7 Makanan Melayu-Thai Untuk Tontonan Umum
Fahmi sangat sangat CUTE bukan? Rindu Fahmi.. T__T (Gigit keychain)
Sebenarnya dah lama Saffa nak post entri ni, tapi asyik tertangguh je. Malas giler kowt nak edit-edit gambar ni semua. Hahaha.. Okay okay. Jangan cakap MALAS, cakap RAJIN. RAJIN. RAJIN.. Amin~
Puas Saffa fikir nak letak entri tajuk apa, kalau letak 7 Makanan Malayu-Thai, Macam pendek sangat. So, Whatever & Nevermind je lah kan. =.=
Selamat bulan ni bukan bulan puasa, kalau tak confirm kecur air liur korang. Hahaha.. Oh ya, 7 makanan ni adalah makanan-makanan yang telah Saffa makan sepanjang Saffa berada kat kampung tempoh hari. TEMPOH HARI? Hahaha. Bulan lepas kowt!
Dan untuk makluman, makanan ni disusun tak mengikut kegemaran ke apa ke, tapi ikut nama.. Anggaplah it’s random! So, let’s see it!

Sebenarnya ini adalah keropok lekor, tapi kat kampung Saffa, kebanyakkan makanan macam hotdog, fishball etc adalah di panggang, bukan di goreng. Dan kebiasaannya, kalau beli ‘kepok‘ ni, dia akan potong, letak kuah berlada dan juga sedikit taugeh + timun.

Ini adalaha errmmm.. Okay. Proses pembuatan dia, nasi yang dah masak akan digaul dengan daging lembu mentah yang dipotong halus dan kecik-kecik. Lemak lembu juga akan dimasukkan. Kemudian dia letak lah macam cuka ke, garam ke.. Saffa pun tak pasti..
Bila dah siap gaul-gaul semua, nanti dia akan sumbat dalam ‘usus lembu‘ ni.. Macam sarung hotdog tu, dia nipis je kot. Okay. Mesti dah start rasa geli lepas dengar kan. Hahaha.
Lepas dah sumbat jadi macam hotdog panjang giler.. Dia akan ikat dengan tali, dah jadi lah berketul-ketul macam tu. lepas tu Perut Lembu yang dah siap ni akan dikeringkan sebelum digoreng.

Ini lah rupa perut lembu yang dah di goreng! Seriously, Saffa tak akan recommend kat semua orang makan Perut Lembu ni dan cakap SEDAP GILER! Mesti try!
Sebab rasa dia macam masam-masam masin tau. Dan Saffa anggap ‘Perut lembu‘ ni macam Sushi, ada yang addicted dengan Sushi, tapi ada juga yang akan loya bila makan Sushi.. Macam tu lah dengan Perut Lembu ni.. Harga: 20-40 sen seketul.

Kalau Malaysia ni terkenal dengan Nasi Lemak. Kat sana plak terkenal dengan Nasi KhauMoat ni! (Takyah susah-susah sebut.. Saffa pun penat fikir camner lah nak eja nama nasi ni.. =.=) Sebungkus dalam RM1.50 + Bergantung lah. If nak RM2, dia akan letak dalam kuantiti RM2..
Sepatutnya ada makan dengan ulam sikit. Timun, Daun/Sayur Patchi (rasanya cam nama Thai je nih. =.=) dan juga Sayur Salad..

Ini pulak Pulut Ayam, lebih kurang macam pulut kuning lah. Tapi pulut kuning; pulut dia cam lembik cam nasi kemudian makan dengan gulai ayam cam tu kan. Pulut Ayam ni, pulut dia cam keras sikit ah, tak ada lah keras macam batu pun.. =________=

Ada bawang goreng dan juga sambal berlada macam Nasi KhauMoat gak. Tak ada makan dengan ulam-ulam.. Harga dia macam nasi KhauMoat. Dan kat sana pun popular dengan Pulut Ayam ni. Bersepah orang jual kat sana.

Saffa tak pasti nama makanan ni apa, tapi Saffa selalu panggil benda ni Sagu sebab dia diperbuat daripada Sagu.

Dalam Sagu ni ada inti kacang cap pagoda, lobak jeruk masin tuh.. Ermm.. Tak tau. Haha. Tapi sumpah sedap giler inti dia.. Harga; 20 sen sebiji. Buat benda ni sangat leceh! Macam karipap; buat inti, uli sagu, masukkan inti, gentel bagi jadi bulat, kukus..

Haah. Kerak macam Kerak nasi tu. Tapi kalau ikut slang sana, lain sikit lah bunyi dia. Buat daripada tepung beras ataupun beras yang dikisar sampai lumat giler.. Jadi macam santan plak bila Saffa tengok.. Lepas tu cam biasalah ada tambah gula garam etc.. Dan juga empingan jagung.

Seriously bila makan.. Emmm… Rangup… Tapi dalam masa yang sama juga;

Dia lembut sangat-sangat, macam ermm… dia mencair dalam mulut kita! Kalau beli Tepung Kerak ni kan, sekejap je habis! Sebab sepupu-sepupu Saffa yang kecik suka gila makan benda ni.

MY FAVOURITE! Suka gila gila kowt. Yam; Kerabu. Mama; Mee Segera. Dia bukannya macam sup maggi. Lain sangat-sangat. Kuah dia tak banyak pun. Sikit je..

Resepi? Rahsia. Hahahahaha.. Sumpah sedap giler! Yang paling best pasal makanan kat selatan Thailand ni, makanan dia boleh customize ikut selera kita… Nak letak lut chin; fishball atau ayam ke. Ikut suka kita.. Typically, Yam Mama ni harga dia dalam RM0.70 if tak letak lauk. SANGAT MURAH!
Dua jenis Yam Mama kat atas ni harga dia tak sampai RM2.00 pun tau.. Gila murah.

Confirm ah, siapa yang suka pedas mesti kecur air liur dia tengok gambar kat atas ni kan. Hahahaha. *gelak jahat* Okay. Siapa nak ikut Saffa balik kampung masa Raya Haji ni, sila pergi buat passport sekarang. Hahaha.
Sehingga kita bertemu lagi di tempat yang sama dan masa yang tak sama; Sekian Terima Kasih!
BANYAK LAGI MAKANAN YANG BEST BEST. sabar eyh.. Nanti balik nanti Saffa makan banyak-banyak dan tangkap gambar banyak-banyak! Psssssttt… Saffa tebalkan muka tau amik gambar ni semua, habis kena sindir dengan family.. T_________T
Slow giler ker loading sebab banyak gambar?
Dig My Other Posts
Tags:balik kampung, bang pu, foodblog, kerabu maggi, makanan, masakan melayu-thai, pulut ayam
23 Responses to “7 Makanan Melayu-Thai Untuk Tontonan Umum”





sedapnye safffaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
saffa nye kampung kat thailand?
[Reply]
Huhu. Yup. Dekat selatan Thai. Area Pattani tu lah. =)
[Reply]
wahhh saffa dah buatkan nadz meleleh ayaq liuq…. sedapnya tambah kerabu maggi
[Reply]
[Reply]
nampak sedap semuanya..
[Reply]
babeng.. mengiurkan gila gambar2 yang ko snap.. hoho, aku paling jealous tengok perut lembu tue arrr… ish2 kat sini nak cari makanan halal pun dah susah…
[Reply]
Perut Lembu? Berselera ke tengok ‘perut lembu’ tu? Saffa ingat lagi, Saffa bagi kawan try makan ‘perut lembu’ ni, terus dia cam termuntah. T__T
Hahaha. Masak sendiri sudah! Bukan ko hebat ke memasak! =P
[Reply]
Allah~ pelik-pelik jer tengok makanan nih~
huhu~
[Reply]
lokchin xde ke. somtam xde ke.
nasi khoumoat tu saya pggl nasi ganja aje… haha
[Reply]
lokchin;lut chin.. Apa yang tak ada nyer? Tu dalam Yam Mama kan ada.. Saffa dah cakap, makanan kat dalam entri ni adalah makanan yang Saffa sempat makan masa kat kampung.. Huhu.. Pasal som tam tu plak, Saffa rasa dah terlalu feymes kowt. Tak payah la nak perkenal kan lagi kan.. Huhu
[Reply]
nak ikut saffa balik kmpg la mcm ni…hehe
[Reply]
Nasi KhauMoat? Macam nama kungfu je :D
[Reply]
Hahahha. Tergeliat lidah Saffa sebut nama nasi tu banyak-banyak kali sebab tak reti nak eja camner tau. Haha. Waacchhaa~
[Reply]
macam tak berselera jek tgk makanan2 nie..
[Reply]
Tak berselera. =_________________=
[Reply]
blh caye ke sedap ni…? takut dlm gmbr je best….hahaahaha…
[Reply]
Kami bawa pinggan ni. Nak makan pulut ayam. Tentu sedap makan panas-panas dengan secawan kopi o kan.
[Reply]
wahhhh.. bestnyerrrr. nk try le. bleh ke kalo akak nk ikut blk kg?
[Reply]
Seriously? Hahaha..
[Reply]
err… bukan lokchin yg mcm yong tau foo kee… tp bukan yong tau foo… antranya ade pulut ayam, ketam, then goreng cicah ng sos… bukan yg tuu
[Reply]
Lok chin / Lut chin / whatsoever-the-spelling-is adalah FISHBALL.. :)
Sorry, Saffa tak pasti lah makanan apa yang paeh maksudkan dengan ada “pulut ayam, ketam, then goreng cicah ng sos”
[Reply]
good god, ayam goreng tu nampak mengiurkan betul! and the sagu too!
kerak tu pun nampak best. omg omg omg.
[Reply]
FAHMI. hahaha.. hahahahhahahahaahahahahaha.. hahahaha
[Reply]