14
Sep

DISCLAIMER: Apa Itu BLOG bagi Saffa

DISCLAIMER: Sila baca dengan jiwa terbuka. Mungkin akan mengguris hati. MAAF. LUPA PLAK. Sangat-sangat PANJANG GILER.

*streching* Angkat tangan kanan, Angkat tangan kiri, Depan, Tepi, Belakang. GO!

Apa itu blog? Secara ringkasnya BLOG itu adalah BLOG. Madam Writing Saffa ajar suruh buat THESIS STATEMENT pada hujung pendahuluan. Sebab Thesis Statement ni adalah ringkasan kepada esei kita ni.

Jadi, Thesis Statement Saffa adalah: Not Available. XD Hahahahahaha. APERIL POOOL.

So, apa itu blog? Sumpah malas nak tulis. Tapi kena juga tulis kan. So, Blog ni kan.. Haish. Okaylah. APA ITU BLOG BAGI SAFFA.

BLOG ni ada banyak jenis. Dan Saffawati’s Blog ni terang-teranglah PERSONAL BLOG kan. Maknanya segala benda dalam blog ini adalah PERSONAL. Maksudnya memang blog yang banyak gambar, mengarut, kerepek, apa sahaja, rojak buah air batu campur semua ada kat sini. UNCLASSIFIED.

Entah kenapa baru-baru ni Saffa rasa sangat RESTRICTED. Rasa lain macam dah. Lama kelamaan.. baru Saffa tau kenapa. Sebab Saffawati’s Blog bukan lagi Saffawati’s Blog yang dulu. *tersenyum sendiri* Sumpah rasa kelakar bila ingat balik blog Saffa masa mula-mula dulu. Blog “mystorytale“. Sumpah tak boleh blah.

*Sigh* Masa mula-mula blogging sumpah memang mengarut giler je. Lepas tu saffa jumpa banyak blog yang hebat-hebat. Kemudian Saffa jadi ‘peniru‘, Saffa mula buat apa yang dyeorang buat. Mula lah ikut tutorial, Tips apa yang blog patut ada dan tak patut ada.

Lama-lama Saffa mula terfikir. KENAPA SAFFA PERLU IKUT MEREKA? *Pop* Just be yourself! =) The End.

Iklan sebentar.

Haha. Mesti korunk fikir macam tu. Tak.

Mungkin lah kan, setakat Saffa yang baru blogging setahun lebih ni memang lah tak tau apa-apa pun pasal blog. TAPI, skop BLOG ni luas. Setiap orang ada pandangan mereka tentang apa itu blog.

Mula-mula Saffa pernah ada satu fikiran yang BLOG ni sepatutnya macam ni, sepatutnya macam tu, tak boleh ni, tak boleh tu. TAPI. Lepas tu Saffa disedarkan oleh sesesorang. BLOG ITU AKU PUNYA. IKUT SUKA HATI AKU. Yup.

Blog itu ada pemiliknya. Kenapa Saffa perlu kisah sangat dengan apa yang tuan blog tu buat dengan blog dia. Itu lah STYLE dia. Itu lah dia. Dan pemilik blog tu HAPPY dengan blog dia yang macam tu.

Macam mana eyk nak cakap. Anggaplah blog ni macam kain kanvas putih juga. Dan blogger tu adalah pelukis. Jadi terpulanglah kepada pelukis tu macam mana dia nak melukis kan. Dia ada dua pilihan, sama ada dia nak tiru lukisan/gambar yang sedia ada (merujuk kepada blog orang lain) atau pun dia boleh lukis ikut suka hati dia.

Tak kisah lah macam mana pun blog seseorang tu, tak kisah lah macam mana (teruk) pun blog tu [Read: 'Teruk' definisi setiap orang berbeza]. Penuh dengan repekan, penuh dengan gambar camwhores, ada lagu ker tak ada lagu ker.. Saffa rasa.. Yang paling penting adalah apa yang tuan punya blog tu rasa bukan?

Oleh itu. Sekarang, Saffa nak minta maaf dengan segala apa kemengarutan yang Saffa telah tulis sebelum ini mengenai blog. Adalah salah sama sekali untuk kita menghakimi seseorang hanya dengan membaca satu entri, ataupun kesemua entri, atau pun dengan apa sahaja.

Blog. Saffa tak nak rasa dikongkong lagi. Saffa nak bebas. Saffa tak minta di fahami/sukai. Setiap orang ada cita rasa dia tersendiri. Dan Saffa nak berhenti buat sebab semua orang buat.

Mengenai KOMEN. Saffa akui dulu Saffa gila komen, dan Saffa akan cuba sedaya upaya nak buat orang komen. Buat entri hebat-hebat. Tapi lepas tu. =) Hahaha. Dah tak penting.

Tapi, bila takder orang komen pun satu hal plak. Tak best lah bila tak tau apa orang fikir pasal entri mengarut kita tu. Hahaha. Tapi apa pun. Apa yang saffa nak cakap pasal komen ni. Bila kita komen kan. Ikhlas lah. Saffa akui Saffa kadang-kadang tak ikhlas jugak.

Tapi sekarang ni Saffa rasa bersalah bila komen tak ikhlas. Bagi blogger kat luar sana, Saffa tau sesetengah daripada korunk tinggalkan komen sebab nak tarik traffic ke blog kan?

Aduh. Apa nak cakap eyk. Saffa malas nak cakap banyak-banyak. Nanti ada yang terasa. Sumpah Saffa tak suka giler buat orang terasa ni. Saffa cuma nak luahkan apa yang Saffa rasa jer.

*sigh* Pasal komen ni kan, sekarang ni Saffa malas nak komen. [Tengah stress dengan exam yang bakal menjelang tiba pada Hari Raya ke4] Saffa komen bila Saffa ada mood nak komen dan Saffa rasa perlu nak komen atas sebab tertentu. Setakat ni ada lah dua tiga blog Saffa komen tapi tak balas komen. Saffa tak kisah pun, sebab Saffa tau. Mesti ada sebab.. So, biar je lah.

Bila komen pada blog yang HEBAT. Jangan mengharap sangat diorang reply kat blog kita. Kebanyakkan hanya reply kat blog diorang jer. Nak tulis satu entri dah berapa jam. Nak baca blog, nak reply komen. Saffa rasa paling kurang pun nak 4-5 jam. Mana ada orang ada masa yang banyak macam tu sangat kan?

Sesetengah blogger, nak blog mereka feymes, diaorang cuba tulis benda hebat. Lepas tu rasa jealous dengan blog yang tulis sepatah dua. Tapi komen berlambak. Tak pun banyak follower. Atau raking memang tip top. Fuh fuh fuh! JEALOUS kan?

Sudah-sudah lah. Berhenti lah. Belajar lah untuk ‘menikmati’ blog dan enjoy blog korang tu.Tak ada komen tak bermakna tak ada orang baca blog korang. Tak banyak komen tak bermakna entri korang tak cukup bagus

Yang penting sebenarnya kita ENJOY!

Akhir sekali Saffa nak minta maaf pada tukang-tukang komen di blog Saffa sekiranya Saffa tidak meninggalkan jejak di blog korang walaupun dah berkali-kali korang tinggalkan jejak kat blog Saffa. Terima kasih kerana komen.

Frankly speaking, Saffa banyak jadi silent reader. Sebab Saffa malas nak komen. Buat masa sekaranglah. Perlu ker Saffa ulang Saffa ada exam pada HARI RAYA KEEMPAT. =(

TERIMA KASIH JIKA ANDA MEMBACA BETUL-BETUL SAMPAI HABIS

Saffa masih rasa apa yang saffa cuba sampaikan tak akan tersampai. *sigh*

I dont want to be restricted anymore. I’m going to GO GO FUN with my blog. YYYYYYEEAAAHH! AGAIN. Let me reiterate my point:

Oh ya, Blog Anda Hak Anda.

Blog adalah tempat untuk Saffa meluah apa yang Saffa tak mampu ucap dengan kata-kata. Tapi mampu tertulis di dalam blog. ;)  HAPPY BLOGGING.

Related Posts

Tags: , , , , ,

40 Responses to “DISCLAIMER: Apa Itu BLOG bagi Saffa”

  1. yash September 14th, 2009 at 11:27 pm

    hohohohoho! tgk macam aku x kesah pown kalo org x komen blog aku.. weeeeeee! pasal aku pown satu pemalas nak update.. kui3 ^_lol
    tapi selalu nya pown aku jadik pembaca blog secara senyap.. (silent reader la tu) kalo rajin komen.. kalo tak.. jgn harap nak komen.. weeeeeeeee! ^_laugh

    Reply

  2. Jem September 14th, 2009 at 11:39 pm

    Saffa tiru Jem pakai sneakers dgn baju kurung.

    HAHAHA. Nak jugak tegur!

    Reply

  3. saffa September 14th, 2009 at 11:46 pm

    HAHAHAHAHAHAHA… rasanya kat Gombak WAJIB pakai sneakers sebab kena JALAN JAUH. A LOT. =( Damn. Baru nak beli kasut vincci.

    Reply

  4. amoi September 14th, 2009 at 11:40 pm

    terkenang zaman amoi mula2 bt blog. masa tu kenal dua blog je blogmenjerit.com yg dh berkubur lama and chokilala.com. hoho.

    Reply

  5. Nikuve September 14th, 2009 at 11:58 pm

    well… me too tak kisah orang komen ke tidak blog. Asalkan kita bahagia. Blog is my partner. Btw, walaupun tak ramai org komen. Tapi ramai silent reader. Ni boleh dibuktikan jika lihat pada fungsi ‘Awstats’ pada cpanel. Unique dalam sebulan hampir cecah 2K.. tapi komen minimum pun dalam 4. Bandwidth hampir cecah 2-3Gb. Kira ramai visitor tu.

    Nway blog ni rasanya ok jer ‘personal’ blog kan masing-masing ada citarasa tersendiri.

    Artikel yang dicoret pd sesebuah blog mempengaruhi latarbelakang si pemiliknya. Bagaimana ia dibesarkan.. macam itulah penulisannya.

    Just 1 cent.
    Nway good luck with ur exam pd hri Raya keempat…. :)

    Reply

  6. Zara September 14th, 2009 at 11:59 pm

    pergh!!

    exam tu~ ^_sick ^_sick ^_sick

    Reply

  7. Nazuri September 15th, 2009 at 12:05 am

    As far as I can remember, I started to blog seriously after SPM because I know, my school friend cannot be with me after SPM. Different people will walk different paths. I cannot be with them and they cannot be with me.

    Now, I’m in Miri and my friend is all over the globe. (Chewah, exaggerated la pulak). Haha, kidding.

    Personally, I think knowing others life is very interesting. People with different background, different study place, and different location will have a different life experience.

    Yes, I admit that leaving comment is one way to increase the traffic to our blog.
    But I guessed, it depend on the person himself, either he want to comment because of traffic or based on sincerity.

    I admit that I am one of the silent reader of this blog. But, today I feel that I need to share to you what is a blog for me.

    In conclusion, a blog is medium for me to share with others (sharing is caring) my life experience living as student in the Town Oil, Miri so that my friends can see how is my life going.

    and yeah, let’s enjoy in blogging.

    **
    ok, cukup report di atas. Tolong check grammar kalau rajin.

    Good Luck for your exam!

    Reply

  8. saffa September 15th, 2009 at 12:44 am

    Hahaha. Sama la. I started to blog seriously after SPM. Lepas tu paksa kawan baca blog Saffa. bukan Saffawati.Com. Tapi blog lama tuh.. Haha.

    Couldnt agree more! =) (Personally, I think knowing others life is very interesting. People with different background, different study place, and different location will have a different life experience.)

    I love personal blogs! XD

    Thanks!

    Reply

  9. blowie September 15th, 2009 at 12:42 am

    cik saffawati yg tengah tensen,blog awak bestt
    *ayat tarik traffic* haha

    rilek la cik saffa,kalau ade orang tak suka dengan cara penulisan blog kita,pedulikan aje.

    komen banyak tak semestinyaa traffic tinggi,
    traffic tinggi tak semestinya komen banyak,
    tapi traffic tinggi = duit banyak. ahhahahahahahahah

    aizat pun jarang balas komen sekarang,sbb tengah trial.
    Tapi bole plak komen blog orang lain,hahahahah

    Reply

  10. Diya September 15th, 2009 at 12:49 am

    Nice entry Saffa. Diya baca satu2 sampai habis. Straight forward dan sangat meaningful =)

    Diya rasa macam tak pernah “berjumpa” pulak dengan blog mystorytale Saffa yang dulu. Saffa guna wordpress ke blogspot dulu? Teringin jugak nak baca blog Saffa dulu2 tu. Since Saffa ada cakap blog sekarang ni lebih all out berbanding dengan dulu. So, macam wonders sikit la. Hehe.

    Bab komen ni kan, dulu diya jenis mudah terasa jugak tau [hoho, malu bila ingat balik]. Bila orang tu tinggal jejak kat blog org lain sedangkan mati2 kita komen blog dia bagai nak rak tapi dia langsung tak komen blog kita, fuhhh terbakar jugak rasa nyaaa. Macam terasa kena betrayed camne tah, tak best langsung [haha, padahal takde apa pun]. Tapi, lama2 bila dah grown up sket dan makin wiser gitu, diya jadi langsung tak kisah kalau dia tak komen apa pun. Takde apa lah yg nak di terasa nya. Benda tu terpulang pd individu lah kan. Diya sendiri pun kenkadang choosy gak dlm meng komen di blog org. Kadang, asal muncul je entri die di google reader, terus gopoh nak komen entri tu. Tapi, kalau rasa mcm entri die merepek mcm tak de apa yang perlu dikomen kan, diya diamkan aje. Hoho. Cara diya sekarang mcm gitu lah. Tapi, selalu lebih2 kan yg biasa komen di blog kita lah, sebab kadang2 mesti rasa “terhutang” jugak sikit sebanyak kan.

    Haih. Raya keempat dah start exam ye. Tak beraya sangat nampaknya tu. Takpelah, tahun ni berkorban sikit ye. Good luck for ur exam ^-^

    Reply

  11. saffa September 15th, 2009 at 8:40 pm

    Saffa rasa ada banyak lagi nak tambah tu sebenarnya. Tapi biar lah. Haha.

    Tau tak.. masa Saffa baca balik entri yang panjang ni.. Saffa terfikirkan Diya. Diya kan suka entri panjang-panjang! =D

    Tahun ni berkorban sikit? =( Saffa dah berkorban sejak Saffa form 2 lagi tau. Sejak form 2 tak pernah raya betul-betul sebab ada exam lepas raya.. Thanks anyway! =)

    Reply

  12. Diya September 15th, 2009 at 12:58 am

    Owh. Satu lagi, rating trafik ke apa dah macam takde apa dah bagi diya. Takde perasaan dah nak promote sana sini [terasa macam diri sendiri dah makin tua pulak]. Huhu. Tapi, mengikut firasat diya, blog Saffa ni ada potensi trafik makin meninggi di tahun2 akan dtg. So, keep it up yeh ^-^

    Reply

  13. eyra September 15th, 2009 at 1:00 am

    iera pon salunye jadik silent readers
    nak komen tapi entah, tak reti laa nak komen
    lebey suke bace daripada mengomen

    bagi iera, blog tempat iera nak cerita pape yg iera nak
    kalau kawankawan tanak dengar ape iera cakap, iera lepaskan kat blog
    atleast hati iera lega sebab dah lepas kat blog
    orang nak bace, bace lah, terpulang
    kalau iera nak update, iera update
    kalau takde, takde lah

    errr, satu persoalan
    saffa nie kawan natasya athirah kn ?

    neway, nice blog saffa ;)

    Reply

  14. saffa September 15th, 2009 at 8:42 pm

    Tu lah.. kadang-kadang cam tak tau nak komen apa kan.. Huhu..
    Yup. Kawan Tasya kat MRSM. Bilik sebelah menyeblah. Thanks ;)

    Reply

  15. Kill-Vearn September 15th, 2009 at 1:17 am

    Blog blog blog.. asek blog aje.. hehe.. hidup ngan blog mesti best kan.. leh tulis ape kita mau ape kita suka..

    komen? lantak la kat komen, org nak komen suka ati dia, taknak pon takpe.. takde hal.. tak bawak pi mana pon menda tuh smua..

    exam? good luck walau ketensionan saffa pada raya ke 4 menghadapi exam.. mesti tak puas raya.. tapi takpe raya sebulan, exam cuma 2 minggu maximum..

    ape2 moga saffa hepi bila dah ‘bebas’ dari cengkaman yang selama ni melanda..

    p/s: tak sabar tunggu baju kedua :P

    Reply

  16. saffa October 11th, 2009 at 12:26 am

    Haha. Hidup ngan blog jer? Isk. Mana best! Tapi susah nak hidup tanpa blog.. Hahaha..

    P/s: Ya, baju dah siap, Minggu depan Saffa pos!

    Reply

  17. Jem September 15th, 2009 at 1:31 am

    TOLD YOU KAN.

    Your readers are going to accept your writings the way it is.
    Whatever you write is whatever you WANT to write. not whatever PEOPLE WANT YOU to write.

    (=

    I started with the lame friendster blog. Then I moved to blogger for privacy. I write for pleasure. To educate me. I got most of my vocabulary from blogging. It excites me when my friends read my blog and demands for more of whatever crap I wrote.

    People correct my grammar/spelling and I [think] accept them whole-heartedly. Tho’ sometimes it’s tad bit embarrassing, but who cares. I got into level 5 and got through EPT didn’t I? (= [Ego agak pecah disitu when Anisah actually said I should have gotten into level 6. Tapi alhamdulillah I didn't. Kalau tak I wouldn't get to know you lah kan?]

    and I made mine private because I want privacy. Not blackmails. Call me coward or whatever, I prefer to have freedom to write rather than pleasing whom ever I hated.

    So, let it be Saffa. Let it be.

    Write for pleasure. not money. not popularity. not satisfaction of other people. just yours.

    Reply

  18. saffa September 15th, 2009 at 8:48 pm

    Hehehe. Thanks Jem! =)
    I think that level thingy is unfair. Mana boleh tentu kan level english seseorang berdasarkan writing. Bukan semua orang hebat ‘writing’ but I guess that’s the easiest way to evaluate our english level kan.. ;P
    Aauuww.. JEALOUS. =) I prefer to have freedom to write rather than pleasing whom ever I hated.

    Reply

  19. Jem September 15th, 2009 at 1:32 am

    omg, lupe tutup code bold ke? -______________-
    sorry.

    Reply

  20. saffa September 15th, 2009 at 8:49 pm

    Dah betulkan dah. ;)

    Reply

  21. megat September 15th, 2009 at 6:15 am

    apakah catatan ini luahan sesuci lebaran? kah3.

    catatan yang bagus untuk rujukan penulis baru. selalunya mereka meniru dari blog-blog sedia ada yang lama kelamaan akan hilang identiti mereka sendiri.

    sepatutnya setiap penulis punyai identiti mereka sendiri tapi kalau dah secara kebetulan sama nak buat macam mana kan? lagi pun corak penulisan sama takpe, jangan jadi plagiat kan?

    Reply

  22. saffa September 15th, 2009 at 8:52 pm

    Boleh di katakan begitu lah.. Haha..
    Rujukan penulis baru? Haha. Banyak lagi yang perlu di perkatakan tentang blog ni, mungkin En.Megat boleh tambahkan lagi? ;)
    Saffa pun tiru gaya penulisan sesetengah blogger jugak sebenarnya. Macam penggunaan BOLD, Strike, Italic n Underline. Yang penting tak plagiat hasil penulisan dia sudah lah kan.

    Reply

  23. Munirah Abd September 15th, 2009 at 11:28 am

    yeahhhhh yg penting kita puas bila kita menulis..

    yeahhh

    Reply

  24. en_me September 15th, 2009 at 8:39 pm

    ghitewww..

    Reply

  25. titan September 15th, 2009 at 10:28 pm

    normal la tu. Biasanya ramai jadi silent reader..

    Reply

  26. emma songall September 16th, 2009 at 12:02 am

    Blog anda hak anda tue quote yang sangat kukuh.
    i used to be like certain things that u av mention above.
    jealousy upon others blog.
    mustahil lah xde org yg pernah rasa macam ni kan.
    but now i get what is actually mean by blog.
    at least in my point of view.
    to me: blog is my other tempat lepak to release all my emotion.
    btw, great post. ^_cool

    Reply

  27. saffa October 11th, 2009 at 12:28 am

    Thanks! ;)
    Haah. Suma orang memang ada sikap jealous menjealous. Tapi tak payah lah terover2 kan. Pandai2 lah kawal sikap jealous tu..
    Tempat lepak! Cool~ Huhu..

    Reply

  28. Diya September 16th, 2009 at 7:03 am

    Hahaha. Diya nih buat entri panjang2 sebenarnya point dia satu dua je, explanation mengarut2 yg berjela nya. Kenkadang rasa macam tak puas bila buat entri pendek2, itu yg kalau boleh nak sumbat segala dlm satu entri. Tapi skrg dah insaf sikit lah, entri tak pendek sgt tak pjg sgt =p

    P/s-Takleh reply komen atas, diya komen sini je

    Reply

  29. samanosuke_04 September 16th, 2009 at 3:46 pm

    aku pun senanye malas nak update blog.. cita2 bukan main lagi nak jadik jutawan blogger haha.. tapi blog tue kan mengikut pandangan pelukis tue sendiri.. so suka hati aku laaa ape aku nak tulis, haha!

    Reply

  30. saffa October 11th, 2009 at 12:29 am

    Manusia memang bercita-cita tinggi! Hahaha..
    P/s: Saffa pening lah. Kau ni yang mana satu eyk? Banyak sangat rangers ko tu. Isk.

    Reply

  31. Adila September 16th, 2009 at 9:28 pm

    i personally try utk tulis entri bila tgh xde prasaan haha
    psl klo tak, nnt mengarut bukan main pjg wakakakak

    ape2 pun.. best la baca blog org lain
    tp obviously amik masa sgt2 haha
    skrg ni sy rasa sy check blog org pun 2-3 kali sminggu je
    tu pun either lepas isya or lepas subuh.. err klo tak sure dah krohhh kroohhh atas katil hehehe

    blog kan ala2 online diary
    tulis je mcm mana pun
    bkn dpt markah :D
    janji sendiri suka hihi

    Reply

  32. saffa October 11th, 2009 at 12:31 am

    Saffa selalu jer check blog orang.. Tapi sekarang ni bukan main liat nak mengomen. Haha. Asyik pegang mouse then baring atas katil. memang malas lah kan nak menaip2 ni.. Haha…

    Wahaha.. Bukan dapat markah pun! XD

    Reply

  33. silbiabigail September 16th, 2009 at 10:55 pm

    relax saffa.. at least u dh buang burden dlm fikiran u. skang u just sit back.. amik mood raya.. fikirkan keseronokkan kemeriahan syawal kalangan family saffa. dlm masa yg sabar tenangkan diri jg tuk adap exam nanti. sbb u dh prepare, apa nak gusar? blog? ada siapa kisah..? be urself dear!

    Reply

  34. saffa October 11th, 2009 at 12:36 am

    Erk.. Sebab tak berapa prepare lah Saffa gementar! Apa2 pun.. Alhamdulillah! Dah habis pun exam! Yay!

    Reply

  35. zool September 18th, 2009 at 3:10 pm

    Hm. betul tu.. Blog ni ada macam2 jenis .. ada yang suka-suka ada gak yang merancang untuk jadi income.. terpulang pada pendirian masing2.. ADIOS.. Hasta PRonto.

    Reply

  36. mohdhanif September 23rd, 2009 at 7:28 pm

    Asalam..btol tu.blog kita hak kita,coz kita bayar untuk itu…

    Reply

  37. nur hidayah September 23rd, 2009 at 11:09 pm

    Errmm , fikir fikir renung renung baca baca apa yang Sis Saffa tulis ni betul jugak . Buat apa kita nak tiru blog itu , blog ini famous itu famous ini ,

    hidup kita , jalan kita .

    Btw, terima kasih sis saffa ^_laugh

    Reply

  38. saffa October 11th, 2009 at 2:20 am

    Sama-sama. =)

    Reply

  39. Miss Dearly Pink September 23rd, 2009 at 11:15 pm

    i wonder what blog provider ur using now. ur not using blogspot nor wordpress, r u? pls gimme a quick reply. thx.

    Reply

  40. saffa October 11th, 2009 at 2:21 am

    Wordpress. Kenapa?

    Reply