumpah susah giler nak mampus upload gambar-gambar nih.. nak menangis dah.. sampai 3 jam! =____________=”
Bye. nak tido. Dah pukul 4.31am. Esok nak ke KLCC. =.=” (Mati lah tak cukup tidur.. Konfem tidur mati dalam KTM)
P/s2: Saffa still guna komputer buruk. Masih belum ambil laptop kat kedai. Taktau dah siap repair ker tak.. T_T Rindu photoshop! Tengok! Gambar tu semua unedited tau! Huhu
Related Posts
Tags: bandar hilir, cuti-cuti malaysia, Eye On Malaysia, melaka, Taman Mini Asian, thailand, World Heritage City
23 Responses to “I’m Proud To Be A Malaysian”







yang kat thailand cun melecun tuh..bukan tentu pompuan tau !… hehehehehhee…
Reply
Erk! Yup.. Haha..
Reply
Eleh.. Gi Melaka tak nak ajak sekali…
Asyik gi Banda Hilir je.. Sesekali singgah le ke area Jasin.. Ada ‘AIr Panas Bemban’, ‘Tmn Batu Lebah, Selandar’, ‘Air Terjun Asahan’, n banyak lagi..
Lepas ni tak boleh kasi Saffa masuk Melaka dah..
Nak suruh akak jaga tol tu block bas Saffa..
^_biggrin ^_content
Reply
Nak buat macam mana.. memang situ jer tau.. Hahaha.. Semua ada kat situ. Tak payah nak pergi jauh-jauh… Hehe
Reply
hmmm… volkswagen tu memang comey. ahaha~
Reply
Itu bukan Volkswagen Beetle…. Huhu..
Reply
Tak kisahlah warna biru ke, pink karer ke, yang pentingnya kita rakyat Malaysia. :D
Reply
Yup! Err.. sejak bila ada orang berkulit biru dan pink? Sangat menarik! kat mana tu? Hahaha…
Reply
melaka tanah tumpah darahku ^_content
Reply
Oh yeah? Patut lar.. Huhu…
Reply
huhu, sapa bilang gadis melayu tak menawan? Kat blog pun dah bersepah pompuan lawa, tak tengok kat dunia luar lagi, hehehehhe…
Reply
Semua orang cantik. Cantik itu subjektif ;)
Reply
gadis kacukan malaysia+thailand? ^_biggrin
Reply
Yup.. Kinda walaupun susur galur keluarga Saffa lebih kepada Thai.
Reply
pegi jalan tak ajak!!! heheheeh
nnt saffa jadi my tour guide pulak boleh?
Reply
Uiks! Blog baru!!! Bagus2.. senang nak bukak! Tapi URL cam susah jer.. Hehe..
Jadi Tour Guide? Boleh2! Sila bagi Saffa makan 3 kali sehari dan belanja makan dan lain2.. cukup! Hahahaha…
P/s: Jom jalan2 sama2.. buat photo shoot kat Malaysia yang tercinta ni! :D Ajar Saffa photography nih..
Reply
oho. gambar tu x edit pun dah cun. hehe ^_tongue
Reply
Tapi tak suka lar lighting etc.. nak jugak ubah2 sikit dia nyer setting.. letak caption … Huhu…
Reply
tabah betul upload gambar smpai 3 jam.. average sekeping 25 minit.. pakai dial up eh? he he
*entri kedua hari baca pasla melaka (#1 @chokilala) .. mcm menjemput plak..*
Reply
Memang tabah sampai nak menangis! :D
Taklah. Siputmyx la apa lagi!
Tak best sangat pun kalau nak pergi Melaka sebab Eye On Malaysia tu.. Huhu.. Boleh la.
Reply
wahhh!! patutlah saffa jelita kacukan rupanya…. ^_yes ^_yes
Reply
Thanks for the compliment.. :) lain kali simpan jer pujian tu.. Takut ‘Riak’ plak Saffa ni asyik kena puji.. =_=”
Reply
Lebih baik kita memuji dari mengeji…. !!!
Ur the best!!!
Reply