
Ignorance Is Bliss : Bagaimana Saya Melihat Kehidupan
Yup, Ignorance Is Bliss.
Tak percaya?
Tidak kira di mana kamu berada, Palestin mahu pun Malaysia.. Apa yang kamu lihat pada kanak-kanak?
Kanak-kanak hidup gembira di dalam dunia mereka, sehinggalah mereka belajar apa itu ‘Kehidupan’.
Sesetengah orang mungkin masih mencari apa itu erti ‘kehidupan’, mungkin juga ada yang sedang berusaha mencorakkan kehidupan mereka dan yang lain, tidak tahu apa itu kehidupan, kerana mereka tidak pernah peduli.
Seandainya orang bertanya apa itu kehidupan pada Saffa, Maaf, Saya masih belum mempunyai jawapannya.Manusia memang pelik bukan? Ada yang ‘membutakan’ mata mereka kerana tidak mahu menerima kenyataan. Dengan harapan mereka akan hidup dengan lebih gembira.
Seperti yang Saffa katakan, Ignorance Is Bliss.
Sesetengah orang memutuskan untuk tidak berfikir tentang orang lain. Apa yang penting adalah diri mereka sendiri. Kenapa perlu sibuk mengambil berat tentang orang lain? Mengapa perlu menyesakkan kepala dengan memikirkan orang lain? Kenapa perlu bersusah payah untuk orang lain? Jika orang itu sendiri tidak memikirkan tentang dirinya..
Seronok bukan berada di dunia Ignorance? Tidak ambil peduli. Tidak ambil tahu. Semakin kurang benda yang kita ambil peduli, semakin kurang masalah kita. Ignorance Is Bliss.
Dunia Ignorance is Bliss Saffa sudah berakhir. 2 Tahun di MRSM telah mematangkan Saffa. Dunia yang cukup simple berakhir apabila Saffa memutuskan untuk menjejakkan kaki dan tinggal di asrama penuh itu. Saffa tidak pernah sangka, 2 tahun di sana mampu mengajar Saffa erti persahabatan sebenar dan erti sebuah usaha.
Sungguh Saffa tak percaya betapa Ignorance nyer Saffa dulu. Sugguh Ignorance. Sehinggalah detik itu. Saffa mulai sedar kehidupan sebenar. Saffa perlu berhenti jadi ignorance! Tapi.. kerana Saffa bukan lagi Ignorance. Saffa jadi ‘Saffa’ pada hari ini dan Saffa sebenarnya bersyukur. Penyesalan perlu di tolak ketepi jika penyesalan itu hanya akan membuatkan kita terus berada di takuk lama!
Digress.
(Blog dia memang penuh dengan superb vocab lah! Now I know why you want to have their vocab!)
Ignorance is Bliss memang betul. Tapi Ignorance itu juga ‘stupid’.
Owh.. Hari ini Cikgu ajar saya tentang tukaran mata wang asing. Tapi saya tidak faham. Lantak lah. (Itu stupid, bila kamu telah tukar RM1 dengan 1 Bath.. Ignorance Isnt Bliss!)
Owh.. Dadah? Pergaulan bebas? Arak? Ala… Whatever! (Itu stupid, bila kamu mati keseorangan di dalam penjara, bawah jambatan atau mati katak di jalanan.. Ignorance Isnt Bliss!)
Kehidupan adalah subjektif. Setiap orang ada cara mereka yang tersendiri bagaimana mereka mentafsir kehidupan. Setiap orang juga ada erti kehidupan mereka tersendiri. Sama ada Ignorance itu adalah Bliss atau Stupid. Diri kita sendiri yang akan menentukannya.
Bukan semua Ignorance itu satu kebodohan kerana bagi sesetengah perkara, Ignorance itu juga adalah Bliss.
What you don’t know won’t hurt you. For example, She decided not to read the critics’ reviews–ignorance is bliss. Although its truth may be dubious at best, this idea has been expressed since ancient times. The actual wording, however, comes from Thomas Gray’s poem, “Ode on a Distant Prospect of Eton College” (1742):
“.Yet ah! why should they know their fate?
Since sorrow never comes too late,
And happiness too swiftly flies.
Thought would destroy their paradise.
No more; where ignorance is bliss,
‘Tis folly to be wise.”
Ignorance Is Bliss : It is better not to know something than to know it and be upset by it.
From “Encyclopedia of Word and Phrase Origins” by Robert Hendrickson (Facts on File, New York, 1997) and answers.com.
Dunia kanak-kanak adalah Dunia Ignorance Is Bliss. Rindu bukan pada saat-saat itu?
P/s: Everyone will have different opinions and interpretations in Ignorance. And whatever it is, I respect yours as long you as you respect my opinion. *wink*
P/s2: Bila terdengar mengenai rumors/gossip.. try to avoid it! By being Ignorance.. You will save yourself from committing a sin dengan menyebarnya tau hanya dengan mendengar mengenai sahaja.
Random Posts
14 Responses to “Ignorance Is Bliss : Bagaimana Saya Melihat Kehidupan”


i like the word
“Ignorance Is Bliss : It is better not to know something than to know it and be upset by it.”
kedang kala ada perkara yang tak perlu kita amik tahu, kita amik tahu gak kan
kenapa eh?
bukankah itu membuang masa dan memberatkan kepala otak sendiri
“Dunia kanak-kanak adalah Dunia Ignorance Is Bliss”
yeup…betul sungguh, masa kecik dulu kita tak perlu amik tahu apa2 tapi famili kita yang kena amik tahu pasal kita, makan, mandi, baju suma
kita lak apa kisah itu suma, yg penting hepi main dan berebut mainan dgn adik beradik yang lain
Reply
Apa-apa pun. Bersyukurlah dengan keadaan kita sekarang. Tapi jangau terlalu contented sampai tak ada niat nak majukn diri sendiri langsung!
Reply
eh saffa mrsm mana dulu??
Reply
MRSM Kuantan.. Knapa? MRSM gak eyh?
Reply
waa,penuh tersirat ni.
kanak²….always happy ^_laugh
Reply
Tak selalu Happy. Tapi senang hati tanpa banyak masalah.
Reply
weyh, power2 ayat sini.. tak aci rr amik org lain punye… huhu, aku pun nak bagik ayat gak…
ignorance is bliss
caring is loving
knowledge is power!!!
Mantap tak? Aku pun MRSM gak dulu, tapi cam ignorant jerr lagi, haha!!
Reply
LOL. MRSM Apa?
Still not ur time kowt.. Huhu..
Owh. Seriously dulu Saffa sangat Ignorant. Orang mengumpat pasal Saffa and sindir Saffa pun.. Saffa still tak nampak.
Sangat agak ermm.. bodoh sikit masa tu… T_T
Reply
Um.. Ya betul sekali masa kecil-kecil dahulu tidak pernah mengambil tahu mengenai keadaan sekeliling. Boleh dikatakan dunia tiada masalah. Yang mengambil tahu hanyalah ibu dan bapa serta adik beradik yg lain. Namun apabila besar, sifat ini masih ada ‘depend’ pada cara didikan ibu bapa serta persekitaran kita susah senang kehidupan.
nway.. like this articles. ^_^
Reply
Thanks. Yup.. Persekitaran dan didikan ibu bapa memang main peranan penting.
Reply
So true. Wyn ada seorang kawan pun masih berada dalam dunia “ignorance is bliss” dia sendiri walaupun jejaka ini besar je badan macam orang dewasa. Waktu kami sibuk apply sana sini fikirkan jalan untuk menyambung pelajaran, sedangkan mak dia settle everything untuk dia. Bagus kan? Hehe. ^_biggrin
Reply
Memang anak mak! =.=” Even tho parent know what is the best for their children. Sepatutnya kita kena berdikari dan tentukan sendiri kita punya pelajaran. Belajar untuk membuat keputusan sendiri dan uruskan sendiri semua benda tu. Kalau tak.. macam mana nak jadi ‘dewasa’..
Reply
memang ada lagi mereka yg berada dalam dunia ‘Ignorance’ nih. sempit. gelap. dan kosong ^_sick
Reply
Setiap orang ada masa dia. Bila dah sampai masa nanti.. ‘sedar’ la tu. Jangan ‘sedar’ lepas dah meniggal sudah. Memang tak boleh nak buat apa dah masa tu….
Reply