22 Nov

Dan Sebenarnya Ku Mengharapkan

Dan Sebenarnya Ku Mengharapkan

That’s my Tabung for DSLR. Ada sesiapa yang bagi sumbangan?

My laptopĀ conditionĀ is worsening. Mungkin kah Saffa perlu korbankan Tabung DSLR Saffa untuk beli laptop baru?

Tidak. Saffa tak akan berharap pada Nuffnang. Sebab trafik blog Saffa bukannya tinggi sangat. Tak payah bagi tau macam mana nak naik kan trafik blog, Saffa tau bagaimana. Cuma Saffa tak nak korbankan definisi blog Saffa semata-mata demi trafik & duit.

Tak dinafikan Saffa suka jugak trafik ni.. =P Ada lah jugak Saffa exploit Twitter, FB dan bermain dengan keyword. Tapi tu je lah.

Lagi pun blog Saffa hanyalah blog peribadi yang hanya berkisar tentang my.daily.life

Saffa rasa macam ‘segan‘ kalau Saffa gila kan trafik padahal blog Saffa hanya sekadar online.diary Maksud Saffa, blog Saffa ni bukan lah apa sangat untuk Saffa war-war kan pada seluruh dunia tentang kewujudan blog Saffa ni. Sibuk “I follow U, U follow Me” atau “I was here, please come to my blog“.

Saffa amat berterima kasih pada semua orang yang masih sudi meninggalkan komen di blog Saffa. DAN Saffa harap jangan lah ada sesiapa yang terasa hati dan cakap Saffa besar kepala sebab Saffa tak blogwalking & tinggalkan komen juga mahupun sekadar menyapa di shoutbox.

Seriusli keadaan amat tak mengizinkan. Kalau dulu Saffa mampu untuk online dari petang sampai lah tengah malam.. 2-3 pagi. Tapi sekarang tidak lagi.

Laptop Saffa makin teruk. Dengan masalah sentiasa over-heat, battery laptop yang sudah tidak boleh digunakan dan juga wayar charger laptop yang entah lah.. longgar. Kalau Saffa alihkan laptop Saffa sikit.. DAMN. Laptop Saffa akan terpadam.

Benda-benda ni membuatkan Saffa hilang semangat nak online lama-lama.

Oh ya, tak ramai yang tau, Saffa kerja dekat kedai makan famili Saffa sejak sebulan lepas. Dan duit dalam tabung tu adalah upah Saffa. RM10 setiap hari. Not much. Tapi syukurlah dapat juga duit.

Bangun subuh, balik petang dalam pukul 6. Kalau rajin Saffa akan terus online, update blog, reply comment, check FB dan Google Reader etc. Sampai pukul 9pm something. (of course Saffa stop sekejap untuk solat etc) Lepas tu Saffa akan tengok TV. Tengok je lah.

Bukannya Saffa minat sangat nak tengok TAPI sebab malas nak online. Saffa tak tahan online dalam keadaan duduk atas kerusi dan laptop atas meja. Letih nak menaip sebab meja ni tinggi sangat.. Hampir paras bahu. Haish.

Credit: Lisa

Saffa selesa begini. Tapi kalau Saffa online dalam keadaan begini, Saffa terpaksa BERHATI-HATI supaya tak tersentuh wayar bateri laptop. Nanti TERPADAM! Lepas tu kena ON balik. Haiyoo. Susahnya..

In the end. Saffa malas nak online lama-lama dan Saffa rasa Saffa dah tak ADDICTED dengan dunia internet lagi. Tapi Saffa tetapkan sayangkan BLOG Saffa ni! Hehehe..

Kadangkala Saffa nak je PRIVATE blog. Biar untuk tatapan ‘rakan-rakan’ sahaja.. Untuk orang yang benar-benar mahu membaca dengan ikhlas. Bukannya mengharapkan sesuatu. Saffa teringin nak tanya sesuatu, tapi biarlah.. Lebih baik senyap daripada berkata-kata bukan?

Jem. Jom kita chat mengenai betapa WT* nya sesetengah manusia dengan dunia blog ni! ;( IMU. Nak lepak2 n dating dengan U. BTW, Saffa akan subscribe broaband nanti! Rajin-rajin lah datang bilik Saffa nanti kalau nak ONLINE. Hehehe.. I still tak insaf-insaf lagi kan. Tolong ketuk kepala Saffa. =.=”

P/s: Thanks to Lisa sebab timbulkan pasal PAINT ni. Dah lama tak main. Haha.

P/s2: Kawan-kawan, Saffa sedang berusaha untuk pergi ke ‘rumah’ kalian dan meninggalkan jejak seperti mana kalian telah mengambil sedikit masa kalian untuk meninggalkan jejak di blog Saffa. =)

Dig My Other Posts

This entry was posted by saffa on Sunday, November 22nd, 2009 at 7:46 pm.
Tags:, , , ,

28 Responses to “Dan Sebenarnya Ku Mengharapkan”

  1. atokk November 22nd, 2009 at 8:09 pm

    mcm lisa gak..guna paint hehehe

    [Reply]

  2. paeh November 22nd, 2009 at 8:10 pm

    siannya kat saffa. tapi saffa sabar je laa… btw saffa kena gak beli kamera sbb saffa addicted kat kamera. jgn putus asa… ramai kawan kat tenet ni sokong saffa

    [Reply]

  3. saffa November 22nd, 2009 at 11:10 pm

    Tapi.. :( Laptop ni lagi penting daripada DSLR. Apa2 pun. Saffa amat berharap sangat Laptop ni masih boleh ‘berkhidmat’, kalau teruk sangat.. Saffa rasa terpaksalah utamakan laptop dulu daripada DSLR. :(

    [Reply]

  4. mohdisa November 22nd, 2009 at 8:20 pm

    hurm, tak faham aku mengenai entri pada kali ini. mengenai laptop baru ke, dslr ke or tentang blog? hehe, anyway nice paint. apa2 pun, be your self ok. daaa

    [Reply]

  5. saffa November 22nd, 2009 at 11:17 pm

    Campur-campur. Hahaha.. Okayy.. Thank You. =)

    [Reply]

  6. Jem November 22nd, 2009 at 8:20 pm

    Saffa online pakai tudung wohhh. hahaha.. bagus bagus!
    You’re getting yourself a broadband? mmm.. abes laahh… XD

    I belum decide lagi bout broadband, my 1st sister ade offer nak byrkan monthly (sebab my 2nd sister is paying for my 3rd sister), tapi I kene cari modem FOC/murah dulu.

    and I tak rela sacrifice my study time for the addictive internet. haha..

    [Reply]

  7. saffa November 22nd, 2009 at 11:22 pm

    Hahaha.. Tak reti lah nak buat rambut. Cover cover.. Jadi lah tudung. Hahahaha..
    Yup! Free broadband kowt. Sapa tak nak.. BUT. For two months je lah..
    Promotion from Maxis!
    Saffa ingat nak subscribe and IF coverage tak okayy… cancel lah. Saffa dah confirmkan dengan dia.. Mmg totally FREE for two months n dpt dia punya device skali. No fees at all + contract pun tak ada! IF kita terminate after FREE two months tu pun. Tak kena charge apa2.. Tapi kena pulangkan lah modem tu. Oh ya. Modem pun FREE okay. XD
    Woot! Memang heaven lah kan.. Hahaha..
    I’m not that addictive dah dengan keadaan laptop yang makin sewel nih.. So, tak risau sangat! Hehehe..

    [Reply]

  8. Aneesah November 22nd, 2009 at 9:19 pm

    Aww. Takpe Saffa, bersusah2 dulu, senang2 kemudian. My laptop pun ade tendency to overheat, so asik kena pakai the tray cooling fan tuh. Annoying jugakla. Anyway I haven’t been blogging berbulan-bulan dah. Memang macam minat dah takde. And malas jugak, although seronok tu seronoklah menulis & edit2 & publish & read comments. Tapi cam … tak larat dah. @_@”

    I always read your entries walaupun tak komen. ;) Good luck k Saffa!

    [Reply]

  9. saffa November 22nd, 2009 at 11:28 pm

    Tal larat kan…………… Haish. Saffa punya over heat lagi lah melampau. Tak reti nak describe. =.=” Saffa rasa nak kena beli cooling fan yang memang power n superb giler baru okay. Sebab setiap 2 jam, mati. Yang RM100 ker.. =____=
    Sekarang ni Saffa pakai kipas. Bukan kipas laptop. Tapi kipas.. Hahaha..
    Thank Aneesah! =)

    [Reply]

  10. Lisa Farhana November 22nd, 2009 at 9:20 pm

    huhu you are welcome!

    kalau macam ni, hmm, better saffa kumpul duit beli laptop dulu kot
    memandangkan keadaan sekarang ni macam lebih perlu laptop je
    ^_biggrin

    [Reply]

  11. saffa November 22nd, 2009 at 11:29 pm

    Tapi Saffa dah lama nak DSLR!! ;(

    [Reply]

  12. megat November 22nd, 2009 at 9:25 pm

    yang pasti dedua gajet tersebut boleh buat duit (ha3).

    apa nak buat eh? nak kata sedih, sedih juga. alahai andai kata saya jutawan, semua rakan-rakan blog saya tolong (ceh3).

    apa yang paling pasti, setiap langkah kehidupan perlu diteruskan dan apa yang diimpikan adalah semangat untuk terus menjadi sandaran dalam hidup.

    [Reply]

  13. saffa November 22nd, 2009 at 11:31 pm

    Hahaha. Yea yea.. Tu lah. Saffa ingat klu ada DSLR boleh lah kowt amik komisen tangkap2 gambar orang. =) Teima Kasih!

    [Reply]

  14. acap November 22nd, 2009 at 11:26 pm

    wuitt , baru prasan ade nuffnang kat bawah tu? hahha!

    [Reply]

  15. ViniL November 22nd, 2009 at 11:39 pm

    laptop first~~ DSLR just keperluan sampingan~~
    but laptop leh edit gambar.. ekekeke pakai kamera biasa pun leh jadi gempak kalau ada laptop + photoshop…

    [Reply]

  16. emma songall November 23rd, 2009 at 4:12 am

    penat guna paint.
    asal xguna illustrator jer.
    kemas skit. ^_content

    [Reply]

  17. saffa November 23rd, 2009 at 7:00 am

    Saffa tak reti guna Illustrator… =.=”

    [Reply]

  18. nurfaizfoat November 23rd, 2009 at 9:03 am

    saffa, laptop worsening? pakai linux la :) it gives old machine new soul

    [Reply]

  19. Akuro San November 23rd, 2009 at 1:59 pm

    hurmm~ tak tahu antara dua… samalah dgn saya~
    tak pasti nak beli nikon D90 atau nak pergi umrah.
    tapi kalau mcm kes saffa nih, mungkin boleh utamakan perkara yg lebih penting kot~ mana yg saffa rasa lagi penting? laptop atau D60?

    [Reply]

  20. saffa November 23rd, 2009 at 8:24 pm

    IF Saffa, laptop boleh gak nak pinjam pinjam. Tapi DSLR cam susah sikit nak pinjam-pinjam.. So, DSLR lagi penting.
    Oh ya, D60 dah discontinued. Kalau nak beli brand NIKON (DSLR for beginner). Amik D3000. Harga dia dalam RM1980-2299

    [Reply]

  21. Jem November 24th, 2009 at 9:11 am

    I sokong lisa, you need a new laptop more than the DSLR. and perlu pergi training utk penjagaan laptop. sangat2 perlu. XD

    eh, free modem and free 2 months? mane u tgk?
    I jumpa Celcom bayar RM150 n dpt pakai free for 2 months je.

    Celcom n Maxis mane ok ha?

    [Reply]

  22. nono November 24th, 2009 at 11:29 pm

    to me pulak, laptop first dslr later. lagipun dah ada camera kan? rilek la saffa. dslr hanyalah trend, bukan keperluan.

    [Reply]

  23. saffa November 25th, 2009 at 8:52 pm

    Er ya ya.. Tapi. Erm. NVM. Hahahaha..

    [Reply]

  24. eyra November 25th, 2009 at 12:28 am

    lukis gune paint?
    chomell gile
    nampak kemas je ;)

    [Reply]

  25. saffa November 25th, 2009 at 8:54 pm

    Kemas? Hahaha.. Saffa rasa cam teruk je doodle Saffa tu!
    P/s: Klu jumpa Tasya cakap Saffa kirim Salam..

    [Reply]

  26. oh!dawie November 25th, 2009 at 2:59 pm

    Salam..1st time komen kt dlm blog nie..

    saffa,laptop tu benda yg dh ader..Boleh cuba repair dlu..
    Beli jer DSLR tu..kate pon dh minat kn..Kalau nk tgk kualti gmbr dr D3000,leh usya kt http://ohdawie.com..thanks.

    [Reply]

  27. saffa November 25th, 2009 at 8:55 pm

    Duit belum ada.. =_________=

    [Reply]

  28. sapitque December 31st, 2009 at 6:14 am

    ouhh.. harap2 tercapai la hajat cik saffa tuh.. tp buat keputusan yg terbaek utk ‘mane yg dulu penting..’
    takot t geget jari sendiri bile mule menyedari akan kesilapan itu..

    eh? ape neh?! hohoho..

    [Reply]