
Day 13 – A Fictional Book
Boleh tak nak citer pasal novel Pride & Prejudice? Boleh tak boleh tak? Hahaha..
Okay okay. Tak tak.. So. Great Expectations. Tom Sawyer. The Woman In White. Sherlock Holmes. Oliver Twist. David Copperfield. A Little Princess.. or The Secret Garden.. Rebecca of Sunnybrook Farm. Anne of Green Gables..
Haish. Tak suka betul lah bila kena pilih nih… T__T

Apa kes tiba-tiba Lagenda Budak Setan ni pulak?
Sebab terbaca twit Lisa! Trailer Lagenda Budak Setan is out!
Sinopsis Lagenda Budak Setan (Spoiler!)
Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.
Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.
Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.
Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.
Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.
Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.
Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.
Source: Sinema
Bila Filem ni di tayang kan? Tak tau lagi!
Arg. Sumpah Saffa agak kecewa Farid Kamil jadi Kasyah.. Erk!? Entah lah. Dont be quick to judge! Okayy. Yang tak puas hati.. Kenapa zaman sekolah menengah tukar jadi kolej? Nandeska!?
Apa-apa pun.. Tengok daripada trailer ni.. Macam WOOAAHHH! Not bad.
Cant wait to see it!
Related Posts
Tags: 30 days project, A Fictional Book, Day 12, Lagenda Budak Setan
11 Responses to “Day 13 – A Fictional Book”



oooo,macam nak pg cari satu je.hehhe
Reply
Cari apa?
Reply
cam bes je..tgk plakon sume hebat2 :D
Reply
haha, dah lama tak baca novel LBS tu, tak ingat sgt dah jln cite dia. hmm. typical kn? farid kamil lisa surihani. tapi takpe, sbb promo mcm best! :D
Reply
Tak sabar giler nak tengok! Tapi macam lambat lagi jer.. Sebab trailer dia baru keluar. =.=”
Reply
tengok trailer…cinematografi cam best jer..
Reply
da baca da novel citer niey..
mmg best la..
xsabar nk tngk movie lak..
Reply
mmg feel giler cite nie…
Reply
heeeeeee
Reply
citer niyh msty bect sdiy an ,tgk ye nye iklan un da ase ye nye sdiyy ..aha ..pape un ,im waiting 4 this filem ..3 jun yuhh !
Reply
best gleeeeee…..
Reply