Bila Mak kata “Tak Boleh”
Susah betul jadi anak perempuan,
Tak boleh keluar sana sini,
Susah betul jadi anak perempuan
Tak boleh balik rumah lewat malam,
Susah betul jadi anak perempuan
Nak join itu ini semuanya ada batasan,
Susah betul jadi anak perempuan
24 jam akan dikawal macam kanak-kanak,
Dan bila Mak kata “Tak Boleh”
Terus hati tercuit, mahu marah, mahu memberontak
TAPI
Bila kenang Dosa & Pahala
Bila kenang Syurga di bawah kaki Mak
Bila kenang jasa & penat lelah Mak
Bila kenang garis-garis tua Mak
Hati ini terus SAYU
Bila Mak kata “Tak Boleh“
Hati kecil ini juga terdetik, kalau lah kata-kata sekecil ini tak mampu Saffa pegang. Tak mampu Saffa ikut. Bagaimana kalau dosa yang sekecil ini lah yang memberatkan timbangan Saffa ke neraka?
Sebesar mana pun kesedihan Saffa bila Mak kata “Tak Boleh“, tak mungkin boleh dibandingkan dengan jika Saffa buat Mak berhenti tersenyum lalu kecil hati kerana anak yang dikandung selama 9 bulan, yang disusukan selama beberapa tahun, yang dikendong dan dijaga pakai minum nya dari kecil.. Enggan mendengar.

Tia Sayang. InsyaAllah kita akan jumpa juga. Mungkin esok bukanlah saat untuk kita bertemu, tapi Saffa pasti.. Hari lain mungkin lebih bermakna! =)
Dig My Other Posts
Tags:anak perempuan, luahan perasaan, Mak, rant, Tia
15 Responses to “Bila Mak kata “Tak Boleh””




betol3…bdosa kalo tak dengar kata mak..sebab syurga dibawah tapak kaki emak..
[Reply]
Kak Nono mungkin bukan anak yang baek tapi kan, when it comes to cakap emak, most of the time kak nono turutkan. especially bab bab yang kena mengena dgn approval dr dia. sbb x nak tulah hehe :P
[Reply]
Yup! Saffa pun takut gak kena Tulah ni. Sebab tu Saffa jarang bagi tau Mak Ayah kalau keluar biasa2 je dengan kawan bila kat Uni. Tapi, kalau cam big event n prog yg penting.. Baru Saffa bagitau.
[Reply]
betul kata kamu saffa… sesungguhnya SYURGA di bawah tapak kaki ibu…. insaf
[Reply]
betul. seburuk mana ibu kita pun,dia tetap ibu kita ^_^
[Reply]
yaa , ohh ibuuuu , lagu nasyidd pulok :)
[Reply]
ustazah penah cakap, sekali mak kata ‘tak boleh’, jgn ingkar.kalau ingkar jugak, mesti akan ada benda buruk akan jadi sebab x dgr ckp mak
[Reply]
Yup. Saffa pun fikir macam tu jugak.
[Reply]
betul tu sayang~
kalau mak kata jangan, nak tak nak ikut sajo~
[Reply]
susah jadi anak perempuan. huhu.
[Reply]
esok2… dah tua mcmana pun kita, tetap kita pgil mereka mak dan ayah.. walau sudah reput dimamah tanah pun.. tetap kita bahasakan mereka mak dan ayah..
[Reply]
setuju, satu ayat dah cukup membawa seribu erti dan menghibakan iaitu syurga dibawah tapak kaki ibu (hu3).
[Reply]
sokong 100% kat mak saffa…dgn cara beginilah laihrnya wanita muslimah……………hehe..please trust me…
[Reply]
jadi, dengarlah cakap mak. Jangan jadi tanggang moden plak..
[Reply]
Skali skala ada posting macam ni menarik di baca juge. Susah senang ikut kata ibu bergantung pada kebiasaan. Kalau dah biasa sure tak sengsara =)
Off Topic: beruntung lelaki yg dpt pasangan perempuan yg berada di bawah kawalan ibu.
[Reply]