4 January 2010

Ask Me Anything You Want #1 [Answers]

Ask Me Anything You Want! Terima Kasih. Fuh fuh. Selamat setakat ni tak ada soalan pelik-pelik sangat. Hahaha..

Baik lah. Saffa jawab soalan korang sekarang.

Acap
1.Kenapa anda memilih untuk membeli D3000? kenapa tak yang lebih byk function macam D90?

Satu. Sebab MOOLAH. Nak beli D3000 pun tak mampu, ini kan pula D90. TAPI, kalau lah Saffa ada MOOLAH pun, Saffa tak berminat lah dengan D90. D90 punya kelebihan; boleh shoot HD Video. Saffa punya minat hanya lah photography, bukan videography. Lagi satu, Saffa tak minat complicated things.

2.Bagaimane anda terjebak dalam dunia berblogging?

Errmm.. Entah lah. Tak ingat. Saffa selalu on off dunia blog sejak form 5. Mula serius sikit beberapa minggu sebelum dapat result SPM. Sebab BOOOSSAAANNN tak tau nak buat apa. Lepas tu baca blog macam best jer. Haha..

Blowie
Ur address plssss

Disebabkan Saffa memang tak balik rumah pun sekarang ni, boleh lah jumpa Saffa di; D 3.7 d, Mahallah Nusaibah, IIUM Gombak.

Akuro San
1. Amacam study kat UIA? Best tak?

SANGAT BEST. Saffa memang dah target untuk masuk UIA sejak err isi yang IPTA tuh. Haha.. Yup! Bagi Saffa memang sangat best sebab UIA ni membolehkan Saffa mempraktikkan Bahasa Inggeris; sebab ada international lecturers & students. Environment yang sangat best dan juga memberi peluang kepada Saffa untuk belajar subjek-subjek agama yang tak mungkin Saffa dapat belajar di tempat lain (di Malaysia). USIM menggunakan B.Arab dan Saffa tak mencukupi syarat.

2. Blog Saffa guna hosting apa ya? boleh tak ceritakan pengalaman Saffa menggunakan hosting yang tengah saffa gunakan sekarang nih, sepanjang Saffa berblog. Pada pendapat Saffa, hosting apa yang bagus dan kenapa?

Tak perasan eyh? Saffa juga menggunakan BaitulBytes. Terus terang, masa mula-mula pakai memang okay. Cuma macam kebelakangan ni macam ada masalah sikit. Saffa tak berapa kisah sangat sebab biasalah.. Mana ada hosting yang PERFECT.

Tak silap Saffa dah empat hosting Saffa pakai sejak berblogging dah yang terbaik adalah hosting pertama Saffa (Internet Webhosting). SEBAB? Technical Support yang sangat bagus. Pukul 3 pagi Saffa submit ticket mengenai masalah technical. Dalam pukul 3 tu jugak dia reply dan selesaikan masalah Saffa. Saffa tukar hosting sebab mahal sangat. Menyesal giler lepas tu. T__T

Hosting yang bagus? Technical Support yang bagus, on 24 hours dan sabar melayan karenah kita. Tak silap Saffa, kalau server dia dekat Malaysia, hosting tu bagus jugak kan? Err.. Tak tau sangat lah.

3. Dah berapa lama Saffa berblog ya? Berikan 1 tajuk entri Saffa yang Saffa rasa sangat best yg boleh dikongsikan dengan pembaca~

Selepas SPM.. Erm.. Hampir dua tahun lah jugak. Errrrr.. yang ni kowt. Hehehe.. 10 Cara Untuk SHOT Yang Telah Saffa Pelajari [Teknik Menangkap Gambar]

4. pasal cara buat ‘gambar kembar’ tu~ Macam mana nak buat yerk? ermm~ yg entri ‘lukisan’ hari tu, tak pahamlah~

Maaf lah. Saffa memang ada keinginan nak buat tutorial kembar tu, tapi Saffa tak ada photoshop sekarang. Oh ya, salah satu requirement untuk buat entri kembar ni adalah Photoshop. Tak kira lah CS1 sekalipun. Bley je. Asalkan PS.

5. ermm~ patut ker tanya ekk? huhu~ pasal baju blogger tee yang saffa kata nak ganti tu, apa citer yerk?

MasyaAllah. Sumpah Saffa lupa. Saffa ni memang pelupa, Saffa bagi TShirt tu kat cousin Saffa. Dia plak senyap jer. Memang Saffa lupa lah. Saffa belum dapat contact dia lagi. Maaf sangat.

Paeh
Berapa RM headset yg saffa pakai atas tuu

Maaf. Headset ni salah satu free gift masa Saffa beli Printer HP kat PC Fair. =)

Ekyn
Saffa da siap homework ict?

Beeeellum sangat! Hahaha..

Matt
Nama penuh saffa

Nur Saffawati

Loq
Boleh bagi tee blogger yg lebih tu free kat loq?

Boleh. Warna putih. Dengan syarat Loq bank in RM10 untuk upah penghantaran. Loq saiz M kan? Serius ni. TShirt ni yang First Edition, Saffa hanya print 5 sahaja. Orang yang tempah menghilangkan diri. And macam tak ada yang nak beli pun. Buat menyemak jer. T__T Sila kan amik. Orang lain jangan mengada nak jeles. Saffa suruh dah ASK ME ANYTHING! =P

Kak Nono
Sila describe dream wedding anda.. dan namakan photographer yang saffa nak jadi official photographer wedding saffa

Saffa nak simple simple jer. Tak ada lah nak perkahwinan dalam taman ker. Dalam laut ker. Tak ada. Saffa nak tema HITAM PUTIH dengan konsep “kampung” macam Ning Baizura. Hehehe.. Macam dah jadi grand lah pulak! Buat kat dewan kowt, halaman rumah Saffa macam sempit jer. =___=

Official Photographer Saffa! Haha. Lambat lagi la.. LOL.. Okay okay. Pertama; Syafik Haneff. Kawan Saffa yang menjebakkan Saffa dalam dunia photography dengan lebih serius. Kedua; Kak Nono! Ketiga: Aqilah Izham; Kawan Saffa yang baru nak terjebak dalam Photography.

Saffa pilih Syafik, Kak Nono & Aqilah sebab Saffa percaya pada kebolehan dyeorang. Plus Saffa rasa Saffa tak akan rasa kekok dan sambil photoshoot tu Saffa boleh enjoy dan have fun! Weeee~

Nikuve
1) Sejak bila saffa mula berjinak dgn blog?

Beberapa minggu sebelum keputusan SPM keluar, Februari 2008.

2) Apa hobi dimasa lapang selain berblog?

Baca blog, YouTube, AllKpop, Photography. InsyaAllah Saffa akan semai balik minat suka membaca lepas dah dapat matric card untuk access buku-buku di Library UIA.

3) Mcm mana saffa maintain study + berblog?

Saffa tumpukan perhatian dalam kelas! Dan sama sekali tak akan bawa balik masalah. kalau Saffa tak faham apa-apa, Saffa cuba sedaya upaya untuk faham kan juga semasa di kelas. Terus terang, Saffa memang tak study pun masa lapang. Kat bilik Saffa asyik online dan hanya peruntukkan masa lapang untuk buat assignment and buat revison bila ada kuiz.

4) Adakah berblog ni menjejaskan prestasi belajar atau atau lebih menaikkan ranking belajar?

Sedikit sebanyak menjejaskan (tak adalah sampai dapat C atau FAIL.. itu dah critical tuh!). Terutama bila Saffa ada peluang untuk online; ada wifi/internet.. Saffa jadi LEKA. Tapi, Alhamdulillah Saffa dah pandai kawal diri sekarang. Aish. macam drug addict jer kawal-kawal diri nih. Haha..

5) Ur family noe ur have this personal blog?

My sisters and brothers only. My parents tak tau, mereka computer illiterate.


Emma
Gmbar kat atas nie bilik saffa kat uia ker bilik kat rumah?

Hostel UIA. =)

Roslan
Saffa nti available ajak i kuo ye..

Hahaha. Okay.

Melz
D90 dan D3000 mana lagi best?

D3000 dan D90 macam langit dan bumi. Terutama dari segi harga dan function. Kelebihan D90, boleh shoot HD Video dan ada lebih banyak fungsi daripada D3000. D3000 merupakan DSLR for beginner, kurang complicated. Bagi sesiapa yang minat Videography. Saffa recommend D90. Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan Photography, D3000.

Sekian TERIMA KASIH! Hahaha..

Related Posts

Tags: ,

18 Responses to “Ask Me Anything You Want #1 [Answers]”

  1. Nikuve January 4th, 2010 at 6:57 pm

    3) Um.. sudah beberapa org yg smart memberikan jawapan lebih kurang macam ni.. take notes!

    Totally thanks for sharing ^_yes

    Reply

  2. nikillas January 4th, 2010 at 7:21 pm

    alaaaaa… lambat baca reader..!! adoi.. dah tak leh nak tanye dah.. rugi2..!!

    Reply

  3. saffa January 6th, 2010 at 11:32 am

    Dont worry. Next time! Hahahaha..

    Reply

  4. acap January 4th, 2010 at 9:28 pm

    akhirnya terjawab juaa :D

    kumpullah MOOLAH untuk masa depan , HAHAHHAA!

    Reply

  5. saffa January 6th, 2010 at 11:32 am

    Sedang berusaha untuk kumpul MOOLAH! Haha..

    Reply

  6. amoi January 5th, 2010 at 12:30 am

    tanpa pape je ke?
    ada part two tak? amoi nak tanya memacam neh. (evil laugh) ^_lol

    Reply

  7. saffa January 6th, 2010 at 11:33 am

    Ada ada.. Tapi lambat lagi lah.. Huhuu..

    Reply

  8. blowie January 5th, 2010 at 2:42 am

    sungguh tak ku sangka! Hahahaha.

    Saffa mmg terbaik,pandai pusinggg. ekekeke
    ehh blogger tee warna putih tu ade lagi size M eh?

    tolak RM20 je ar :P

    Reply

  9. saffa January 6th, 2010 at 11:33 am

    Sorry. Ada dua jer. Loq dah amik satu. Satu lagi kawan Saffa dah reserved. =)

    Reply

  10. en_me January 5th, 2010 at 9:49 am

    ghitewww..

    Reply

  11. Roslan January 5th, 2010 at 11:46 pm

    bagus2..nice!

    Reply

  12. nono January 6th, 2010 at 3:16 am

    aritu kak nono nak komen xley.. tu la komen kat cbox je..

    seronok kak nono and rs terharu gak bila saffa cakap nak kak nono jadi photographer heee ;P

    Reply

  13. saffa January 6th, 2010 at 11:48 am

    =) Macam yang Saffa jawab tu, Saffa nak “kawan-kawan” Saffa yang jadi photographer Saffa! Kenapa nak cari yang lain bila memang dah ada dekat kita kan? Hehe..

    Reply

  14. Adila January 6th, 2010 at 5:27 am

    alaa.. xsmpat nak tanya.. haha ^_lol

    Reply

  15. saffa January 6th, 2010 at 11:49 am

    Hahaha. Next time~ Lupa plak! Saffa nak Kak Adila jadi photographer wedding saffa juga! Haha.. (Refer soalan Kak Nono)

    Reply

  16. saeko January 9th, 2010 at 10:06 pm

    errr..saffa ader lagi x blogger tee aper2 size??

    Reply

  17. saffa January 14th, 2010 at 1:36 pm

    Errmm. XL.

    Reply

  18. kamalia January 19th, 2010 at 2:32 pm

    hi saffa,

    pse adv me bp lame br dpt item after the order – all white colour

    rgds/ thks

    Reply