11 October 2009

Men Forget But Never Forgive; Women Forgive But Never Forget

Filed in Uncategorized

Saffa baca entri K.Anna yang terbaru, pasal sesuatu yang dia tak boleh dia lupakan. Terus Saffa teringat satu kisah dari blog K.Fynn.

satu masa dulu,
ada seorang manusia yang bernama Insan.
dia seorang pemarah.

tapi dia bukanlah seorang yang jahat hati.
dia cuma kejam bila melampiaskan rasa benci.
bagi Insan, dia jujur.
lebih elok diluahkan dari disimpan, katanya bila ditegur.

Insan itu hatinya baik, semua tahu.
tapi bila datang hari celakanya, aduh –haru!

pada satu hari, bundanya, setelah sekian lama bermasakranum memikirkan jalan yang terelok untuk menegur sifat anaknya itu, membuka mulut.

“wahai anak. harap dibuanglah engkau yang itu. yang pemarah. yang pendengus. yang pencaci.”
“kenapa? bunda lebih mahu aku jadi pembohong yang menidakkan kebenaran hati?”

berterusan telingkahnya.

sang bunda diam. tunduk dan sunyi. dia usap wajah Insan dengan pandangan sedikit rawan. dia bilang:

“ini minta aku sebagai ibu. tak usah berhenti. tak apa. sudah. cuma minta aku, di setiapnya kau rasa marah dan benci, tanamkan paku ini pada tiang rumah kayu kita. cuma itu.”

“boleh”

bermula hari itu, dilakukan seperti dimahukan.
sebulan, tiang sudah hampir penuh.
paku sudah bersimpang-siur.

tersaksi olehnya betapa terlalu ramai yang dia sudah lukakan dalam sepurnama semata. dia rasa malu dengan jiwa dia. dia rujuk pada bunda. bunda bisik dengan kasih.

“rujuk pada semua yang kau marah2kan itu. minta dimaafkan, meski terpaksa kau mengemis untuknya. setiap satu lafaz ampun, cabutlah satu paku yang telah kau sematkan sejak sebulan lamanya.”

diikutkan juga.

satu-persatu diceraikan di setiap satu-persatu keampunan. Insan rasa uja. dia semakin hampir dengan taraf kosong benci sesama manusia. dia gembira.

selesai paku2nya.

“bunda, aku berjaya. tidak lagi ada yang benci aku sepertimana tiada aku pada mereka.”
“apa benar?”
“ya. dan betapa bijaksana wahai engkau, si bunda. mendidik aku untuk menyedari betapa keji aku ini”

si bunda diam. dia senyum dan diam. dia senyum, diam dan hela nafasnya kuat2.

“anak, bukan paku itu yang utama. lihatkan tiang itu yang sudah sompek dan separuh hancur jisimnya. rasakan serpih2 yang membungkam dari hayunan tukul pada paku2 itu semua. itu, nak, yang perlu kau sayukan”

Terus terang Saffa katakan.. Memang menusuk kalbu giler. Ramai orang selalu pertikaikan kenapa mesti Forgive But Dont Forget?

Hakikatnya, hati yang dah ditusuk dan dihiris, letak lah ubat apa pun.. Pasti tak akan sembuh seperti asal, malahan meninggalkan parut pula tu. Plastic Surgery? Helloo.. Jangan buat lawak dengan perkara ni.. Ter’emo’!

Saffa malas nak cerita kisah di sebalik parut Saffa, sebab Saffa pernah buat satu entri. Semuanya Saffa luah kan. Emo habis. Sebak sangat-sangat bila ingat balik kisah tu. Tapi… Tup tup. Laptop terpadam.

Bila fikir balik.. Tak guna Saffa ceritakan semua tu, lagi pun benda tu dah lepas. Tak baik bukak aib orang.

Apa-apa pun, TERIMA KASIH sangat-sangat. Kalau bukan sebab pengalaman ‘TERBAIK’ tu.. Mungkin Saffa tak akan capai apa yang Saffa dapat hari ni. Terima Kasih sebab mencorakkan diri Saffa.

Saffa tau Saffa ni EMO. Kuat marah. Kuat menangis. Kadang-kadang tak munasabah. Tapi percayalah, apa-apa pun.. Saffa tak pernah dan tak akan ada niat nak luka kan hati sesiapa pun. Sebab Saffa dah lalui semua tu dengan teruk sangat.

Dan kalau ada. Seriusli. MINTA MAAF sangat-sangat. Kalau ada apa-apa tak puas hati. Cakap terus terang pada Saffa tapi lembut. Saffa ni ‘fragile‘.

Terus terang Saffa katakan.. Walaupun nampak Saffa ni macam.. entah lah.. Tak tau lah korang fikir Saffa macam mana.. Tapi Saffa ni.. jenis yang selalu penting kan hati orang dan apa yang diorang fikir. Sebolehnya-bolehnya Saffa tak nak ada orang terasa apa-apa dengan Saffa ni.

Sebab tu Saffa lagi suka SENYAP

Saffa paling takut dan sebolehnya tak nak ada orang benci atau terasa dengan Saffa. Tapi Saffa faham lah kan, kita tak boleh expect semua orang suka kat kita.. Sebab kita ni bukan nya perfect.

Sebab benda tu sangat TAK COOL langsung. Saffa tak suka sindir-sindir orang, dan cari pasal sesuka hati. TAK COOL BEB. TAK COOL. Okay. INI SAFFA. Tolong jangan rasa terasa Saffa tujukan pada sesiapa pun. Saffa bercakap tentang diri Saffa. Faham?

BTW, Saffa ni jenis suka pendam dalam hati. Terasa dalam hati. Semua nya dalam hati. Sebab tu hati Saffa keras tapi lembut. Faham? Tak faham? Tak apa lah. (cakap sorang-sorang memang best) Okayh. Nak bagi amaran. Bila meletup. Memang hancur berkecai lah korang semua. Hahaha..

Okay. Subuh. Bubye.

Related Posts

Tags: , , , , , ,

15 Responses to “Men Forget But Never Forgive; Women Forgive But Never Forget”

  1. fifie ierina October 11th, 2009 at 6:50 am

    hye saffa..

    saya pn ade pengalaman yg sgt menyakitkan gk.. jenis yg super sensitif, kuat merajuk, kuat nangis dan semua2 la yg berkaitan dengannya.. tp ble orang kenal saya, saya rse orang akan nampak sisi diri saya yg kuat dan tabah.. cz ble Allah bg kte dugaan yg begitu hebat, saya seolah menjadi insan yg len dari sebelumnye..

    be strong gurl.. u can do it! :)

    Reply

  2. saffa October 11th, 2009 at 12:18 pm

    Fiefie juga! Be strong! Walau kuat mana pun kita mengeluh, tapi kita tabah sebenarnya! Kita cuma nak luah kan apa yang kita rasa! XD

    Reply

  3. CypherHackz October 11th, 2009 at 8:26 am

    Betul2 edisi emo nih untuk entri kali ni. ^_angry

    Reply

  4. Nikuve October 11th, 2009 at 8:27 am

    um.. dugaan dan cabaran selalu ada.. tapi mungkin jika org tu terlalu baik sangat memang terasa dianiaya..

    lelaki pun ada juga.. sad sad ni..

    Reply

  5. Jem October 11th, 2009 at 9:06 am

    Saffa! I mintak ampun mintak maaf if I ade buat ape2 salah dkt you selama we’ve been friends ni. Kalau I terkutuk, termarah, termakan & terminum lebih, terambil, terguris, terkasar and every ter yang ade lah dekat you.

    )= ^_cry

    You’ve been a very great friend to me. Kalau ade pape salah yang buat, tegur je okay.

    AND SORRY IF I SELALU TEGUR PRONOUNCIATION YOU SAMPAI MENYAMPAH!

    Reply

  6. saffa October 11th, 2009 at 12:22 pm

    LOL…. *peluk* Haha. Tak pernah menyampah pun U tegur my pronounciation. Walaupun Saffa cam isk isk isk. Tapi Saffa appreciate giler kyh U tegur!

    Reply

  7. Jem October 11th, 2009 at 9:08 am

    erk, TERlebih post. Delete yg first. -_-

    Reply

  8. acaphappy October 11th, 2009 at 2:10 pm

    jangan pendam-pendam lah kak saffa , nanti leh gile ^_lol
    ehh serious ni , nanti leh giler ^_content hahaha!

    Reply

  9. samanosuke_04 October 11th, 2009 at 8:49 pm

    waaa.. bestnyer post kali nie, aku suka part last citer tue, pasal tengok balik tiang tue.. baru terasa nak muhasabah diri balik.. haha.. sedeyh tul diriku ini..

    Reply

  10. saffa October 29th, 2009 at 8:02 pm

    Tu lah kan. Seriously, minta maaf camner pun.. Kalau orang tu dah terasa n terluka dengan kita.. Memang naya ah kat akhirat nanti.

    Reply

  11. zool October 11th, 2009 at 9:43 pm

    Biasalah tu.. Tak semua orang suka kat kita..
    Nak puaskan hati semua orang memang tak leh ..
    Jadi be yourself..
    tapi memang betul pernyataan di atas tu..99% setuju

    Reply

  12. emma songall October 11th, 2009 at 10:49 pm

    ur fren Jem cam my fren larh.
    nmenya inas.
    dak interior kat kaed. ^_tongue

    Reply

  13. Jem October 12th, 2009 at 1:25 am

    u mean muke I same or perangai same dgn ur friend Inas tu? haha

    Reply

  14. Akuro San October 13th, 2009 at 6:12 pm

    yup! setuju dgn tajuk entry nih “Men Forget But Never Forgive; Women Forgive But Never Forget”.
    Tak lari juga seperti diri saya yg suka memendam rasa. suka memaafkan dan meminta maaf. satu yg saya cuba ubah adalah ‘berusaha melupakan salah silap org lain pada saya’. Sebab kalau asyik di ingat, ianya boleh menjadi dendam…

    Reply

  15. saffa October 29th, 2009 at 8:04 pm

    Haah. Kadang-kadang bukan dendam, tapi ‘Memori’ pahit yang kita tak boleh lupa & terus menghantui kita. Walaupun dah bermaaf-maafan sekali pun.

    Reply