1 June 2009

I Will Survive The Last Semester At CFS IIUM Nilai

Filed in Uncategorized

*Go to your playlist and open ‘I will survive’…*

Let me tell you the lamest story about a girl who was ditched by her family for being too lazy like ular sawa during her two months and half semester holiday..

Fuh! Satu nafas jer okay.. Gila ah! Hahaha..

Bagi sesiapa yang masih tak tau, Saffa sekarang ni sudah pun berada di CFS IIUM Nilai yang memang bernilai umpama kaca dalam berlian..

*Sedang online dengan seronoknya atas katil menggunakan wifi UIASTUDENT, baru ingat nak taubat sikit daripada blogging tapi tak jadi ah…*

Ada coverage wifi !!

Aduh! Apsal cam bosan jer entri ni. Ada yang nak baca ker cerita yang macam Oh Diari Ku, Pujaan Hati Ku ni.. *garu kepala*. Tak apa lah.. Tibai jer… nak cerita gak! Boleh bantai gelak dengan kawan-kawan bila Saffa baca balik entri ni nanti. Kah Kah Kah…Bagi mengelakkan cerita Saffa yang sangat boring bagi sesetengah orang ni menjadi cerita epik yang teragung.. Saffa akan fast forward kan blog Saffa ni kepada chapter 2, babak pertama, 4.15pm di bilik seminar Blok C.

Saffa: Eyh.. betul ker daftar kat sini? *usya seminar room yang cam agak kosong, hanya ada dua meja.. satu dipenuhi lelaki*
Kakak: Tu ada budak perempuan datang dari sebelah sana.
Saffa: Haah.. Kat bahagian sebelah sana kowt.
——–
Staff: Register?
Saffa: Eyh.. ini Blok A. *sambil membelek borang pendaftaran bilik* Nak Blok D.
Staff: Penuh la. Blok A jer yang tinggal sekarang ni.
Saffa: Alamak.. Memang dah penuh ker *Ok FISH giler camni. (Dah start sebak.. permulaan kepada babak air mata)*
———
Saffa: Okay. Takper lah.. *Eii.. Banyaknyer budak BEN. Shoot.. camner nih.. Tak nak! (Dengan BERAT HATI DAN BERAT TANGAN Saffa menulis nama Saffa)*

Serius, memang dah start buat babak air mata lepas keluar daripada seminar room dengan ditemani oleh kakak tersayang. Sampai jer kereta.. Terus bercucuran air mata Saffa.. T___T
Background Music by Sudirman, Hujan;

“Hujan yang turun bagaikan mutiara (bagaikan mutiara)
Kilau bersinar berkedipan (berkedipan di langitku)
Hujan yang turun bersama air mata (air mata mengalir)
Bersama pedih bersama rindu (pedih bersama rindu)”


Tiba-tiba babak air mata drama Saffa telah di CUT oleh Tuan Director! (Emak Saffa la..) Aiseyhman…. =__=” Ye lah Mak!
Background Music Nasyid, Rasulullah;

“Tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran”

Dah la.. Malas mengenangkan episod air mata tu. Buat MALU jer. Sumpah malu! Sungguh tak matang! Entah kenapa Saffa boleh buat drama air mata. Rapuhnya hati Saffa ini =__=”.

Yang sebenarnya, Saffa sangat TAKUT keseorangan. Bukannya Saffa tak suka untuk dapat kenalan baru, cuma.. entah la. Saffa rasa dah penat ‘tercampak’ di tempat yang jauh daripada kawan-kawan Saffa. Kesemua kawan Saffa yang rapat dan satu kepala tinggal di Blok D, the place where I use to call ‘HOME’. . Ceewaah!

“There’s always a scary chance that people wont like me and it gives me the collywobbles”, Cecilia Ahern.

Kenapa Saffa kurang suka tinggal di Blok A:

  1. Kena Jalan Jauh Sebab Jarak Sangat Jauh: Tolong rujuk peta di atas.. Jauh okay.. Jauh! Dulu, Saffa tinggal di Blok D. Bangun pukul 7.50 pun sempat lagi nak masuk kelas pukul 8 pagi sebelum lecture masuk tau! Sekarang.. JANGAN HARAP. Kawan-kawan semua dah warning jangan mengada-ngada nak tidur lepas subuh. Aiyaya…
  2. Tiada Kedai Makan Di Bawah Hostel: Tak ada! Alamak!! Macam mana ni? Kalau balik daripada kelas pukul 1pm, pergi beli makanan kat Blok E (ada dua kedai makan kat bawah hostel Blok E).. kemudian ke bilik kat Blok A… Gila apa. Jauh tu!?*$%^ “Pergi beli kat Blok B, kawasan lelaki”.. Itu lagi kerja GILA tau tak? Malas ah  nak pergi berebut beli makanan kat sana.
  3. Tak Ada Classmate Satu Kepala: Susahnya nak buat assignment.. camner nih? Kalau kerja Group?? Aiyaya.. Farah (Dormmate yang pandai giler.. Ermm.. Bekas Dormmate =__=”)! Pindah arr Blok A!
  4. Dapat Katil Depan Pintu Tandas: Ini WTFish la kan masa Saffa mula-mula sampai. Lagi lah sebak hati Saffa. Kalau bukan sebab mengenangkan air mata Saffa tu hanya akan membuatkan Mak Ayah Saffa risau.. dah lama Saffa meraung macam budak umur 5 tahun tak dapat mainan. T____T

Hanya ada satu perkara yang best tentang tinggal di Blok A.. ada coverage Wifi UIASTUDENT yang sekarang ni, Blok D juga dah mula ada.. (sebelum ni Blok Hostel perempaun tak ada coverage wifi)

Saffa bukan anak manja.. Saffa jarang balik walaupun rumah kat Shah Alam, dan kalau naik KTM hanya 1 jam 45 minit sahaja.  Saffa tak call Mak Saffa untuk bagi tau result exam yang teruk sambil menangis-nangis. Mak Saffa tak tolong kemas barang setiap kali Saffa masuk semula ke hostel untuk semester baru.

Dan Saffa sentiasa faham untuk sentiasa jaga hati kedua ibu bapa Saffa walaupun Saffa yang akan sedih etc. Kerana sejak kecil Saffa telah di ajar begitu…

P/s: Sekarang tengah MOOD EMO. Saffa akan kembali pulih dalam masa beberapa hari.

P/s2: Walaupun mulut asyik duk ‘mengata’ UIA ni.. Sebenarnya.. Saffa sayang UIA. Siapa tak sayang universiti sendiri… La la la la..

P/s3: I know that I will be OKAY sooner or later.. *smile*

Related Posts

Tags: , , , , , , ,

35 Responses to “I Will Survive The Last Semester At CFS IIUM Nilai”

  1. atokk June 1st, 2009 at 8:45 pm

    test

    Reply

  2. atokk June 1st, 2009 at 8:51 pm

    hahaha..blog a memang takde kedai makan…tapi blog B ada tmpt makan..makan je tmpt kak ida tu..nasi ayam..ada sizzling lagi…hahaha…jarang lelaki mkn dalam kedai tu..dorang mkn kat luar..huhu..satu lagi..kalo nak jimat..jgnlah mkn kat kawah thai tu…amatlah mahal..satu lagi choice mkn kat kedai KENARI tu..kedai kuning bawah block B1…selamat belajar semula…

    Reply

  3. saffa June 1st, 2009 at 9:44 pm

    Sob sob sob.. malas giler dowh nak pergi makan kat block B okay.. kalau ada geng takper gak.. ^_cry

    Reply

  4. atokk June 1st, 2009 at 9:49 pm

    hahaha..ajak jew c jem tu..hahaha..takpun dak2 arc..syafix kew..haha

  5. Jem June 2nd, 2009 at 10:37 am

    Jem jugak yg disebot.

  6. Azah June 1st, 2009 at 8:47 pm

    spam dikira tak?
    kalo spam dikira..
    xadil la…
    huhu…

    Reply

  7. atokk June 1st, 2009 at 8:53 pm

    mana spam…ada spam kew…huuu..test lu baru komen..heee

    Reply

  8. Azah June 1st, 2009 at 10:07 pm

    asyik2 test je..
    hoho…

    Reply

  9. atokk June 2nd, 2009 at 8:45 pm

    hahaha.. ^_lol

  10. loq June 1st, 2009 at 8:48 pm

    suke lat tu yerk duk blok A
    ^_lol ^_lol

    Reply

  11. saffa June 1st, 2009 at 9:47 pm

    Apa yang sukanya.. setakat ada Wifi jer.. takder geng.. sob sob sob.. =(

    Reply

  12. milimilo June 1st, 2009 at 9:17 pm

    dulu memule xsuke jugak dpt block A tp sebab ade wifi n dekat dengan convinience shop,jadi tersuke plak..hihi..chill okeh..environment baru mmg amek mase sket nk sesuaikan diri

    Reply

  13. saffa June 1st, 2009 at 9:52 pm

    Yea yea.. Mula-mula memang camni.. nanti OK la kan… Harap-harap la.. =__=”

    Reply

  14. Khai June 1st, 2009 at 9:34 pm

    Err.. what IIUM? huhuhu…

    Reply

  15. atokk June 1st, 2009 at 9:38 pm

    International Islamic University Malaysia heee

    Reply

  16. saffa June 1st, 2009 at 9:53 pm

    Biar betul Khai tak tau.. O_o

    Reply

  17. Adila June 1st, 2009 at 9:53 pm

    hehe saba je la~
    angkut basikal sebijik ke leh gi class cepat skit hehe

    ilek la class jauh
    sy dulu pun 20 min jalan kaki okeh (slalu naik bus gak psl malas nak jalan hahaha) -jimat punya pasal jalan kaki la kan hehehe
    pastu bilik… sy tumpang my sis je (uni buat hal taknak kasi accomodation; so kena queue utk dpt accomodation padahal sem dah start)
    tido kat lantai okeh! (actually beli tilam pam udara tu hehe)
    and my study table.. side table yg kecik je

    and i survived through that for 1 semester :P
    next sem tu.. mane tahan idup camtu so cari accomodation lain hahaha

    skrg ni.. eheheh 3 min jalan je :P
    5 min sblm class baru gerak haha ^_lol

    Reply

  18. saffa June 1st, 2009 at 11:07 pm

    Haha.. sebenarnya tak adalah jauh sangat. Exaggerating je lebih.. padahal jalan kaki dlam 2-3 minit dah boleh sampai gak.. Saja buat drama.. Tapi memang sedih la..

    La.. Ur sister dapat plak bilik.. =_=” satu semester! itu memang giler kentang tuh!

    Reply

  19. emma songall June 1st, 2009 at 10:38 pm

    chill kayh. mybe later u gonna be okay with it.

    Reply

  20. Diya June 1st, 2009 at 11:10 pm

    uhu. siap peta gitu. comel ^-^

    point ketiga tu mcm agak mengharukan sket. lain2 boleh consider sikit. bila takde kawan satu kepala walaupun kawan banyak kepala tu ramai, tetap akan rasa kesunyian gak. huhu.

    saffa, bertabah selalu lah ye =)

    Reply

  21. saffa June 2nd, 2009 at 12:10 am

    Yeay! Tabah! Saffa akan tabahkan hati Saffa. Sebelum ni Saffa dah boleh survive tercampak kat UIA sorang.. Takder kawan sekolah langsung. Saffa mesti boleh jugak nanti! Diya.. Take Care, nak pergi oversea kan.. Huhu.. :)

    Reply

  22. myadlan June 2nd, 2009 at 1:21 am

    bersabar jela dgn hostel sekarang.. kalo da masuk gombak, lagi jauh nak berjalan ke kelas.. tu kira dekat la tu.. hee

    Reply

  23. saffa June 3rd, 2009 at 1:53 am

    Haha.. Memang sangat dekat je lagi… Cuma masih tak boleh terima! haish! kalau kat gombak.. mesti lagi teruk! Aduh!

    Reply

  24. blowie June 2nd, 2009 at 3:33 am

    siap ade satellite view,boleh skodeng nieh! ahahahhaa ^_biggrin
    sian dia,tercampak sorang sorang kat blog A :P

    Reply

  25. safwanhussin June 2nd, 2009 at 9:22 am

    Alah.. Dah bergunung-ganang boleh dipanjat. Inikan pulak nak berjalan gi kelas tak sampai 500 meter tu. Hehe..

    Reply

  26. saffa June 3rd, 2009 at 1:53 am

    Erk! Yea yeah! =________=”

    Reply

  27. bluegroup June 2nd, 2009 at 2:52 pm

    xpe saffa, ade hikmahnye tue.. =)

    Reply

  28. samanosuke_04 June 2nd, 2009 at 6:13 pm

    kekekekkeke, padan muka, baru ko tau camner rasanye hidup sensorang!! Muahaha!! Chill, pasnie ok la tu…

    Reply

  29. saffa June 3rd, 2009 at 1:50 am

    Oit! Gelak kan Saffa plak.. T___T Ye la.. tau la.. biasa lah. awal2 kena buat drama sikit.

    Reply

  30. Lisa Farhana June 2nd, 2009 at 10:44 pm

    saffa! look at the bright side: boleh kurus! ^_lol

    Reply

  31. saffa June 3rd, 2009 at 1:50 am

    Lisa! saffa ni dah cukup kerus dahj. Nanti jadi kurus kering pulak lama-lama.. T___T

    Reply

  32. Lisa Farhana June 3rd, 2009 at 11:36 am

    then makan lah banyak2 masa jalan tu ^_laugh

    Reply

  33. SepUl June 19th, 2010 at 5:30 pm

    haha sabar la wahai safa nnt kt gombak lagi jauh kne jalan

    Reply

  34. saffa June 19th, 2010 at 6:57 pm

    Dah kat Gombak punnn.. Bukan setakat jauh berjalan jer.. Tanggaaaaaaaa……….. =.=”

    Reply

  35. BW June 7th, 2011 at 5:43 am

    mengata? pasal apa eh?

    Reply