
10 Sebab Kenapa Sekolah Asrama Penuh BEST GILER
Tak kira tak kira. Sekolah Asrama jugak yang best! Hahahaha.. Okay okay.. Tak der lah. Setiap jenis sekolah ada kelebihan dia yang tersendiri. TAPI Saffa lebih berpihak pada Sekolah Asrama Penuh lah.
Ceyh.. Duduk Sekolah Asrama Penuh 2 tahun jer dah boleh ‘murtad’ daripada Sekolah Harian.. Hehe..
Bagi sesetengah orang, terang-terang dekat muka dia ada perkata ‘NO’ bila dengar Sekolah Asrama Penuh. Macam Loq. =.=” Alasan; Tak boleh blogging nanti… Isk isk..
Sebenarnya, sejak Saffa sekolah rendah. Saffa memang dah ada sangat angan-angan nak masuk Sekolah Asrama Penuh.
Pengaruh buku cerita lah ni. Hahaha.Buku siri apa ntah. Ala.. buku yang yang adventure budak-budak tu. Macam ala-ala Enid Blyton tu. BTW, panjang giler tau! Kalau malas pun, baca jer point-point Saffa ni. =.=”
1. Bebas Daripada Kawalan Keluarga
Hahaha. Walaupun kitaorang suka giler cakap Sekolah kitaorang ni PENJARA. Tapi penjara ini lah yang akan membebaskan kita daripada kawalan keluarga. Tak ada dah “Adek, pergi lipat baju!” “Adek, malam-malam tengok TV.. Pergi tidur!” “Adek! Study!” “Adek Adek Adek… T_T”
Okay. Tak yah cakap bebas kawalan keluarga lepas tu boleh buat benda bukan-bukan. Itu bukan point yang BAIK!
2. Suasana Yang Berbeza (Lebih Pengalaman)
Saffa suka suasana Sekolah Asrama ni. Warden. Outing & Overnight Card. Terminal Bus. Outing. Prep. Spot check. Fly. Roll Call. HOMEROOM. Sumpah BEST giler (lepas dah lalui semua tu lah.. HAHAHA.. masa tu tak rasa best pun)
Bila kat Sekolah Asrama ni ah kita akan buat banyak benda gila-gila gak ah. Semata-mata tak nak pergi Tazkirah Jumaat, sanggup menyorok dalam loker. Nak sorok HP & Mp3 punya pasal (masa spot check), balut dalam plastic.. letak dalam bekas sabun basuh baju..
Nak keluar outing, tapi tak jumpa warden.. Hehehe.. Kita palsukan tandatangan warden tu!
Oh ya, Saffa sangat bersyukur kat MRSM ni Saffa dah didedahkan dengan Sistem GPA;CGPA/Pointer. Takder No 1, 2, 3 etc.. Tapi macam system kat Universiti. Ada assignment, kuiz, mid term and final exam.
3. Lebih Glamer
“Sekolah lagi? Belajar kat mana?” “Sekolah kat rumah jer. Sekolah XXX.”
“Sekolah lagi? Belajar kat mana?” “Kat Sekolah Asrama YYYY” “Oo.. Mesti Pandai ni” *lepas tu mak bapak menyampuk bla bla bla*
Ceyh. Padahal kat Sekolah Asrama tu dapat nombor satu dari belakang. Hahaha..
4. Penuh Dengan Aktiviti ‘Menarik’
Boleh dikatakan aktiviti menarik ni merangkumi jugak lah point no 2 tadi.
Antara apa yang menarik bagi Saffa adalah ‘memori’ minggu orientasi. Kena roll call sampai pukul 1 – 2 pagi. Lepas tu tak abis-abis dengan “Dalam kiraan 10, clearkan blok asrama sekarang. 10 9 8…”
Dekat MRSM, kitaorang ada Minggu Aktiviti. For this one whole week, tak belajar langsung. Tapi penuh dengan ceramah, pertandingan itu ini antara kelas/homeroom, pameran, teater (pementasan drama), pasar malam (versi pelajar) dan makan malam (malam muhibbah).
Dekat MRSM jugak (macam promote MRSM je lebih. Hahaha..), kitaorang ada Project SEM Type 3. Ada kategori Biologi, Physic, Chemistry, Kajian, Seni, Reka Cipta etc.. Budak genius confirm akan manfaat peluang ni. Dapat pergi luar negara weyh kalau menang! Mula-mula peringkat sekolah jer, lepas tu bertanding seluruh MRSM, lepas tu seluruh dunia.. Apa eyk nama competition tu? Lupa dah.
Masa Batch Saffa, ada 10 pelajar yang dipilih untuk pergi UK, buat pameran dekat sekolah-sekolah UK. Jealous giler weyh!
5. Kawan-kawan Dari Merata Tempat
“Oghe Kelate” “Ganu kito” “Penang” “Apsal tak habaq?” Meriah meriah! Waktu cuti jer mesti ada jer “datang lah umah aku”.. “Nanti kalau kau datang Terengganu, jangan lupa contact aku.” “Nanti kalau kau datang KL, Saffa bawak pergi jalan-jalan eyh. Tidur rumah saffa!”
Dulu excited jer lebih bincang dengan kawan-kawan sebilik nak datang rumah lah, pergi jalan-jalan. Lepas tu.. tak jadi. =_=”
Untung bila dah ada kawan daripada merata tempat ni. Macam Saffa dengan kawan Saffa, Aisyah. Masa Saffa kat Kuantan dulu. Selalu sangat Saffa balik rumah dia dekat Kuantan tu waktu hujung minggu. Sekarang ni, dia belajar dekat Shah Alam, giliran dia pulak datang rumah Saffa kalau ada apa-apa / bukak puasa etc..
6. Consultation
Bagi pelajar yang memang CEMERLANG, waktu rehat jer jumpa Cikgu. Waktu prep pun sibuk nak buat kelas tambahan dengan Cikgu. Hujung minggu pun sibuk pergi ketuk pintu rumah Cikgu. Kalau Cikgu tak bagi homework, sibuk minta kertas soalan tambahan, sibuk nak contoh kertas pelajar cemerlang.
Sumpah Saffa cultural shock tengok perangai pelajar-pelajar cemerlang nih. Hahaha.. Tapi Saffa rasa ini lah yang untungnya duduk kat Sekolah Asrama. Cikgu sentiasa ada untuk pelajar-pelajar dia buat consultation.
7. Peluang Untuk Ke Luar Negara/Scholarship
INI POINT PALING PENTING KENAPA MESTI MASUK SEKOLAH ASRAMA. Sekolah Asrama menawarkan lebih banyak peluang tajaan untuk ke luar negara. Berdasarkan result trial SPM jer dah boleh sambung belajar. Tak payah tunggu keputusan SPM.
Sekarang ni, budak sekolah Saffa ada tercampak kat US, UK, Mesir dan Korea. Kita ni? Masih sibuk nak apply PTPTN.. sibuk nak cari scholarship. T__T
8. Lebih Disayangi
Okay. Point tak boleh blah. Hahaha.. Budak Sekolah Asrama ni kalau balik jer, “Mak teringin nak makan Ketam Masak Cili lah” “Ayah, nak pergi KLCC boleh tak? Dah lama tak keluar..” SEMUA APPROVE!
Kalau Saffa, lepas masuk jer dalam kereta (Mak Ayah datang amik ; balik cuti).. “Jom, nak pergi makan Sup Ekor?” Isk isk. Macam tau tau jer anak dia ni kebulur kat Asrama tuh. Haha..
Bila nak balik Asrama plak, penuh dengan bekal makanan. Hahaha.
9. Bantuan Akademik
Kalau dekat MRSM ni, Saffa suka betul bila ada Program Mentor Mentee ni (untuk subjek Fizik & Kimia). Pelajar-pelajar cemerlang akan jadi tutor bagi 3-4 orang pelajar. Macam study group. Kalau ada masalah jer, cari jer mentor kita nih. Pagi petang malam. Dengan rela hati (kowt) Mentor kita ni akan sedia nak bagi bantuan.
Pelajar-pelajar yang agak lemah pula akan ada kelas tambahan selain daripada Program Mentor Mentee. Saffa tak pasti macam mana suasana dekat sekolah lain masa nak dekat SPM, tapi. Dekat sekolah Saffa, semua pelajar akan belajar dalam dewan sekolah.
Akan ada penceramah dari luar. Cikgu-cikgu pula akan berkeliaran dalam dewan tu. Kalau ada masalah, angkat jer tangan. Cikgu akan datang. Dalam dewan tu dia memang dah susun kerusi meja macam belajar dalam kumpulan.
Selain tu, FULAMAK… Bertimbun kertas soalan daripada sekolah luar. Buat. Bincang. Kemudian Cikgu akan bagi jawapan dan cara-cara nak jawab soalan tu. Kalau lah ada program kitar semula.. Boleh menang kowt (nak cakap betapa banyaknyer kertas soalan yang kitaorang dapat)! =.=”
10. Ganjaran Ganjaran Bagi Pelajar Cemerlang
Fine, Pelajar Cemerlang (3.5 above) akan dapat perhatian Cikgu. Dapat kertas soalan tambahan lebih. Dapat keutamaan skema soalan. Dapat Dean List. Certificates. Dapat “Majlis Makan Malam”. Dapat pergi hotel untuk Program Mentor. Dapat duit; hadiah. Interview scholarship.
Ini macam satu err.. dorongan untuk kita jadi lebih baik tau. Sumpah rugi giler kalau tak manfaatkan ganjaran-ganjaran ni semua.
Okay. I’m done. Ada apa-apa nak tambah?
**Setiap orang ada ‘takdir’ dia yang tersendiri. Percaya lah apa yang kita dah alami adalah yang terbaik untuk kita. Bukan semua orang patut masuk Sekolah Asrama. Mungkin bagi sesetengah orang, Sekolah Harian lebih sesuai dengan diri dia. Sekolah Asrama ni tak semuanya elok. Ada cacat cela dia yang tersendiri.
Point Saffa kat sini, kalau lah dapat Sekolah Asrama.. Jangan terburu-buru nak tolak. Rasa dulu macam mana. Kalau rasa “CANNOT GO LAH”.. Keluar je lah. Apa susah? Kalau ada peluang untuk apply sekolah asrama, apply tau. APPLY TAU!
Percayalah, kehidupan kat Sekolah Asrama ni.. Tak sama dengan masa dekat hostel Universiti. Biarpun banyak giler kenangan yang pahit sangat. Saffa rasa, Saffa tak rugi apa-apa pun. Sebab semua tu adalah PENGAJARAN. Lagi satu, Cikgu Saffa pernah cakap, kawan-kawan masa Form 4 – 5 lah yang kita akan selalu ingat. Dan Yup. Memang betul.
Cepat! Siapa sokong Saffa? =) Hahaha..
Related Posts
Tags: Hostel Life, MRSM Kuantan, Pelajar Asrama, Sekolah Berasrama Penuh
68 Responses to “10 Sebab Kenapa Sekolah Asrama Penuh BEST GILER”


ak sokong ko 118 peratus..haha
sume point ko ak sapot..
point ke 9 tak leh blah..hehe
sape yg x pernah duk asrama mmg rugi..
ak duk 5 taun skola asrama..
nasib bek skola ag..
dpt la duk surau slalu..
skang?kekdg je..huhu
tapi stud lebih better duk asrama..
member2 rmi kite leh tnye..
kepada adik2 sume..
masuk la asrama sbb korg akn lebih direspek nt?yeke?
Reply
sokong sgt ! ade mak homeroom y best! kawan ramai.and point y no 7 tu frz sokong sgt:) tp kne study rajin2 jugak la. result tak keluar pun da leh apply g oversea.advantage la kn.
Reply
Yup! Kena lah berusaha kalau nak tajaan tu. Tajaan luar negara tu memang advantage no 1 kalau masuk sekolah asrama ni. Saffa rasa rugi sangat kalau ada pelajar cemerlang yang tak dapat exposure mengenai tajaan ni kan?
Reply
saya ex-sekolah teknik (sekolah berasrama juga)~ semua yang saffa nyatakan tu ada kecuali yang nombor 7. pendedahan untuk pergi/ sambung belajar kat luar negara tu tak ada… sampai saya masuk Universiti, barulah tahu pasal belajar diluar negara dan sebagainya.
jadi kepada sesiapa yg target nak sambung belajar kat luar negara tuh, memang patutlah masuk sekolah berasrama penuh dulu. sebab saya lihat kawan2 yg dari sekolah asrama penuh memang mempunyai ‘kesedaran’ dan pendedahan yang lebih luas utk belajar di luar negara berbanding rakan2 yg dari sekolah teknik. jangan lepaskan peluang yg ada… ok..
Reply
Yup. Pelajar asrama ni (kebanyakkannya) banyak sangat dapat peluang. Dah masuk U, lagi tinggi requirement nak dapatkan tajaan etc. Memang rugi lah sesiapa yang tak nak Sekolah Asrama ni.
Reply
yeah!!agree2!200%.
SBP ngan MRSM tak jauh beza pon..
long life hostel life!haha
Reply
ive been into both sbp and mrsm. not much different between them. in fact, i love to be in both!!! miss all the memoriess.. OMG.kalo la boleh balik ke zaman sekolah.cool gilaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply
Beb, setuju 100 peratus ngan post nie.. terutama skali point no.8.. haha, ader skali tue, aku mintak sluar jeans, alasan dah lama x bli baju.. skali dapat yang dekat RM200 XD
Reply
sokong sekolah asrama! pas abis sekolah mak ayah pun dah x risau kite nk bljr kat mane sbab diorg dah tau kite dah pndai berdikari pas 5 tahun kat asrama.
Reply
Yup! Betul tu.. Kurang sikit tekanan daripada Mak Ayah bila kita pergi belajar jauh dari rumah atau nak join aktiviti luar etc, sebab dia tau kita ni dah tau berdikari.
Reply
nia sokong!
ceewah,macam menyesal ja tolak mrsm dulu.
2 kali dapat,tempat yg sama.
tapi dok asrama cluster pon ok jugak.
kaka!
Reply
sokong, duk asrama lagi best. bosan duk umah. bukan leh study pun. hehe
Reply
1. Bebas Daripada Kawalan Keluarga
Bagi loq la kan,masa dengan keluarga amat lah priceless.Hari-hari boleh tengok ibu bapa.Dapat pahala besar tu.Jangan pulak nak cakap duduk bawak ketiak ibu bapa.Bila dengan keluarga,especially parents.Dapat tolong diorang.Diorang susah,diorang sakit.Kita juga yang akan ambil berat.Kita jugak yg akan jage diorang.
2. Suasana Yang Berbeza (Lebih Pengalaman),4. Penuh Dengan Aktiviti ‘Menarik’
Sekolah harian pun ape kurangnya.Lagi banyak masa kita untuk buat perkara2 yang kita suka.Duduk asrama boleh pergi RTW ke?Boleh ke pergi gig tiap2 minggu?Boleh tengok match dekat stadium ke?Boleh tengok 2 ke 3 movie dekat cinema satu hari ke?Dapat ke belajar SEO?XML?PHP?(bukan poyo,tapi itu hakikat)Main game online?haha.What a life man.
3. Lebih Glamer
Glamer kadang2 akan menyebabkan pelajar sekolah tersebut berasa riak.Loq ade dah ramai kawan2 yg sambung MRSM/SBP.Overall pandang kat loq ni macam sampah je.Yeah,this is fact.Frankly speaking beb.Peduli apa dengan glamer dengan nama sekolah.MRSM apa ka,SPB mana ka.Itu tak perlu.Cuba je tengok.Banyak pelajar SPM top setiap tahun.Bukannya lahir dari mrsm atau sbp.Kebanyakannya dari sekolah harian biasa je.hehe
7. Peluang Untuk Ke Luar Negara/Scholarship]
Itu memang tak dapat dinafikan.Tapi bagi loq yang tak de cita2 nak keluar negara memang tak mengharapkan scolarship overseas.Kesimpulan untuk point ini,belajar sungguh2.Dapat results cemerlang.Semua orang berpeluang dapat ke scolarship.Tapi kalau dapat scorlarship di atas tiket MRSM/SBP ke,memang tak berbaloi2(bak kate myspy.haha)
8. Lebih Disayangi
Itu loq tak setuju.Sebenarnya tak kira duk asrama ataupun sekolah harian biasa.Semua sama.Ibu bapa memang bagi 100& kasih sayang tidak kira pandai atau tidak sesorang anak itu.
9. Bantuan Akademik
Itu senang je.Cikgu2 sekolah harian biasa pun ok.Banyak yang suka tolong.Same je macam cikgu MRSM/SBO sebenarnya.Sayang murid.Nak majukan anak murid.Tak cukup cikgu yang ada di sekolah.Boleh ke tuisyen.Kawan2 pun sporting.Study same2.Tak kira dalam atau luar sekolah.
10. Ganjaran Ganjaran Bagi Pelajar Cemerlang
Soalan bocor?oh nooooo
Ape2 pun.Mana2 kita study.Ada pro.Ada kontranya.Loq happy dengan study di sekolah harian biasa.
p/s: Ini komen sekali type sebab nak rush.hahapanjang siot komennn.. ^_lol
Reply
Okay. Saffa respek pandangan Loq. Cuma nak komen satu perkara jer.
Loq mesti tau media ni suka gembar gembur kan berita.. Pelajar SPM yang Top, dia tak pernah nak amik kira pelajar dari sekolah asrama, sebab persepsi orang terhadap budak sekolah asrama ni memang budak pandai. Tiada apa yang menarik.
Plus budak sekolah asrama ni tak dibenarkan/digalakkan amik banyak-banyak subjek. Supaya tumpukan lebih perhatian pada subjek yang sepatutnya sahaja.
Reply
@samanosuke sebenarnya,parents bro tu memang sayangkan bro tu.
Reply
sumpah rindu MRSM KUANTAN!! kalo suruh pilih sekolah gov or mrsm, i rather choose mrsm.. rindu sgt2!!
)
duduk asrama sgt best, experience berlmbk.. mmg btol pon, kwn2 form4 n form 5 la yg byk kita ingt. especially saffa. ecece
btw, lawa pic.. haha.. mcm knal org tuh
Reply
secara jujur, sehingga daftar kat Asrama, saya tak pernah tahu kewujudan sekolah berasrama.
sekian.
Reply
hahaha. memang best asrama penuh. sekolah paeh semua laki. kalo ada ppuan pun form 6. bila form 6 keluar rehat aje. semua bising2. *geng2 paeh la tu*. hahaha.
pastu kami nakal gila dengan warden. ada satu malam, wareden datang round nek moto. berenti kt dpn koridor asrama. semua kua. pastu main kejar2 dgn warden tuu.. pastu ada mmber tu amik kunci moto warden tu bawak lari. lagi ngamuk laa…
dewan makan lak. dorg dah tau menu ape tetiap hari. bila xsedap dewan makan kosong aje. bila lauk sedap, sampai xckup lauk tu. *amik lebih*.
byk r pengalaman menarik. fly, gadoh dgn batch lain. mmg xsenonoh budak2 laki nii… yg plg berani dorg umpan toyol dgn kacang hijau. yg tu paeh tak tgk lak. dgr dorg bsing2 aje. hahaha
Reply
Banyakkkaaannn memori Sekolah Asrama nih! Kitaorang tak tau menu dewan makan. Yang pasti tengah hari jumaat, makan nasi ayam. Yang lain macam unexpected sikit. Tapi biasanya kalau lauk ayam, memang kecoh ah satu hostel. Ntah pa pe je. Huhu..
Reply
Minggu aktiviti akan menjadi sangat best jika takde ceramah tu sume.. hehe.. sepanjang duk MRSM, sekali je minggu aktiviti yang betul2 ada aktiviti.
salah satu pertandingan yang gi kat luar negara ialah Intel-ISEF~
Reply
Ye ke? Because adik baru habis pmr, tengah consider nak mauk mrsm ke tak.
Kalau dari segi ko-kurikulum, dia aktif tak?
Reply
Macam ni lah, apa-apa pun.. Better masuk. Kalau rasa tak sesuai. Drop lah dari MRSM. =)
Ko Kurikulum kat sana memang aktif sebab itu adalah salah satu requirement untuk ‘grad’..
Reply
hai saffa. rasanya mcm x penah komen kt blog ni. hehe tp setuju sangat2 apa saffa cakap tu. pastu skang dah masuk u, asek teringat2 je nak balik hostel kat sekolah walaupun dulu gedik je nak balik je keje. hehe.
btw, to Ellya, bg saya, baik masuk je. peluang bukan datang banyak kali. orang lain nak pegi tapi tak dapat, bila dah dapat tak pegi ,rugi la.
dari segi kokurikulum jgn risau, aktif je. tak semestinya study je kat asrama.. =)
Reply
Apa-apa pun.. Sekolah Asrama memang akan kekal dalam ingatan kita. Sebab itu rumah pertama kita kat dunia luar.. Bayangkan kita masuk Asrama tu tanpa apa-apa expection etc.. Kemudian macam-macam benda kita alami kan.. =)
Yup! Bukan semua Asrama ni STUUUDDYY jer.. Huhu..
Reply
salam…akak…haeda nak tnyeerr…emmm semua mrsm selaras eyk??? ^_regular
Reply
Yup. Sistem dia memang selaras. Macam Exam. Scholarship. Jadual aktiviti tahunan etc. Yang berbeza mungkin macam program, cara dilaksanakan..
Reply
yeah..absolutely..i agree with u
when I got 5A then berangan nk masuk SBP
tp tak dapat…but this year..pmr
so i’ll try my best..sbb nak sgt sgt sgt sgt sgt masuk sekolah asrama..esp SERATAS…saya x ske sekolah harian sbb tiap2 tahun jumpa muka yg sama..meluat…
hopefully dpt masuk sekolah asrama next year..amin.
Reply
InsyaAllah.. Amin.. =)
Reply
Erm…saya ex-SBP. Dulu saya sekolah dekat Sciene Pasir Puteh, Kelantan. Tapi saya stay dekat KL. Kenangan dengan sekolah asrama ni memang tak boleh luper.
Reply
saya adalah student form 1 di sebuah sekolah asrama penuh sbp.saya ada kembar dan dia dapat mrsm. jadi kami kena bpisah..kt sekolah saya selalu teringat kt kmbar saya smpai takleh nak focus..ditambah pula tekanan oleh rakan2..saya rasa sgt sedih sbb terima tawaran..ayah saya dah ejas masuk mrsm tapi tak dapat…
Reply
Saffa, serious weyh.Damn missin y’all guys so much.And for sure, touched kowt time blog citing neyh..Aku rasa aku dh cukup well-known dengan tabiat membuta dlm class.Miss MJSC Kuantan!Tq Saffa for ths. ‘-)
Reply
Bagi saya tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.Saya sangat bersetuju dengan pendapat loq sebabnya sekolah asrama tidak mempunyai banyak hiburan yang boleh kita dapat berbanding dengan sekolah harian biasa.Memanglah kalau orang kata hiburan tu boleh melalaikan kita tapi bila tak dapat semua tu sebab sekolah kat asrama penuh kita akan berasa bosan sangat.Boleh outing pun hujung minggu je.Cuba kalau dok kat rumah hari-hari boleh keluar ke bandar.Dari segi pengalaman,apa yang kita boleh dapat daripada tinggal di kawasan asrama yang bapak bosan sangat.Kalau kat rumah kita boleh melayari internet,keluar dengan kawan-kawan,berbual,tengolk tv dan macam-macam lagi yang saya tak larat nak sebut kat sini.Sebenarnya apa yang saya nak katakan kat sini sekolah harian biasa walaupun dari segi akademik tapi kami boleh bertanyakan soalan kepada cikgu sebab kat mana saja cikgu sama sahaja.Lagipun,kami boleh mendapatkan khidmat tuisyen yang berlmbak kat bandar sana.Kalau kat mrsm,saya tengok setiap malam prep mesti bising,ini menunjukkan bahawa pelajarpelajar mrsm takde minat untuk belajar sentiasa supaya lebih bersedia untuk menghadapi pmr atau spm.Sumpah saya katakan kat mrsm prep bising sangat
Itu point yang pertama point yang kedua pulak,bagi saya bila tinggal kat asrama memungkinkan banyaknya berlaku kes kecurian dan tak langsung kes buli.Ini kerana semua pelajar sbp atau mrsm tinggal dalam satu komuniti yang mana membolehkan mereka berjumpa setiap hari.Jadi boleh dikatakan kes kecurian banyak berlaku.Dan banyak lagi keistimewaan tinggal di rumah Cuma fikir-fikirkanlah sendiri
Reply
Kertas karangan Bahasa Melayu: “Sekolah Harian Lebih Baik Daripada Sekolah Asrama”
Isi : Hiburan kurang. Kes Curi. Kes Buli.
Thank You very very much for you points. =) Well Done Radhi!
Reply
sya mmg bingung ya amat bila terasa x thu nak pilih Sek Cluster atau MRSM .. ! setiap satu ada kelebihan tersendiri ! sya mmg sgt1000x setuju dgn Loq ! tp kenyataan kak saffa tu pun ada jgak betulnya ! bila sya fikir pasal Sek Cluster :
1.sy rasa mgkin kenyataan num 2 dan 4 tu btul sgt ! boleh outing ngn kawan2 ! mmg law kat rumah pun boleh outing tpi nnti ada sja lah yg membebel..
2. boleh berdikari ! nnti kat u tak de ah susah !
bila sy fikir MRSM plak :
1.sy rasa mgkin susah nak study bab dak2 kat situ pro ! susah nak study ngn kawan2 takut bersembang.. law kat umah kan senang duduk lam bilik study jew tnpa ganguan !
2. ini pling sya takut MAKANAN !! ops sy nyata kan makanan yg sy x boleh makan bkn alergik tpi TAK suka n sy boleh MUNTAH !
- sotong
- ikan
- sardin
- sayur
- telur
~ tolong nyatakan apakah pilihan yg pling bijak ~
Reply
In my own opinion kan, better Puteri pergi. TRY dulu. Kalau dah try adapt tapi tak boleh jugak, balik lah semula kat sekolah lama.
Akak sedar bukan semua orang boleh duduk kat tempat orang. Susah. Akak pun pernah menangis sebab pressure. Tapi Akak tekad nak teruskan jugak duduk kat MRSM tu. Alhamdulillah. That’s the best decision I ever made.
Pasal study tu, kat MRSM ada satu sistem, setiap petang pukul 3.15-4.30 and 9.00-10.45 ni adalah waktu PREP. Students wajib ada dalam kelas. Study. Tak boleh ada dalam bilik. Tak boleh riadah. Tapi, kalau dah senior tu, memang bebas sikit lah drpd peraturan ni. Ikut MRSM jugak lah, ada yang strict, ada yang tak.
BTW, Why not masa ni, Puteri pergi Library and study sorang2. Habis cerita! Huhu..
Makanan. Haha. Akak dah banyak kali menangis sebab makanan. Dapat ikan mentah. Tgh2 lapar, tapi lauk tak best / lauk kecik etc. Alaaa. Ada cafe kan? Makan jer kat cafe kalau tak suka makanan MRSM tu.
Akak dulu MRSM Kuantan, so tak banyak sgt masalah makanan sbb Cafe best and kadang2 order McD / beli makanan kat luar. Sbb MRSM Kuantan ni dekat dalam kawasan perumahan.
Conclusion? PERGI & TRY. Tak salah mencuba. At least you know. Bincang dengan parents. Cakap pasal apa yang Puteti risau kan and cuba dapatkan sokongan drpd parents Puteri. Try cakap, IF Puteri mmg tak boleh duduk kat Sekolah Asrama, boleh tak nak keluar.. Huhu..
Daripada Puteri tertanya-tanya and terfikir “KALAU LAH AKU PERGI MRSM” 2-3 tahun akan datang.
thanks kak saffa !! sbab bg bnyak suportive !!
insyaAllah sya akan pergi ke MRSM.. tq very EXTRA muchhh !! huhuuh…
Reply
Welcome!
Nnt kalau ada masalah apa2, feel free to email me at saffawati@gmail.com.
Reply
kak saffa.., sye mmg de angn2 na msok sbp.. sye da mhon sbp n teknik.. skg ni sye nga pker.. lw sye amek sbp, sye kne troskan amek pure sains.., pdhal sye mmg ‘hate sains’ gler! tkot t ta bleh bawak.. law sye amek teknik, sye dpt study math.. plus sye ni mmg hntu math.. huhu.. sye mmg konfius skg ni.. na pleh, math or sains? doc or engineer? kak saffa ley bg pndpt ta??
Reply
If Aida ada niat nak amik Doctor, obviously kena amik aliran Science. Engineering plak perlukan Physic, Chemistry & Add Math. So, Aliran science is the best for you. Tak cuba tak tau. If you work hard for it. InsyaAllah. Kalau Aida berusaha, mesti boleh punya.
Akak dulu benci gila Add Math, asyik FAIL okayy. The best akak pernah dapat for Add Math is D. 40+. Average score tak pernah lebih 30. Selalu belas and 20+ jer. Tapi, alhamdulillah masa dekat trial & SPM tu akak pulun habis2, masa SPM dapat A2.
Conclusionnya, effort never betray you. Cuba ‘sayang’ pada science. Bila masuk Form 4. Everything will be NEW, take this chance to start you life all over again. All Form 1 till Form 3 tu dah tak ada kaitan langsung dengan Form 4 – Form 5 sangat.
Reply
thnx akak! sye slalu dgr gak add math mmg payah na skore.. dak2 skola sye pon plg tggi ley capai 52 jea.. ckgu2 pon ckp ssh.. sye cume cuak jea na amek sains.. hehe.. ta tawu lah knape.. da bape kali na study sains tu btol2.. tp mmg payah! plg high pon sye pnh dpt 70.. tp lw akak cm tu, i’ll try my best!
Reply
Sebenarnya, belajar ni banyak berkait dengan mentaliti. Bila kita asyik fikir susah susah tak suka tak suka. Memang susah lah nak masuk otak. Sebab kita asyik fikir benda lain, jadi otak kita tolak apa yang kita cuba study tu. Tapi, bila kita have fun masa study, senang jer. Aida hanya perlu cari keseronokan belajar subjek sains / add math, tu jer. All the best kyh! =)
okey kak!! thnx yea!! :b
Reply
Salam. Wah banyak point dan best sangat! Saya baru habes PMR, alhamdulillah dapat 8A 1C. Sekarang tunggu result permohonan huhue
Kalau nak balas balaslah kat blog kita
Reply
Kurang setuju dengan Loq
Saya merupakan pelajar sekolah asrama.(MRSM KUANTAN FORM 5 2011)
1. Bebas Daripada Kawalan Keluarga
Sebenarnya bila ak msuk Asrama baru ak belajar hargai ibu-bapa aku sket. Klau dulu aku biadap sket tp skrg hormat ibu bapak ak. Tu semua asrama yang ajar ak. Bile ak tgk adek ak yg tak pegi asrama, baru ak sedar yang dia tu kurang ajar cam ak dulu. Kesimpulannya asrama yang ajar ak lebih respect, sayang, dgn orang tua.
2. Suasana Yang Berbeza (Lebih Pengalaman),4. Penuh Dengan Aktiviti ‘Menarik’
Kt dlm MRSM kuantan ada CC. Nak main online game boleh aja. Siap main geng dgn kwn. Nak tgk movie? ECM dgn Megamall dkt je. Time outing tengokla puas-puas. Nak pegi mandi pantai pon boleh, Telok Cempedak depan tu je.
3. Lebih Glamer
Takde rase riak cam loq pikir. Biasa2 je. Skola harian yg top2 tu kat sabah n sarawak tu plajar chine tp tu pencapai individu. Klau pencapai sekolah, asrama lagi top. Tak caye cek ni
http://blog.limkitsiang.com/2010/03/12/top-10-students-and-top-10-schools-in-spm-2009-a-slap-in-the-face-to-muhyiddin%E2%80%99s-list-of-high-performance-schools/
7. Peluang Untuk Ke Luar Negara/Scholarship
Peluang mmg tinggi utk pegi luar negara. Kwn saya, kt sekolah dah pegi luar negara (form 4-5). Dua org pegi Azerbaijan (projek sains), dua org pegi Texas ( ISWEEP projek sains gak) dan tiga orang pegi Japan (pertukaran belajar). Taun lepas ada pegi korea.(robotic). Tu baru mase skolah. Ada sorg bdk MRSM AG dpt pegi university oxford kot (top 50 university seluruh dunia). Bukan tu je, ex MRSM kuantan banyak yg bejaya tau, Datuk Kamarudin Meranun (co-founder of Tune Group), Dato’ Seri Mohammed Shazalli Ramly (CEO celcom). Roslan Aziz (Pengetua AF6) tu semua ex MRSM Kuantan tau.
8. Lebih Disayangi
Loq tak setuju sbb Loq tak penah rase. Mmg ade beza. Tak caya tanya budak yg pegi asrama.
9. Bantuan Akademik
Kat asrama banyak budak pandai2. Lg banyak Mentor(org yg boleh ajar) Sye pon tekejot gat tgk cara bebudak asrama belajar memula, lama2 terpengaruh jugak. Semua rajin2. Yg malas tu ada, tp sket je la.
10. Ganjaran Ganjaran Bagi Pelajar Cemerlang
Soalan bocor kat skolah harian pon ada. Tp skolah biasa kene mohon trough biasiswa JPA. Payah sket la sbb koko dgn akedemik kene top dua2, kene bersaing dgn bejuta org. Klau budak Mara, skolaship mara akan diberi keutamaan kepada bebudak MRSM dulu.
(no 11 ke atas ialah tambah sendri)
11. Rohani
Sebelom masuk asrama, ada kwn ak kte msuk asrama nie rohani kurang. Tp ak rse sbenarnya dia salah sebab tiap2 hari pegi masjid, tiap2 hari baca al-quran. Sembahyang pon tak tinggal (kt rumah kdg2 tetinggal). Pegi asrama ni secara tidak langsung mendekatkan diri kepada agama tau.
12. Peluang
Kt asrama mmg byk peluang, nk wakil skolah senang je. Nak dapat jawatan mmg senang. Terutama MRSM kuantan la, pelajar sket. Klau sekolah biasa tak merasa la nak wakil sekolah, pegang jawatan apa2 sbb persaingan terlalu kuat.
13. Kawan
Kt asrama mmg banyak kawan. Sebelum masuk asrama, begaul dgn kwn kelas yg dkat2 je, tp klau asrama satu batch kenal.
14. Facilities
Kt asrama mmg lagi baik. Ade dua court basketball, court futsal, court tennis, court takraw, court bola tampar dua meje pimpong dgn padang untuk Rugby,bola n bola jaring. Ade dewan berekon. Perhimpunan ada ekon beb.
15. Pengalaman
Pengalaman fly (panjat pagar, lari dari polis,thrill gile)
Pengalaman lari dari cikgu (menyorok dalam loker,bawah katil)
Pengalaman kene roll call (kene bantai)
Pengalaman buat roll call (sound org )
Pengalaman makan makanan dewan selera(kenangan istimewa nie)
Semua tu ada kt Asrama je.
Kesimpulannya, asrama nie mmg pengalaman istimewa la. Masuk la asrama klau ada peluang. Terutama MRSM Kuantan. MRSM paling best. Sebab apa?
1. Dekat bandar (fly mmg bestla)
2. Boleh order Pizza Hut dgn McDonald
3. Boleh tengok wayang
4. Ada CC dalam maktab. (Boleh Main DoTA 5 on 5 dgn member)
5. Pelakar siket (Senang wakil sekolah, senang dpt jawatan)
6. Dekat ngan pantai (jalan kaki sepuloh minit dah sampai)
byk lagi yg ak mls nak sebot.
Sebenarnya skola harian dgn skola asrama tak perlu diperdebatkan sbb setiap org ada taste masing-masing. Dua2 pon ade kelebihan.
Reply
MRSM Kuantan memang THE BEST MRSM due to the reasons that you listed above!
Rindunya Cikgu2 kat MRSM kuantan. :/
Reply
mrsm kuantan skrang xdek roll call tapi ada morning call n evening call … SETIAP HARI !!… BOSAN
Reply
Setiap hari memang ada Morning Call. Dah ada Evening Call plak? LOL. Great! Haha.
Reply
sekarng da bitara… tpi budak mrsm tu kebyakan x bitara pon
Reply
I’m a student of SAMURA. tahun ni form 4 so baru lagi duduk asrama. dulu form 1 duduk lah sebulan kat STF lepastu keluar sebab homesick
then masa form 4 ni dari bulan 2 haritu till now saya still tak boleh nak catch up study. is it normal for students yang baru duduk asrama?
Reply
Are you the one who add me on my FB?
I can not say whether it is normal or not. But, Akak dulu pun macam tu. Susah nak adjust dengan persekitaran asrama, asyik tertidur dalam kelas and tak dapat catch up dengan study, tak boleh nak concentrate. I even cried and was called to bilik HEP sebab parents datang, risau pasal Akak. But Akak memang nak sangat duduk kat MRSM tu, so, I stayed and Alhamdulillah, after a while, everything became fine to me. (:
Pasal susah nak catch up study tu bukan sebab Hanis tak boleh, but rasanya Hanis terganggu dengan Asrama ni, so tak boleh nak concentrate. Hanis boleh sebenarnya, but there must be something yang distract Hanis drpd untuk focus & faham subject tu. Bila balik bilik, Hanis try nak study, mesti tak dapat kan?
Pasal study tu, you seriously need a really big help. Masa awal-awal ni lah yang penting, apa yang kita belajar masa awal-awal Form 4 ni adalah basic for the rest of Form 4 & 5. Terutamanya sciences subjects mcm Physic, Chemistry and even Add Math. Make a move, belajar daripada kawan yang pandai or mintak tolong dari cikgu.
Jangan jadi macam Akak, I had a lot of troubles but refuse to seek any help. Akak try belajar sendiri but I couldnt. In the end, susah nak catch up everything and I flunk my Physic and Add Math. Chemistry plak hardly pass. Luckily Form 5 tu Akak baru sedar and pulun habis-habisan untuk faham kan balik subjects2 tu semua and Alhamdulillah SPM pass with flying colors.
Gunakan peluang duduk asrama ni untuk cari kawan yang pandai dalam certain subject and beranikan diri berkawan dengan dyeorg and mintak tolong. Salah satu silap Akak dulu is malu nak mintak tolong orang ajar, padahal masa Form 5 tu baru Akak sedar betapa baiknya student2 yang pandai ni. Dyeorg willing to share.
Reply
thank you so much akak
! i’ll try ikut semua yang akak cakap. lagipun kalau keluar lagi tahun ni, it must be a big loss as my mom always say. tak semua orang dapat second chance. sometimes saya rasa macam tahun ni lah the worst tahun yang i ever had. kawan kawan kat sekolah harian biasa pon seem dah boleh ikut flow study tapi saya kat asrama SBP lagi still cem eh ape yang tengah belajar ni? apa benda ni? memang break down habis lah. tapi whatever it is pon, i’ll try my best ikut nasihat akak hihi. thx again! may Allah bless you.
Reply
Welcome! All the best to you Hanis. Remember, Honest effort (insyaAllah) will never betray you Hanis. So, work hard and harder. (: Kalau ada apa-apa masalah, feel free to talk to me.
BTW, dont push your self too hard, we cant change in just a blink of eyes. So, slow-slow.
Yup, it gonna be a big loss. BUT, if Hanis dah try and try tapi tak boleh jugak, mintak lah tukar dekat sekolah biasa balik. Cuz Akak ada kawan yang masa awal Form 5 switch masuk sekolah harian balik and alhamdulillah, he’s doing better at sekolah harian compared to kat sekolah asrama. But, at least he tried. So, takder lah dia rasa wasted ker apa. (:
salam…ak nk tanye bleh bg 10 isi utk bhs(skola asrama lbih baik), sbb ak masuk ptndingan bhs peringkat skola….:>)
Reply
1) Ada lebih banyak peluang untuk tajaan & scholarship. Fast track.
Suasana pembelajaran yang kondusif. Kurang distraction & gangguan luar. No TV. Not much ‘outing’.
2) Indiependent lifestyle. Pendedahan untuk hidup berdikari, manage masa sendiri etc. Kurang kejutan budaya bila masuk Universiti/Matrik.
3) Banyak aktiviti / projek anjuran sekolah atau asrama – Projek sains, exhibition, (MRSM) Minggu Aktiviti, Minggu Bahasa, Minggu Budaya etc.
4) Akademik. Kelas tambahan, tunjuk ajar dari kawan-kawan di luar masa kelas etc. Peluang pembelajaran luas, bukan hanya di dalam kelas semata-mata.
5) Lebih banyak perhatian. Sekolah harian biasanya ada 30-40+ pelajar. Sekolah asrama biasanya (bergantung pada sekolah), tidak melebihi 30 orang dalam satu kelas. MRSM maximum 25 students in a class.
6) Kawan-kawan daripada merata-rata tempat (seluruh Malaysia). Ramai kenalan.
7) Jadual yang teratur & terancang. Lebih berdisiplin (menyusun masa etc). Kehidupan lebih teratur. Ada masa untuk prep, riadah, usrah etc.
9) Mengurangkan kos / bebanan keluarga.
10) Kurang terdedah pada gejala-gejala sosial.
Reply
askum akak cmne nk qualified msok skolah asrama pnoh(mrsm)ni..?dulu da pnah apply mse fom 1 tp,xdpt pon..kte dpt 5a,tp,knape x d’aprove..sedey..ni taon dpn(fom4)igt nk apply lgi..tp,must dpt 8a laa opcos kan?..trial dy amek jugak x?(skrg tgh trial lah ni..hoho!) ;D akak must answer it okey tengss akak saffa!
Reply
Wsalam, Maaf. Akak pun tak pasti la. Sbb my result wasnt that great pun (PMR). Dapat 6A 2B. But alhamdulillah dapat masuk MRSM. But kawan akak yang dapat 8A. Co-cu pun mmg hebat. Tak dapat tawaran pun.
Ada orang cakap dyeorg tgk latar belakang family, dia akan utamakan orang susah, but ramai jer orang yang berpendapatan tinggi, dapat tawaran. So, tak berapa pasti.
Zafirah, if tak dapat tawaran. Buat rayuan untuk 2nd intake. Jangan putus asa. If tak dapat jugak. Just ingat, Allah has a better plan for you. (:
Reply
mmmm
Reply
Assalamualaikum kak Saffa.saya nak minta pendapat akak.saye ade minta sbp tetapi tak dpt hadir ke temuduga atas urusan tertentu so saye pohon mrsm dan Alhamdulillah saya baru sahaja dapat tahu saya terpilih ke sbp tersebut walaupun saye tidak mghadiri temuduga.Jadi skrg ni saye serabut otak nak pilih yg mane satu sbb dua2 ade kelebihan tersendiri,lagipun sbp tersebut ialah Kolej Tunku Kurshiah(p/s:sbp no.1 M’sia).Mrsm tu pula menawarkan kursus IGCSE(kursus khas utk English) dan mrsm tu juga ade hubungan dgn Cambridge,so budak2 yg cemerlang dpt pergi ke overseas sprti yg akak cakap.Saya harap akak dpt memberi pandangan akak.Sekian,terima kasih.
Reply
assalamualaikum..cik areh setuju sgt2 dengan list2 diatas tuh…kenangan manis pahit masam masin sume ade…honestly dulu kan..cik areh sgt2 la LAMPI(lambat pick up) mase kat MRSM kuantan tu…lemah sgt2..sbb ramai sgt budak2 pandai…mmg cik areh culture shocked time tuh…study mmg lintang pukang..pointer x pernah cecah 3(hihihi)….cik areh mmg byk main..byk join activity..byk berangan…end up,result SPM so so je…dapatlah smbg study even dalam negara je la…tp kan..dekat U..cik areh senang je adapt ngan new environment kat u…rase cam dah terbiasa dengan persekitaran tuh…so result pon alhamdulillah…sentiasa dapat dean’s list…even kat MRSM x pernah merasa lansung..even x pernah cecah 3 pon…haha! skang pon cik areh still lagi pikir..camne la dulu aku bengap sgt blaja kat MRSM…
but then..cik areh realized that…kita bukan belaja untuk akademik semata2…sahsiah diri..rohani jasmani sume ade…lengkap(but it depends on ourself lah) hehe… dulu kat MRSM kuantan..cik areh duk klas RC tau…klas reka cipta…klas yg sgt famous dikalangan student and cikgu2….ibaratnye macam dah kene cop kat dahi klas budak2 nakal…haha! tapi skang sume da jadi ORANG…mostly engineers…ade architect,even cik areh academician..and alhamdulillah sume berjaya..even dulu ade yg penah masuk JDM etc…langgar peraturan is a MUST..hahaha!best sgt rasa…time prep malam ade yg pecah masuk DS curi roti/biskut…masuk comp. lam/studio RC sbb nak tgk TV…fly tu mmg perkara biasa…and lots more…ntah la..byk sgt kenangan indah pahit manis…..
RINDUUUU!!!
Reply
salam….
saya pelajar form 4…tahun lepas saya pmr saya dpt pmr 8A…saya dah buat permohonan ke MRSM Kuantan dan dah pegi temuduga dia(exam)….
Saya tak tau nak pegi MRSM ke tak kalau saya dapat masuk…..
Saya tak biasa duduk asrama…masa form 1 pernah masuk asrama tapi pindah ke sekolah biasa balik(Smart Kuantan)….sekarang ni sekolah kat kl….
Saya memang bercita-cita nak belajar ke luar negara…hehe..
Saya harap Kak Saffa boleh bagi pendapat….:)
Reply
Salam,
Try dulu. Kalau tak boleh jugak. Boleh pindah balik. Daripada reject/tak pergi langsung, dah rugi. Plus, if you dare to dream about studying oversea, then you have to be strong and dare to live at boarding school.
Reply
terima kasih kepadaorang yang menulis sebab-sebab untuk masuk ke asrama penuh:)
Reply
tq saffa!!!!!:-)
Reply
Hai kak saffa…erm just want to ask your opinion la kan….
Sye dpt mrsm pasir salak…tapi tak tau nk g ke x..skjp rase nk g,skjp rase x nk…
Reason x nk g:
1)Jauh nun kat perak…mk bpk kat kl…
2)takut susahkan mk bpk sbb jauh..(pdhl diaorg dh ckp diaorg x kesah)
3)ye la kan bdk mrsm ni kan pndi2..walaupun pmr sye 8a,tapi saye x ykn yg saye setanding ngan diaorg…
4)takut klau exam add maths dpt 20markah @ x lulus nti takot ckg2 kat mrsm ckp “cam ne awk ley dpt mrsm ni??)
*tapi sye nk msuk mrsm…cume perkara2 yg ats tu yg wat sye bepikir bnyk2 kli same de nk msuk mrsm ke x…i really need your help+opinion…
Reply
Salam Fia,
First of all, your parents dah cakap dyeorang tak kisah, so you really shouldnt mind about it. In fact, I’m sure that they are more than happy to send you there. Seriously. (:
Well, my PMR is just 6A 2B. I’m a bit far behind in the class, selalu fail Add Math (my first test 12/100), but Alhamdulillah, bila SPM, result sangat okay. 7A 2B. I got A2 for my add math. Far better than what I expected compared to others, even my teacher pun terkejut.
You just need to work hard. If you want something, work for it. Plus, staying at hostel akan memudahkan Fia buat revision and seek tutor among your friends yang pandai dalam any subjects. From what I see, budak-budak yang pandai sangat tak kedekut ilmu and paling banyak membantu.
THERE IS NO WAY A TEACHER WOULD SAY THAT TO YOU. Seriously! More to dyeorang akan panggil Fia pergi bilik guru so that they can teach you personally. Some teachers akan buat extra class on weekend. All the teachers mostly are helpful and willing to help if you ada masalah.
Macam ni jer lah Fia, if you think you can keep your excellent performance kat sekolah sekarang ni, then stay jer lah. But if staying at sekolah harian, your performance is just good, nothing great, then, better be at MRSM. Doing just good at MRSM is much better than just good at sekolah biasa.
Reply
Salam Kak..
Saya sekarang sekolah tingkatan1 di Sek Men Agama tapi takda asrama. (dua kali interview jugak nak masuk sekolah ni)
Baru2 ini sy ada dapat tawaran mrsm..sekarang dah kompius nak pergi mrsm ke tidak..
sebab saya sayang nak tinggalkan program agama di sma ni..
Apa pendapat akak?? Bagaimana pengisian agama di mrsm?
Terima kasih
Reply
Pengisian agama kat MRSM okay, everyday solat berjemaah, setiap waktu maghrib isya ada talk/ceramah. Bergantung pada (Jemaah Dakwah Islamiah ; JDI), if JDI MRSM tu bagus dalam merangka program islamiah, memang bagus lah.
Ada banyak faktor, setiap MRSM ada pengisian yang berbeza but so far, yang pasti memang ada.
Reply
Bagus soalan Aiman tu..
Maybe boleh Cik Saffa jelaskan samada ada atau tidak program mengaji Quran samada di sek atau di asrama, pemantapan tajwid, hafazan, solat Duha, Qiammulail setiap bulan dan lain-lain. Sy rasa program yg saya nyatakan ini byk dipraktikkan di sek men agama.
Thanks.
Reply