
Formspring : Macam Mana You Manage Duit You?

“Hai saffa, I nak tanya macam mana u manage duit u sebab u kan tak ambik pinjaman. I failed lah bab duit even allowance yang I dpt my dad bsr dr org lain. Haishh.”
Per month Saffa dapat duit belanja dalam RM350-400. Or lebih kurang macam RM100 setiap minggu. Selalunya kalau Mak Saffa bagi belanja untuk sebulan terus, RM350. Tapi, bila balik rumah hujung bulan tu, duit dah habis, bila balik UIA akan dapat RM100.
Saffa kawal duit belanja Saffa dengan buat sekatan and estimate future expense. Saffa suka pegang duit belanja untuk sebulan terus. And bila nak amik duit tu (Saffa tak simpan dalam purse – letak kat dotdotdot), Saffa akan sentiasa kira duit tu and pastikan duit tu cukup untuk terus survive sampai hari yang sepatutnya. Dengan cara ni, Saffa akan nampak duit Saffa cukup atau tak. Kalau biar kan dalam Bank and withdraw, withdraw, Saffa tak akan sedar duit tu hilang dan hilang. Bila ada depan mata, senang sikit nak kawal.
For example, Saffa ada RM400 untuk bulan ni. First week, by Sunday dah habis pakai RM70, dalam purse ada RM30, pastu amik RM50 sebab nak keluar hari Ahad tu, jadi, dalam simpanan tinggal RM250 padahal ada tiga minggu lagi nak survive.
Maksudnya Saffa keluar dengan RM80 dalam purse. Bila keluar tu, pandai-pandai lah Saffa kawal diri. And untuk second week tu, pandai-pandai lah Saffa adjust belanja Saffa, guna baki daripada RM80 tu untuk survive. Kata kan lah tinggal RM30 dalam purse lepas keluar hari Ahad tu, kalau Saffa kawal makan, cukup jer untuk cover breakfast and lunch sampai hari Khamis/Jumaat.
BTW, Saffa jarang makan lunch, selalu breakfast (Sandwhich RM1.50) and makan malam (RM3-4). Kadang-kadang supper (RM3-5). Kalau hujung minggu agak boros sikit lah sebab tengah-tengah malam mesti pergi Kiosk, tapi, hujung minggu Saffa makan lewat petang jer (RM4-5). Tak breakfast, tak lunch, almaklumlah, matahari dah tegak kat atas kepala baru nak bangun.
So, boros macam mana pun duit belanja makanan Saffa ni, weekdays selalu guna dalam RM5, weekdays plak dalam RM10. So, round up, total makanan Saffa seminggu dalam RM50. Tapi, kadang-kadang terover belanja jugak bila keluar makan kat cafe lain. Still, Saffa jarang habiskan RM10 setiap hari untuk makanan kat UIA.
Other things, duit Top Up?
RM10 per week pun dah cukup. Sebab Saffa selalunya biarkan HP tu tak bertop up, kalau rasa nak call Ayah Saffa baru Saffa top up.
Other things such as benda remeh temeh/keperluan macam paper? sabun? shampoo?
Hehe. Meh sini nak ajar, bila balik rumah, atau sebelum bukak sem tu, shopping lah barang-barang tu semua. Beli banyak-banyak. Beli extra. Untuk sem ni, masa awal-awal sem, Saffa beli 2 bungkus Milo 3 in 1. Biscuit rocky 10 kotak. Wafer Cloud9 dalam 2-4 packs. Kuaci 4 bungkus. Gula-gula Nano 2 packs. Tuna Mayonnaise + Other can foods. Sup Instant dalam packet. Instant porridge etc. Sabun, Shampoo, basically toiletries tu semua beli extra (2 unit atau amik saiz besar punyaaaaaa).
Sebelum balik hostel, Saffa akan pastikan HP bertop up and lepas dapat duit belanja sebulan RM350 tu, Saffa akan minta lagi RM10 untuk beli barang makanan dekat kiosk. Bijak tak? Hehe.
Saffa jarang keluar. Eyh, tak jugak. Tak keluar tiap-tiap minggu maksud Saffa. Jap. This sem dua kali jer Saffa keluar sejak daripada bulan puasa. Hurm. Tak shopping jugak. Eyh. Tak. Ada beli kasut Kulkith and shawls.
You know what, Saffa pun selalu fail bab-bab duit belanja ni. Hehe. It just that Saffa ada duit simpanan sendiri hasil daripada blogshop and jualan camera Saffa tu. Bila terover belanja, Saffa akan guna duit simpanan Saffa ni untuk cover balik, and bila nak shopping something, Saffa akan letak satu had.
Saffa rasa macam jarang shopping. Macam jarang. Haha. Tapi kalau shopping, memang ewah ewahhhhhhh. TAPI (sekali lagi TAPI) Kalau ikutkan, total Saffa shopping for things such as accessories, apparels etc… tak pernah lebih RM100 sebulan. (*Tak bermaksud tiap-tiap bulan Saffa shopping habiskan RM100)

Cara lain untuk manage duit belanja:
1) Bahagi kan duit tu siap-siap. Duit makan. Duit top up. Duit etc. Duit shopping/keluar. Ingat betul-betul had maksima perbelanjaan untuk setiap kategori.
2) Record all expenses. Keep all the recipe and ATM withdrawal punya notice tuh. That way you boleh nampak kemana duit tu menghilang.
3) Bila keluar untuk window shopping. Bawak jer RM50. Tinggal kan ATM card. Kalau duit tak cukup untuk bayar transportation etc. Boleh suruh kawan bayar kan dulu. At least, tak akan boros sangat melainkan muka tebal nak guna duit kawan untuk shopping itu ini.
Plus, RM50 dah lebih dari cukup untuk Saffa. Transportation paling mahal pun (naik taxi + lrt), pergi balik baru RM20 (ini semua ikut belanja Saffa). Makan? Paling mahal pun RM20 jugak. Ha. Ada lagi RM10 untuk tengok movie! Teheeeeeee.
4) Bila nak beli something, fikir betul-betul, patut ker kita guna duit Parents kita tu untuk beli benda tu. KEPERLUAN atau KEMAHUAN semata-mata?
Saffa sangat lucky sebab roommates Saffa agak concern dengan duit, so, kalau kitaorang keluar, mesti selalu ingat-mengingatkan. “Itu semua kemahuan semata-mata.” LOL
So, korang kawal duit belanja macam mana? BTW, Saffa tertanya-tanya, korang dapat ker extra money for shopping / extra money untuk keluar? Or bila parents bagi duit, memang untuk duit makan sahaja?
Related Posts
Tags: allowances, formspring, manage
21 Responses to “Formspring : Macam Mana You Manage Duit You?”


thanks
walaupun tiap2 bulan Petronas bg elaun RM500
tp xpnh nak ada balance bile hujung bulan
haha
Reply
Hah. Memang lah susah nak ada balance. Lagi pun duit tu untuk belanja kan. =P As long as by the end of month tu tak ada hutang, tak kisah lah ada balance or tak daripada elaun yang kita dapat tu. Huhu..
Reply
biasanya kalau dapat scholarship or loan, duit tak pernah cukup, sebab duit tu orang bagi. so kalau nak beli ape2 main beli je
tapi kalau duit sendiri, rasa sayang nak boros. tu sebab boleh jimat kan.
hoho
Reply
Yup. Betul tu!
Eventho memang tangungjawab parents untuk bagi duit pada kita, Saffa still rasa kita tak patut boros. Pandai-pandai fikir lah. =)
Reply
hehe.. yang penting rekod duit tue.. nak senang, guna jer maybank2u transaction history tue.. bleh tau brape byk kita draw dan bila.. hahaha
yg penting senanye kene monthly cashflow +ve
Reply
Monthly cashflow +ve. Maksudnya, tak ada baki -ve (hutang)?
Reply
my isteri punya pakcique suka simpan duit belanja dalam sampul surat kecik. dia dah bagi2kan setiap sampul surat tu untuk apa. dah lama dia amalkan macam tu dengan isteri dia. sampai sekarang tak pernah ada hutang. beli kereta pun cash hehe
Reply
Kalau dah ada vision, memang senang nak kawal perbelanjaan. Bukan main beli itu dan ini. Ada duit, nak belanja jer.
Sama lah macam parents Saffa, memang dah ada duit set aside untuk ini dan itu. And alhamdulillah. Hasil daripada bukan jenis tiap-tiap musim perayaan nak tukar itu dan ini, bila ada duit shopping itu dan ini, dapat jugak beli kereta untuk Kakak Saffa pakai duit cash dalam bank.
Reply
orang macam ni yang patut dijadikan contoh
tapi bukan senang. pernah gak cuba tapi last2 sampul berisi angin je huhu
Reply
biasanya aku akan simpan separuh duit aku dalam simpanan kecemasan terdesak baru guna.. so nanti kalau ada teringin nak beli apa2 usya la simpanan kecemasan.. kalau banyak duit baru la beli kalau tak biarkan dulu.
satu lagi aku suka simpan duit syiling.. hohoh tu memang betul super kecemasan punya la.. terdesak kaw2 baru korek tabung syiling. tak pon bila tabung dah penuh pi tukar dengan makcik kafe sangat puas hati bila dapat tukarkan duit syiling tu jadi duit kertas.. haha
Reply
Tabung kecemasan? Bagus jugak idea tu. Tapi Saffa dapat duit memang cukup-cukup jer. So, duit kat bank tu lah yang jadi duit “kecemasan” kalau nak keluar atau shopping. =P
Haha. Sama lah. Tapi, instead of ada bekas duit syiling. Saffa biarkan bersepah, lepas tu bila macam tak ada duit, mula lah kutip dari almari, pencil case, bag, atas meja, dalam laci, tukar dengan kawan-kawan bilik/mak cik cafe gak.
Reply
thanks saffa. so far, sy rasa ni la post yg paling bagi byk tips skali.
sy ni mmg boros sgt sgt sgt. tapi bukan boros shopping beli barang ke ape tp nafsu makan tu byk sungguh! sometimes dlm sehari lebih kurang rm15 habis utk makan je. wuuuu tatau nak buat mcm mane. -.-”
Reply
LOL! Sama lah. Dulu masa kat CFS UIA, selalu boros sangat bab makanan. Breakfast, lunch, dinner and supper. Memang wajib makan. Duit scholarship RM1000 (untuk satu sem) tu cepat gila habis. Pastu mintak duit dari parents lagi tu. Rasa bersalah gila.
Bila kat Gombak ni Saffa practice pegang duit sekali gus tapi bawak sikit-sikit baru Saffa dapat jimat duit sikit.
Bab makanan, makan jer, tapi, tak boleh lah habiskan duit kat benda lain dah kalau boros dengan makanan. Huhu. Apa kata beli stock makanan banyak-banyak sikit? Macam yang Saffa cakap tu. Junk food etc macam tu shopping dengan parents.
Reply
tips tips yang akan digunapakai di masa hadapan. jangan delete entry ni sampai bila bila :p hahaha!
macam acap, ayah bagi rm200 tiap-tiap bulan. banyak bebeno laa kan untuk acap yang sekolah ni. 200 tu la beli buku, makan, minum, and err macam macam lah :p haha! taaapi, acap tak lah guna semua. slalu memang ada lebih 50 ringgit tiap2 bulan. tu yang boleh beli hp baru hujung tahun tu :p hahaha!
ps: slalunya, hujung bulan, kalau acap pakai ciput je duit tu, acap beli album lagu ori :p HAHAHAHAHA
Reply
Huhu. Acap memang penyokong tegar album cd ori! Bagus! XD
Saffa tak dedicated kat mana-mana penyanyi kecuali SNSD (group korea tu), tapi belum sampai tahap sampai sanggup beli album dyeorg lagi. LOL
Reply
Hai Saffa thank you so much sebab bagi semua tip ni. actually i yang tanya u kat formspring hari tu thank you lah sampai u buat entri . i bab duit mmg sangat² lah failed! makin banyak duit yang i dpt makin tak cukup sedangkan i tak shopping pun tapi i rasa i banyak spend my money dekat food. tmpt yang i stay skrg mcm ssh nak had kan rm10 per day. semua nak mahal tambah lagi skrg ada kereta sendiri lagi lah kelam kabut duit i.
tip tinggalkan ATM card dekat rumah tu i rasa i mmg kena buat kot. i’ll try. btw thanks again ya Saffa
Reply
Why not you try to record all the expenses and try to figure out kenapa duit you asyik tak cukup. If tak cukup sebab makan banyak, its okayy lah. The money that your parents gave to you, after all, is for your living expenses.
Welcome! Hehe
Reply
nmpk cam bijak mengurus duit, bagusnya~ selalunya tak pernah nak cukup duit, abes sem, duit abes jugak..siap mintak mak lagi..hehe..
p/s: uia gak..hehe
Reply
weekdays selalu guna dalam RM5, weekdays plak dalam RM10
gagal laa… tapi thanks,
tip2 yg berguna, i yang dpt jpa pun cikai jer hujung sem… dlm rm3900 per sem.. meant rm650.. still gagal nk urus duet…
Reply
Woah. Sebulan RM650. That A LOT okayy. Mesti banyak shopping / keluar nih? Lepas tu tak track/kira duit pakai banyak mana.. Tau2 jer duit dah habis?
Reply
agak laa, tu bru duet jpa.. tambah ngan duet elaun palapes lagi… dlm rm800 sebulan…, btaw lepas ni nk ikut cara u lol… dapat jpa jer sem depan trus bg kat mak, tiap bulan minx rm400.. xder withdraw selalu…huhu
Reply